Tuesday, November 22, 2011

PERTANDINGAN MEMANAH ANTARA PLN JENGKA & KUANTAN


Tarikh : 18-20 November 2011
Tempat : Padang Kolej Profesional MARA, Indera Mahkota
               Jln Sg. Lembing, Kuantan
Penyertaan : 7 org atlet Kuantan
                     7 org atlet Jengka + 6 org atlet Compound
                     3 org atlet SSBP + 1 Jurulatih ( Jemputan )

Pertandingan ini merupakan satu program binaan yang diadakan bertujuan memantau prestasi semasa atlet di PLN , memupuk semangat daya saing di antara atlet serta menguatkan lagi 'team spirit' dalam Pasukan Memanah Negeri Pahang. Pertandingan ini juga adalah salah satu platform untuk memilih atlet ke Termasya Sukan Malaysia, Pahang 2012. Program ini juga telah menjemput 3 orang atlet dari SSBP bagi menghangatkan lagi pertandingan ini.

Sepanjang pertandingan berlangsung, keadaan cuaca amat baik disertakan angin kuat, ini memberikan sedikit ujian buat peserta. Pasukan PLN jengka telah mendominasi pertandingan ini dengan mengutip pingat di setiap acara yang dipertandingkan. Kesungguhan peserta menjayakan pertandingan ini amat membanggakan. 

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang mengucapkan  jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Profesional MARA di atas penyediaan padang, En. Mukriz dari pihak UiTM Jengka,  ibubapa yang turut hadir memberikan sokongan, Sekolah Sukan Sultan Ismail ( SSBP )-Cikgu Halim serta mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Keputusan Pertandingan:-

RECURVE (L)-KAT 1
1. MOHD IZZUDIN SOLIHIN B MAZLAN ( SSBP )-1034
2. FATRUL AZARSHAH B ABDUL AZIZ ( JENGKA )-946
3. NIK MOHD FAIZ B KHALIB (JENGKA)-937

RECURVE (W)- KAT 1
1. EZRYN MEZA BT MOHD HAMZAH (JENGKA)-1185
2. ADIBAH BT TAJUDDIN (JENGKA )-1177
3. IZZWAN SYAZANA BT ZULKIFLI (SSBP)-1031

RECURVE KAT 2
1. MUHAMAD AMAN B MOHD ZAHIR (JENGKA )-881
2. MUHAMAD BUKHARI ( JENGKA )-849
3. SHAKIR ZFAYRI B HASSAN BUKRI (JENGKA)-636

OLYMPIC ROUND 
1. ADIBAH BT TAJUDDIN ( 6-4 )
2. EZRYN MEZA BT MOHD HAMZAH
3. FATRUL AZARSHAH B ABDUL AZIZ

COMPOUND
1. ZHARIF HAZIQ (JENGKA)-1326
2. AHMAD ALIF FATDULLAH (JENGKA)-1314
3. AMIR SYAZWAN B ABD RAHMAN (JENGKA )-1234

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Memanah Negeri Pahang


Thursday, November 17, 2011

UJIAN KECERGASAN SUKAN BADMINTON

UJIAN KECERGASAN SUKAN BADMINTON

TARIKH : 16 NOVEMBER 2011
TEMPAT : DEWAN PERSATUAN BADMINTON PAHANG
MASA : 4.00 PM - 5.30 PM
ATLET PEMBANGUNAN & SUKMA PAHANG ( 15 orang atlet )

UJIAN YANG DIJALANKAN :
1. MODIFIED SIT & REACH
2. SHOULDER FLEXIBILITY TEST
3. LEG POWER
4. STANDING BROAD JUMP
5. HAND GRIP
6. ONE MINUTES PUSH UP
7. ONE MINUTES SIT UP 
8. SEMO AGILITY
9. 20 METER SPRINT
10. YO-YO ENDURANCE TEST LEVEL

Ujian Kecergasan ini dijalankan dengan bantuan Unit ISN Cawangan Pahang bertujuan untuk memantau tahap kecergasan atlet badminton Pelapis dan SUKMA Pahang. Terima kasih kepada Persatuan Badminton Negeri Pahang, Pelajar Praktikal dan Jurulatih yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan ujian ini.

disediakan oleh :
Anuwar Abu Bakar
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang

Tuesday, November 8, 2011

PERTANDINGAN MEMANAH DIANTARA PLN JENGKA & KUANTAN

TARIKH : 18-20 NOV 2011
TEMPAT : PADANG KOLEJ PROFESIONAL MARA, JALAN SG LEMBING KUANTAN

ACARA

1. DISTANCE 90/70/50/30M - LELAKI
2. DISTANCE 70/60/50/30M - WANITA
3. OLYMPIC ROUND - INDIVIDU/ BERPASUKAN

Pertandingan ini diadakan bertujuan memantau prestasi semasa atlet dan meningkatkan daya saing di antara Pusat Latihan. Cadangan awal diadakan di UiTM Jengka pada 25-26 Okt 2011 terpaksa ditunda kerana hal-hal yang tidak dapat dielakan. Kini pertandingan ini akan diadakan mengikut ketetapan di atas sambil mempromosikan sukan memanah di Kolej tersebut.

NORSUHAINI BT IBRAHIM
PPN Memanah
Negeri Pahang