Tarikh : 25 Jun 2015
Masa : 4.00 petang
Sukan : Tinju
Tempat : Pusat Satelit ISN Pahang
Sempena bulan Ramadhan ini, Pusat Setelit ISN Pahang telah mengadakan satu sesi ceramah berkenaan Permakanan Atlet Semasa Bulan Ramadhan dan Syawal yang disampaikan oleh CIK Isma Amirah BT Ishak, Pegawai Pemakanan ISN Setelit Pahang.
Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi panduan dan kesedaran kepada atlet kepentingan pemakanan yang betul semasa bulan Ramadhan dan Syawal supaya tidak menjejaskan prestasi dan mengelakkan kecederaan semasa latihan yang dijalankan. Sekian.
ANUWAR BIN ABU BAKAR
Pen. Peg. Belia & Sukan
Sukan Menembak/ Tinju/ Sepaktakraw
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang



