PROGRAM TID SUKAN BADMINTON
TARIKH : 30 JUN 2011
MASA : 09.00AM - 11.00AM
TEMPAT : DEWAN PERSATUAN BADMINTON NEGERI PAHANG
JURULATIH : 1 ORANG
ATLET : 20 ORANG
Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Institut Sukan Negara, USPTN Pahang, Persatuan Badminton Negeri Pahang dan Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Seramai 20 orang atlet yang telah disenarai pendek oleh pihak sekolah telah dihantar untuk menyertai program ini.
Program TID ini diadakan dengan tujuan untuk mendapatkan seramai mungkin atlet pelapis badminton di Negeri Pahang dengan menjalankan ujian kecergasan yang spesifik supaya jurulatih dapat mencari atlet yang betul-betul berbakat dalam sukan ini. Atlet-atlet yang berjaya dalam ujian akan diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri.
Sepanjang program ini, Unit SPADE ISN telah menyediakan makan pagi dan tengah hari untuk atlet dan pegawai yang terlibat. Program tersebut tamat pada jam 11.30 pagi.
Sekian,
Anuwar B. Abu Bakar,
Pegawai Pembangunan Sukan Badminton,
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang,
Majlis Sukan Negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.