Saturday, April 30, 2011

Kejohanan Sirkit Elit USPTN 2011

Tarikh : 30 Apr 2011
Tempat : Kuantan Megalanes
Masa : 10.30 pagi
Peserta : 20 org (Program USPTN)
Anjuran : Persatuan dgn Kerjasama USPTN,MSP

Pertandingan di adakan bertujuan untuk menilai prestasi atlet di bawah program dan persediaan sebelum menyertai Kejohanan Sirkit Remaja MTBC.

Pertama kali di anjurkan dan akan akan di teruskan setiap bulan sehingga bulan Oktober 2011. Selain itu, kejohanan ini juga diharap dapat memberi semangat dan persaingan sihat di kalangan atlet di bawah program.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Presiden PBTP iaitu YH. Dato Shamsuddin b. Nawawi dan seterusnya diperkenalkan kpd semua peserta.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK persatuan dan Presiden di atas usaha murni demi meningkatkan mutu sukan bowling di negeri Pahang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 29, 2011

Pemantauan Pusat Latihan A.Berat Rompin

Tarikh : 28 Apr 2011
Masa lawatan : 5.00pm
Kehadiran Atlet : 26 org
Jurulatih : En. Zainuddin Joseph dan En. Sapri
Masa latihan : 3.00 hingga 5.30 pm


Semasa lawatan dibuat, atlet sedang menjalani latihan angkatan snatch dan sebahagian lagi sedang menjalankan aktivit reganggan.

Peluang lawatan ini di gunakan untuk berbincang bersama Jurulatih dan perjumpaan bersama atlet untuk persediaan ke Karnival Pelapis Negeri di Kelantan.

Atlet begitu teruja dan tidak sabar untuk bersaing di kejohanan besar tahun ini. Pahang akan menghantar seramai 16 org atlet dan 3 org jurulatih angkat berat.

Tempoh 2 minggu akan digunakan sebaik mungkin utk persiapan terakhir pasukan.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bengkel Pengukuhan Ketua Unit & PPN Negeri (USPTN)

Tarikh : 26 hingga 28 April 2011
Tempat : Hotel Grand Paragon, Johor Bharu

Bengkel yang diadakan untuk semua Ketua Unit / Pemangku Ketua Unit dan Peg. Pembangunan Sukan Negeri anjuran Cawangan Pelapis MSN.

Antara pengisian program sepanjang 3 hari ini ialah :- Pembentangan oleh pihak Kem. Pelajaran Malaysia, Kem. Pengajian Tinggi dan Pengarah Caw Organisasi MSN selain pembentangan program sukan Oleh 5 orang SDO serta Pembentangan Program USPTN Pahang, Perak dan Kedah.

Turut diadakan juga pertandingan tenpin bowling antara USPTN bagi memeriahkan Bengkel yang berlansung.

Terima kasih di ucapkan kpd pihak cawangan Pelapis kerana telah mengadakan program yang boleh meningkatkan prestasi masing-masing.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 22, 2011

KL MAYOR'S CUP BOXING CHAMPIONSHIP 2011

RAKAMAN VIDEO PERLAWANAN
MAYOR'S CUP BOXING CHAMPIONSHIP 2011
10 HINGGA 15 APRIL 2011
STADIUM TITIWANGSA
KUALA LUMPUR

KAT 46KG : PHG vs SWK

PART 01


PART 02


PART 03

Thursday, April 21, 2011

Pemindahan PLN Gimnastik

Pusat latihan Gimnastik akan berpindah untuk sementara waktu bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf banggunan gymnasium sebagai venue SUKMA 2012 Pahang.

PLN Gimnastik Akan ditempatkan sementara waktu di
Dewan MPK Kubang Buaya Kuantan bermula 22 April 2011.

Disediakan oleh :
Sarimah Bt Hashim
PPN Gimnastik, Gimrama, Berbasikal
USPTN Pahang

Tuesday, April 19, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOWLING ( 14 APRIL 2011 )


LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN/ PERJUMPAAN JURULATIH & ATLET

Tarikh   :   14 April 2011 ( Khamis )
Masa    :   5.30pm
Tempat :  Kuantan Megalanes
Program :  Roll Off
Program bermula : 5.30pm
Kehadiran Atlet  :  19 org atlet pelapis                     
Kehadiran Jurulatih  :  En. Tong Alex ( JSM Pelapis )

Laporan Ringkas Pemantauan :

Atlet sedang menjalani 'Roll Off' bagi pemilihan ke Kejohanan Melaka Leg pada 6-8 Mei 2011. Keputusan 'Roll Off' bagi atlet wanita kurang memuaskan dengan average <170.0.

