Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat Jurulatih MSP/USPTN Bil 01/2011

Mesyuarat Jurulatih Majlis Sukan Pahang/USPTN BIL 01/2011

Mesyuarat buat pertama kali di adakan bersama Pengarah Majlis Sukan Pahan yang baru iaitu En. Nik Nasarudin b. Mohd Zawawi.

Kesemua Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Pahang dan USPTN Pahang terlibat pada mesyuarat kali ini bagi membincangkan isu-isu dan agenda utama pada tahun 2011 iaitu SUKMA 2011 dan SUKMA 2012.




Wednesday, January 26, 2011

Perjumpaan Bersama Persatuan T.Bowling




Tarikh Perjumpaan : 26 Januari 2011
Masa : 10.00 pagi
Kehadiran :-
1. Naib Presiden PBTP
2. Jurulatih
3. Pn. Norsuhaini (SDO Bowling)
4. PKU USPTN

Perjumpaan ini terlebih dahulu ingin memperkenalkan Pegawai Pembangunan Sukan yang baru iaitu Pn. Norsuhaini yang menggantikan En. Syamsudin Sukemi.

Pertemuan ini juga membincangkan berkenaan latikan JPM / JSM bagi tahun 2011. PTBP telah mencadangkan 3 nama baru bagi sesi 2011 ini bagi mengantikan jurulatih yang sedia ada. Untuk makluman, En. Hamzah b. Amin (JPM) telah memaklumkan untuk tidak menyambung kontraknya pada tahun 2011 bagi membuka peluang kepada calon lain untuk mengendalikan pasukan pada tahun 2011.

Selain itu, perbincangan juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku sepanjang tahun 2010 dan cara terbaik untuk meningkatkan kembali pencapaian pasukan Tenpin Bowling Negeri Pahang.

Di harap dengan cadangan barisan jurulatih baru yang akan dikemukan untuk dipertimbangkan oleh Cawangan Pelapis, akan dapat memberi impak dan pencapaian yang lebih gemilang bagi Pasukan Tenpin Bowling Negeri Pahang.


Sekian.

"SUKAN CEMERLANG,PAHANG GEMILANG"

Monday, January 24, 2011

National Evaluation 2011 - Tenpin Bowling







Sekitar Program National Evaluation 2011 yang di adakan bagi memilih atlet Pelapis bagi Sukan Tenpin Bowling di Negeri Pahang.

Program telah di adakan pada 16 Januari 2011 bertempat di Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall. Seramai 65 perserta yang berumur di antara 15 hingga 18 tahun telah hadir bagi menyertai program ini.. Pemilihan telah dikendalikan oleh Jurlatih dan Panel dari MTBC dan di bantu oleh Jurlatih Negeri iaitu En. Mohd Fariq b. Shamsuddin.

Senarai nama pelajar yang berjaya terpilih akan dimaklumkan pada bulan Februari 2011 dan dipaparkan di Kuantan Megalanes.

Program Pemilihan Atlet Sukan Menembak





Pada 15 Januari 2011 yang lalu bertempat di Lapang Sasar Menembak SUKPA , USPTN Pahang dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang telah mengadakan Program Pemilihan atlet bagi sukan menembak melibatkan 2 buah sekolah iaitu S.M.K Air Putih dan S.M.K Paya Besar Kuantan.

Seramai 80 org pelajar telah hadir bagi mengikuti program tersebut yang telah dikendalikan oleh jurulatih MSP / USPTN dan di bantu oleh atlet menembak Negeri Pahang. Turut hadir pada pagi itu adalah Mohd Nurahimin Abdul Halim penembak negara yang telah bertanding di Sukan Komenwel dan Sukan Asia tahun lepas.

Hasil dari program tersebut, seramai 42 pelajar telah disenarai pendek dan akan mengikuti latihan selama 2 minggu utk dinilai sebelum diserapkan di dalam progam atlet pelapis negeri.

Friday, January 21, 2011

TAKWIM KURSUS SAINS SUKAN TAHUN 2011

Majlis Sukan Negara Malaysia Cawangan Kejurulatihan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri akan mengadakan Kursus Sains Sukan sepanjang tahun 2011.Sila klik link dibawah bagi mendapatkan jadual berkaitan kursus tersebut.

Hubungi Majlis Sukan Negeri berdekatan untuk maklumat lanjut.





SENARAI PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI DAN KAKITANGAN USPTN PAHANG TAHUN 2011

Terdapat beberapa perubahan melibatkan Pegawai Pembangunan Sukan Negeri pada tahun 2011. Perubahan ini akan berkuatkuasa Januari 2011.

untuk makluman semua, berikut adalah maklumat sukan dibawah pemantauan Pegawai Pembangunan Sukan Negeri :-


En.Syamsudin Bin Sukemi
syamsudin.usptn@gmail.com
(Pemangku Ketua Unit/Sukan Menembak)



En.Rasul Bin Abdul Hamid
mohdrasul.usptn@gmail.com
(Sukan Olahraga/Tinju & Sepak Takraw)



En.Anuwar Bin Abu Bakar
anuwar.usptn@gmail.com
(Sukan Badminton/Renang & Skuasy)



En.Ariff Abadi bin Mat Resid
arifabadi.usptn@gmail.com
(Sukan Angkat Berat & Pelayaran)



Pn.Sarimah Binti Hashim
sarimah.usptn@gmail.com
(Sukan Berbasikal/Gimnastik Artistik & Gimrama)



Pn.Norsuhaini Binti Ibrahim
norsuhaini.usptn@gmail.com
(Sukan Memanah & Tenpin Boling)



En.Aliyasar Bin Che Ree
aliyasar.usptn@gmail.com
(Pem.Belia & Sukan/Pentadbiran)



Rohana Binti Junid
rohana.usptn@gmail.com
(Pembantu Tadbir /Kewangan)

Sebarang pertanyaan berkenaan sukan atau program boleh menghubungi pegawai yang berkaitan untuk maklumat lanjut.