Wednesday, January 28, 2015

Pemantauan Pusat Latihan Tenpin Boling

NEGERI : PAHANG
SUKAN : TENPIN BOLING
TARIKH : 26 JANUARI 2014
MASA : 5.30 PETANG - 7.30 PETANG
PUSAT : PUSAT LATIHAN TENPIN BOLING,MEGALANES KUANTAN
ALAMAT : MEGALANES MEGAMALL, KUANTAN
JURULATIH : 1.RASMANIZAR BT MUSTAFA
                        2. CHAN LIN KEE
ATLET : 36 ORANG
       LATIHAN DIJALANKAN OLEH 2 ORANG JURULATIH MSN (JSM). SEMASA LATIHAN DIJALANKAN, FAKTOR - FAKTOR FIZIKAL DAN MENTAL PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA ATLET TENPIN BOLING INI.
       PERBINCANGAN SELAMA 2 JAM BERSAMA IBUBAPA TELAH DIBUAT, YANG MANA RATA - RATA SEMUA IBUBAPA MEMPERSETUJUI  UNTUK MENGHANTAR ANAK - ANAK MEREKA MENGIKUTI KELAS YANG DIANJURKAN OLEH INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) CAWANGAN PAHANG. INI MELIPUTI KELAS SAIKOLOGI, PEMAKANAN, KECERGASAN DAN KELAS GYMNASIUM.
       SEPANJANG LATIHAN DIADAKAN, TIADA MASALAH KECEDERAAN DAN BETJALAN DENGAN LANCAR.
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD RASUL BIN ABDUL HAMID
PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI PAHANG
SUKAN MEMANAH/ TENPIN BOLING
012-6771545

Saturday, January 24, 2015

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

NEGERI : PAHANG

SUKAN : MEMANAH

TARIKH : 21 JANUARI 2014

MASA : 4.30 PETANG - 6.30 PETANG

PUSAT : PUSAT LATIHAN MEMANAH,SMK SUNGAI TALAM, INDERA MAHKOTA KUANTAN.

ALAMAT : SMK SUNGAI TALAM, INDERA MAHKOTA KUANTAN.

JURULATIH : MOHD RIZAINI BIN PANDAK MOHAMAD

ATLET: UNDER 21

               RECURVE      : 20 ORANG 
               COMPOUND : 4 ORANG

ATLET: UNDER 12
           
             11 ORANG

       LATIHAN DILAKUKAN DENGAN LANCAR SEPANJANG PEMBELAJARAN DILAKUKAN. JURULATIH MENEKANKAN TEKNIK -TEKNIK PANAHAN SERTA TUNJUK AJAR YANG BETUL KEPADA ATLET -ATLET. 
        SEMASA LATIHAN, KELUARGA ATLET TURUT MEMBANTU MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA ANAK - ANAK MEREKA.
        KABIN BARU YANG DITAJA OLEH MAJLIS SUKAN PAHANG TELAH SAMPAI KE PUSAT LATIHAN BAGI MEMUDAHKAN ATLET - ATLET DAN JURULATIH JADIKAN IANYA SEBAGAI STOR MEMANAH.IANYA JUGA UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA MENJALANKAN AKTIVITI LATIHAN YANG TIDAK LAGI BERKONGSI DENGAN PIHAK SEKOLAH.
       TIADA KECEDERAAN BERLAKU SEPANJANG TEMPOH LATIHAN DIJALANKAN. LATIHAN JUGA BERJALAN DENGAN LANCAR TANPA SEBARANG MASALAH.

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD RASUL BIN ABDUL HAMID
PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI PAHANG
SUKAN MEMANAH/ TENPIN BOLING
012-6771545

Friday, January 23, 2015

Kelas Pendidikan Sains Sukan

Sukan : Menembak
Tarikh : 22 Januari 2015
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Pusat Setelit ISN Pahang

Kelas Pendidikan Sains Sukan ini telah dihadiri oleh 31 orang atlet Pembangunan dan SUKMA untuk Sukan Menembak Pahang. 

Puan Hapizah bt Mamat, Pegawai Psikologi ISN Pahang mengadakan kelas ini bertujuan untuk mengajar Teknik Penetapan Matlamat yang Berkesan kepada atlet supaya atlet dapat gambaran yang lebih jelas apa itu matlamat dan apa kesanya dalam sukan dan kehidupan seharian.

USPTN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada ISN Pahang kerana membantu mengadakan program seperti ini dan diharap program-program yang dirancang akan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

Sekian, terima kasih

Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang

Tuesday, January 20, 2015

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING KAKITANGAN MSP 2015

Tarikh : 19 Jan 2015 ( Isnin )
Masa : 8.30 pm
Tempat : Kuantan Megalanes

Satu 'friendly match' tenpin bowling kakitangan Majlis Sukan Pahang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan keakraban semasa staff. Penglibatan Kakitangan MSP / USPTN/ ISN Satelit Pahang dan Jurulatih Penuh Masa telah memeriahkan pertandingan tersebut. Terima Kasih tidak terhingga kepada Kuantan Megalanes di atas tajaan pengajuran pertandingan ini. Terima kasih juga kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Dengan harapan adanya lagi pertandingan sebegini dimasa-masa akan datang. Sekalung TAHNIAH buat pemenang.