Perbincangan bersama jurulatih ( Tong Alex ) bahawa beliau bercadang untuk menukarkan waktu latihan pada hari sabtu ke hari Jumaat. Waktu latihan adalah seperti berikut:- 
( Selasa, Khamis & Jumaat ) dari 5.30 hingga 7.30 petang. Perkara ini telah dimaklumkan kepada atlet mahupun ibubapa atlet dan mereka telah bersetuju mengikut masa baru yang telah ditetapkan.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar pemantauan tersebut.

Sekian
NORSUHAINI BT IBRAHIM
PPN TENPIN BOWLING






Monday, April 18, 2011

PERPIDAHAN PEJABAT USPTN PAHANG

PERPIDAHAN PEJABAT USPTN PAHANG

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, USPTN PAHANG KINI TELAH BEROPERASI SEPENUHNYA DI ALAMAT SEPERTI BERIKUT :-

MAJLIS SUKAN PAHANG
KOMPLEKS SUKPA
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN PAHANG

NO TEL : 09- 5735479 / 5735480
NO. FAX : 09-5734091 / 09-5735343

PEPINDAHAN PEJABAT INI BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA KERJA-KERJA MENAIK TARAF BANGUNAN GIMNASIUM SEBAGAI PERSEDIAAN NEGERI PAHANG KE ARAH SUKMA 2012

SEGALA URUSAN SURAT MENYURAT / PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI BERKAITAN BOLEH TERUS MENGHUBUNGI ALAMAT DAN  NO TELEFON DI ATAS.

SEKIAN TERIMA KASIH.



--


Sunday, April 10, 2011

Pertandingan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Negeri Zon Timur 2011

Pertandingan Angkat Berat Antara PLN Zon Timur 2011

Hari Kedua

Hari kedua dan merupakan hari terakhir pertandingan menyaksikan 7 acara lagi dipertandingkan. Iaitu kategori :-

1. 44 kg wanita
2. 48 kg wanita
3. 53 kg wanita
4. 58 kg wanita
5. <63 kg wanita
6. >63 kg wanita
7. >77 kg lelaki..

Pertandingan telah dimulakan pada jam 10.00 pg. Kesemua atlet yang bertanding telah menunjukan kesungguhan masing-masing walau pun ada sebahagian besar atlet yang menyertai pertandingan ini merupakan atlet yang pertama kali menyertai pertandingan.

Berikut merupakan punggutan pinggat negeri yang bertanding :

Pahang : 8 emas, 2 perak, 3 gangsa
Kelantan : 4 emas, 9 perak, 5 gangsa

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan USPTN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung atau pun tidak lansung dalam menjayakan program ini.

Pertandingan berkahir jam 3.30pm.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah 2nd Leg CIMB Rising Star Junior Circuit

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH '2ND LEG CIMB RISING STAR JUNIOR CIRCUIT' , KUANTAN.

Tarikh : 10 April 2011
Tempat : Gelanggang Skuasy MSP, Kuantan, Pahang
Tajuk : 2nd Leg CIMB Rising Star Junior Circuit

Kejohanan ini bermula pada 7 April ini disertai oleh 180 atlet dari seluruh Negeri. 
Ketagori yang dipertandingkan adalah  :
                         Bawah 13 Tahun Lelaki & Wanita, 
                         Bawah 11 Tahun Lelaki & Wanita 
                         Bawah 9 tahun Lelaki & Wanita

Sepanjang kejohanan ini, semua pasukan menginap di Hotel Grand Continantal Kuantan dan penganjur telah menyediakan pengangkutan dalaman dari hotel ke venue pertandingan kepada semua pasukan.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah ini telah di hadiri oleh Pegerusi Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang, Dato Chew Kaw Ping, Wakil CIMB Cawangan Pahang, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Pn Suraini Bt Abdul Hamid dan Wakil dari SRAM.

Majlis tamat pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh :

Anuwar Bin Abu Bakar,
Pegawai Pembangunan Sukan Skuasy
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang


Saturday, April 9, 2011

Pertandingan Angkat Berat Antara PLN Zon Timur 2011

Pertandingan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Negeri Zon Timur 2011

Tempat : Dewan Jabatan Belia dan Sukan Kuantan
Tarikh : 08 hingga 10 April 2011
Masa : 10.00 am - 5.00 pm

Pertandingan anjuran USPTN Pahang dgn Kerjasama Caw. Pelapis MSN telah di adakan untuk memberi peluang kepada atlet pelapis negeri bertanding dan menguji prestasi masing-masing. Seramai 56 org atlet dari Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai. Pecahan penyertaan adalah seperti berikut :-

1. Pahang - 20 Lelaki / 5 Wanita
2. Terengganu - 8 Lelaki
3. Kelantan - 15 Lelaki / 8 Wanita

Hari Pertama

Sebanyak 5 acara dipertandingkan pada hari pertama :

1. Kat 50 kg Lelaki - 10.00 am
2. Kat 52kg lelaki - 12.00 pm
3. Kat 62kg Lelaki - 12.00 pm
4. Kat 69kg Lelaki - 2.00 pm
5. Kat 77kg Lelaki - 2.00 pm

Keputusan akan di upload kemudian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 7, 2011

SIDANG MEDIA "2ND LEG CIMB RISING STAR JUNIOR CIRCUIT - KUANTAN PAHANG

SIDANG MEDIA KEJOHANAN SKUASY "2ND LEG CIMB RISING STAR JUNIOR CIRCUIT KUANTAN PAHANG

TEMPAT : SK ASSUNTA CONVENT, KUANTAN
MASA : 12.00 PM
TARIKH : 7 APRIL 2011

Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang akan menganjurkan Kejohanan Skuasy " 2nd Leg CIMB Rising Star Junior Circuit Kuantan Pahang pada 08 hingga 10 April 2011 bertempat di Gelanggang Skuasy Majlis Sukan Pahang, Jalan Teluk Sisek.

Sehubungan dengan itu, satu program Sidang Media berkenaan Kejohanan yang akan dianjurkan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Assunta Convent bersempena dengan program Book Donation Charity oleh pihak CIMB.

Program dimulakan dengan ucapan oleh Dato George Chew Kaw Ping ( Pengerusi Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang ) dan susuli ucapan olehwakil pihak CIMB.

Seterusnya, pihak CIMB menyampaikan sumbangan kepada Pihak SRAM dan Sekolah.

Program berakhir jam 3.00 petang.

Laporan Disediakan Oleh :-

Anuwar b. Abu Bakar
Pegawai Pembangunan Sukan Skuasy
Negeri Pahang

Sunday, April 3, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Menembak

Tarikh : 2 Apr 2011
Masa Mula : 9.00 am
Tempat : Lapang Sasar Menembak SUKPA
Bil Atlet : 21 org
Jurulatih :
1. Mohamed Fauzi (JPM USPTN-Rifle)
2. Elena Sotnit (JLN MSP-Pistol)
3. Mohd Noor Azli (JPM MSP-Rifle)

1. Program latihan bermula seawal jam 9.00 pg. Seramai 21 orang atlet telah hadir untuk sesi latihan pada pagi ini.

2. En. Fauzi memaklumkan bahawa stok peluru untuk latihan telah habis. Mohon untuk pembelian baru bagi melancarkan prog latihan.

Maklumbalas : akan di ambil tindakan selanjutnya. Pembelian akan dipanjangkan kpd pihak MSP.

3. Program latihan hari juga memberi peluang kpd saya untuk berjumpa bersama atlet sebelum tamat sesi latihan. Antara isu yang dibangkitkan ialah:-
a. Atlet yang menginap di asrama - perlu menjaga disiplin diri, jgn ponteng sekolah. Sekiranya ditangkap tanpa alasan munasabah akan di buang asrama.

b. 2 org atlet memohon utk mendptkan makan tengahari dan menumpang di asrama kerana merekan akan terus dtg menjalani latihan selepas tamat sesi persekolahan.

Maklumbalas: akan dikemukakan kpd pihak MSP. Tunggu kelulusan sblm dibenarkan makan.

Selesai perjumpaan, atlet dibenarkan balik.

Sesi latihan tamat pada jam 1. 10pm.

Laporan Disediakan Oleh:

Syamsudin Sukemi
Peg.Pembangunan Sukan Menembak
USPTN Pahang
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 1, 2011

Kecederaan Atlet Gimnastik Artistik

Kecederaan menimpa seorang atlet Gimnastik Artistik iaitu adik Muhammad Haziq Syamil b. Roslin, 9 tahun semasa menjalani latihan di bawah pemantauan En. Zulkarnain Majid.

Beliau telah dikejarkan oleh Pn. Sarimah ke Klinik berdekatan untuk mendapat rawatan dan mendapati berlaku keretakan tulang tangan.

Hazriq seterusnya di bawa ke hospital oleh keluarganya utk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga adik Muhammad Haziq Syamil dapat sembuh dan meneruskan latihan seperti biasa.

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

TAHNIAH

USPTN Pahang berbangga kerana seorang kakitangan UPSTN PAHANG iaitu En. Aliyasar b. Che Ree telah di anugerahkan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Majlis telah di adakan pada 28 Mac 2011 bertempat di Putrajaya International Covention Center.

TAHNIAH di ucapkan kepada En. Aliyasar b. Che Ree ( Pembantu Tadbir USPTN Pahang ).

USPTN Pahang juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada semua Warga Cawangan Pelapis dan USPTN yang turut sama menerima APC 2010.

Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan motivasi kerja dan dapat memberi dorongan kepada yang lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam menjalankan amanah yang diberikan.