LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET
Tarikh : 4.2.2011
Masa : 5.15 petang
Tempat : Stadium Darul Makmur
Sukan : Olahraga
Program : Pemantauan Atlet / Latihan Bersama Jabatan Lain (UMP)
Program bermula :5.00 Petang
Kehadiran Atlet : 15 Orang
Kehadiran Jurulatih : 3 Orang
Kehadiran Pegawi UMP: 1 Orang - Puan Fadzilah
Laporan Pemantauan :
Pemantauan dibuat untuk melihat kemitmen - komitmen yang diberikan oleh atlet baru dan muda menjalani latihan. Setakat satu bulan percubaan yang diberikan, atlt - atlet baru ini sudah mula menunjukkan sedikit perubahan dari segi corak latihan dan kesesuaian alatan. contohnya seperti penggunaan alatan bebanan dan juga kelengkapan alatan lain seperti mini hurdle, kon dan trek.
Pada peringkat sekarang, atlet baru ini berusaha untuk berdaya saing bagi menempatkan diri di dalam pasukan Unit sukan Prestasi Tinggi Negeri berikutan beberapa keistimewaan yang diberikan oleh MSN dan juga Majlis Sukan Pahang.
Justeru itu semasa latihan dijalankan, pihak USPTN menerima kunjungan atlet- atlet baru daripada Universiti Malaysia Pahang untuk menjalani latihan bersama. Mereka memerlukan khidmat bantuan latihan daripada Jurulatih sambilan USPTN, MSP dan juga JPNP untuk mereka mempersiapkan diri bagi Temasya Sukan (MASUM) di UPM Serdang pada bulan Mei nanti.
Pihak kami berbesar hati dan menerima mereka sebagai "partner Training" bagi memperluaskan sukan olahraga di Negeri Pahang. Untuk makluman pihak tuan juga, Pihak USPTN Pahang juga ada memilih beberapa atlet UMP yang berkelayakan untuk turut serta dalam pasukan memandangkan umur mereka yang masih berkelayakan untuk menyertai SUKMA 2012 di Pahang kelak.
Latihan tamat jam 7.00 petang
Sekian untuk makluman pihak tuan.
Laporan Disediakan oleh :
Mohd Rasul
Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan program Pelapis di Negeri Pahang dan menyalurkan maklumat berkenaan pusat latihan, atlet, jurulatih, pertandingan dan aktiviti yang dilaksanakan atau disertai oleh USPTN Pahang.
Monday, March 28, 2011
PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN OLAHRAGA / LATIHAN BERSAMA UMP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.