Tarikh : 01 Mac 2010
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat MSP
Perjumpaan ini di aturkan bagi menyampaikan maklumat berkenaan Program Latihan USPTN bagi Sukan Tenpin Bowling. Ia juga bertujuan agar dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi di antara ibu bapa / atlet dan juga pihak pengurusan MSP dan USPTN. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh Pn. Suraini Abd. Hamid iaitu Timbalan Pengarah Majlis Sukan Pahang dengan kehadiran En. Syamsudin Sukemi (PKU USPTN Pahang), En. Mohd Fariq b. Shamsudin (Jurulatih), En. Tong Alex (Jurulatih), Pengerusi Pembangunan dan Kejurulatihan (PBTP) dan Pn. Norsuhaini Ibrahim (Pegawai Pembangunan Sukan Bowling USPTN).
Hampir kesemua ibu bapa hadir pada majlis ini untuk membincangkan serta memberi maklum balas berkenaan program yang dikendalikan oleh USPTN dan MSP.. Kecemerlangan pasukan Tenpin Bowling Pahang menjadi agenda utama dengan rata-rata memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan jurulatih yang dilantik pada tahun 2011.
Semoga Tahun 2011 akan lebih cemerlang buat Pasukan Tenpin Bowling Negeri Pahang.
anak saya salah sorang pelatih usptn tenpin boling.kepada pegawai usptn tolonglah ambil berat tentang pemain2.apa yg saya lihat selama mereka berlatih tidak ada seorang pun yg menunjukkan muka dan bertanya tentang perkembangan pemain kecuali ada benda2 yg tertentu barulah tunjuk muka.kalau pemain pergi sirkit remaja langsung tak ada pegawai mengiringi pemain2 kecuali sorang jurulatih yg dilantik dan sorang jurulatih yg volunteer kerana kasihan tengok budak2.itupun tak dihargai oleh pihak atasan usptn.kalau nak panggil kalau x nak mcm2 alasan.kalau mcm ni rasa saya sukma dipahang nih jgn harap nak dapat pingat kalau pihak usptn/msp tak ambil berat.cuma ambil berat diri sendiri jer,baik x payah jadi pegawai usptn.harap pihak atasan usptn/msp ambil lah berat sikit pasal atlit ni bukan nyer pada bolin tapi pada semua sukan yg ada dibawah usptn/msp ni.buatlah keputusan yg betul dan jgn buat keputusan salah atas telunjuk jari pihak atasan.mcm mane sukan di pahang ni nak maju kalau ada org mcm nih....penakut.tapi ingat allah maha mengetahui...jawablah nanti di akhirat
ReplyDeleteampun tuanku beribu-ribu ampun,jika tuanku sultan,tengku mahkota membaca comment yg patik coretkan ni di mohon ambil kan tindakan di atas sukan negeri pahang yg tuanku dan rakyat negeri pahang cintai.ni tentang sukan tenpin boling yang terlalu banyak campurtangan dari pihak luar yg tidak berpuas hati dgn persatuan tenpin boling pahang yang di terajui oleh dato shamsuddin.sebelum ni tuanku,tidak ada masaalah langsung tapi sejak adanya beberapa individu yang kalah dalam perebutan jawatan dalam persatuan jadi mereka ini membuat bermacam-macam agenda hendak menjatuhkan persatuan dan yang merugikan adalah atlit2 tersebut.sukan malaysia akan berlangsung di negeri pahang pada tahun hadapan tuanku,jadi hingga sekarang patik tidak nampak usptn/msp melantik ketua jurulatih bertauliah untuk melatih pasukan boling.cuma yang patik tau tuanku, usptn/msp ni tak tau siapa yg nak dipilih sebagai jurulatih sedangkan di negeri pahang ni ada ramai jurulatih yg berkelayakan dan bertauliah.patik harap tuanku ambil berat mengenai perkara tersebut.ampun tuanku beribu-ribu ampun.......peminat setia tenpin boling pahang.
ReplyDeleteyela tu,mmg dia org tu gila kuasa.dah kalah tu sudahlah.ni ngada-ngada nak kacau periuk nasi org,pastu bagi org dah periuk nasi penuh,ni nak bagi melimpah pulak,ape citer ni.cubalah kita ni bersatu barulah pasukan ni boleh kuat,ni nak tunjuk bagus tapi tak bagus.nak jadi jurulatih gi lah kursus ambil sijil.ni diri sendiri x pandai main nak jadi coach.aku rasa jadi coach mara ekspress boleh la.
ReplyDeletesahabat aku tadi hantar kat tuanku.tapi saya nak coretkan kat dato seri diraja menteri besar pahang.dato seri diraja tolonglah tanya khabar tentang berita tu,malu negeri pahang kalau benda ni negeri lain tau,rasa saya banyak negeri dah tau pasal ni.dato seri panggil semua yg terlibat pasal boling ni dan bincang supaya sukan tersebut boleh dapat pingat di sukma nanti.
ReplyDeletejika benar sebagaimana coretan tuan dalam ruangan komen ini sila emailkan kepada kami untuk tujuan siasatan. tetapi jika sekadar tohmahan memandangkan ada berlakukanya perebutan kuasa di antara bekas pentadbir persatuan dengan yang sedia ada. maka komen ini akan kami delete. Sila emailkan masalah secara rasmi kepada pelapisfuturechamp@gmail.com untuk tindakan pihak kami.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.

ReplyDelete