Friday, December 5, 2014

BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI SIRI 3/2014

Tarikh : 2 - 4 Dis 2014
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Kehadiran : PPN - 24 orang

2 Dis 2014
Taklimat bengkel dari Pn. Nurehsan( KU Khidmat Sokongan) seterusnya Taklimat mengenai Program Binaan & Promosi dari En. Rashid bin Ramli ( KU Pelapis Negeri ) yang menekan aspek perlaksanaan program di peringkat negeri seperti pengajuran:-
Klinik
Bengkel Periodisasi
Kem Tahunan
Kejohanan Dalaman
Mesyuarat

Ucaptama dari En. Jefri Ngadirin ( Pengarah Cawangan Pelapis) yang menegaskan tentang tugas dan tanggungjawab PPN di Negeri.

1. PPN sebagai pengerak nadi sukan di negeri.
2. PPN sebagai perlaksana pembangunan sukan.
3. Tanggungjawab PPN untuk mendapatkan atlet pelapis serta mencapai sasaran yang dikehendaki.

3 Dis 2014
Perbentangan sukan dari PPN setiap Negeri.

4 Dis 2014
Taklimat 'Pengurusan Sukan Yang Berkesan' dari En. Azrul Hisyam ( KU Pelapis Kebangsaan) yang menerangkan Tugas-tugas PPN di peringkat Negeri seperti elemen- elemen berikut:-
1. Merancang
2. Menyelaras
3. Melaksana
4. Memantau
5. Menilai
6. Melapor

Penutupan Bengkel di rasmikan oleh Tuan PCP dengan rumusan yang ringkas dengan harapan PPN dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Mengharapkan PPN memahami dasar dan polisi cawangan, mengadakan perhubungan yang baik dengan pelbagai pihak serta "sosial communication" dan "communications skill" juga perlu dipertingkatkan bagi setiap PPN. Dengan amanat dan nasihat tuan PCP berakhirlah Program Pengurusan PPN bagi kali ketiga dan terakhir bagi tahun 2014.

Sekian.




No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.