PASCA BANJIR MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Tarikh : 15 - 19 Jan 2015

Majlis Sukan Negara Malaysia amat bersimpati kepada Atlet Pahang yang terkesan dengan bencana banjir pada penghujung tahun 2014. Bantuan yang dihulurkan oleh pihak Majlis Sukan Negera Malaysia kepada keluarga atlet di Negeri Pahang amat mengembirakan mereka. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga disampaikan oleh keluarga atlet kepada MSNM dan wakil USPTN Pahang iaitu En. Aliyasar bin Che Ree selaku penyampai bantuan kepada mangsa.

Senarai keluarga atlet yang terlibat:-

1. Siti Nur Bahirah - gimnastik artistik
2. Mohd Al-jufferi - Pencak silat
3. Mohd Taqiyuddin - Pencak Silat
4. Mohd Faiz Abd Malek - Pencak Silat
5. Muhamad Roszalmi - Bina Badan
6. Nur Fazlina - Pencak Silat
7. Nurliyana Mohd Latif - Pelayaran
8. Nurshazrin Mohd Latif - Pelayaran
9. Siti Nur Fatihah - Pelayaran

UNDIAN SUKAN 2015

Tarikh : 15 Jan 2015 ( Khamis)
Masa : 10.30am
Tempat : Majlis Sukan Pahang

Pada tahun ini rombakan sukan yang dipegang oleh PPN sebelum ini telah dilangsungkan serentak seluruh Negeri. Tujuan utama adalah supaya pegawai tidak tertumpu kepada satu sukan sahaja. Habisnya cycle untuk program 4 tahun, datangnya idea-idea baru yang akan meningkatkan lagi sukan berprestasi tinggi di Negeri Pahang.
Berikut adalah nama pegawai dan sukan yang akan dikendalikan oleh bagi sesi 2015.

1. En. Anuwar b Abu Bakar - Menembak & Tinju
2. En. Mohd  Rasul b Abd Hamid - Memanah & Tenpin Boling
3. Pn. Sarimah Hashim - Angkat Berat & Pelayaran
4. Pn. Norsuhaini Ibrahim - Skuasy, Gimrama & Gimnastik
5. SDO Baru - Taekwondo

Tuesday, January 13, 2015

DERMA BANJIR

Tarikh: 09 Jan 2015
Tempat : Majlis Sukan Pahang

Taman cenderawasih, Kuantan adalah salah satu kawasan yang sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh melanda Malaysia. Kelab PPN semalaysia mengucapkan takziah kepada keluarga En. Aliyasar bin Che Ree (PT Pahang) yang ditimpa bencana banjir pada kali ini. Sumbangan yang tidak seberapa dari kelab ini harap dapat membantu En. Aliyasar sekeluarga. Wakil KU USPTN En. Anuwar bin Abu Bakar telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Monday, January 12, 2015

Pemantauan Sukan Badminton - Januari 2015

Sukan : Badminton
Tarikh : 8 Januari 2015
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang

Kehadiran 
1. En. Mohammad Noor Bin Othman - JSM Persatuan
2. 10 Orang atlet lelaki & 4 orang atlet wanita

Ujian
1. Tiada

Latihan
1. Game Play - 1 vs 2 
2. Game Paly - Double & Single

Pertandingan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan / Bangunan
1. Bekalan bulu tangkis mencukupi untuk latihan
2. Keadaan gelanggang dan dewan dalam keadaan baik


Program Binaan
1. Ujian kecegasan akan diadakan pada bulan Januari dan akan berbincang dengan ISN Pahang.

Ulasan
1. 4 orang atlet dari daerah luar dari Kuantan telah ditawarkan untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Negeri.
2. Terima Kasih kepada Majlis Sukan Pahang kerana membantu menyediakan kemudahan asrama untuk atlet yang baru terpilih.

Sekian, terima kasih

Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang



Friday, January 9, 2015

PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH

Tarikh : 08 Jan 2015  (Khamis)
Masa : 6.00pm
Tempat : PLN Sk. Sg. Talam

Kehadiran
En. Mohd Rizaini bin Pandak Mohd - JPM MSP
Pn. Norhazliza bt Norfizi- JSM PPS
Atlet - 10 org

Ujian
Mengukur panjang arrow atlet dan panjang tarikan.

Latihan
Atlet hanya menjalani latihan fizikal, 'setting bow' dan ukur panjang tarikan.

Pertandingan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan
1.Peralatan dalam keadaan baik dan mencukupi bagi atlet sedia ada.

Ulasan
1. Latihan diadakan di dewan sekolah kerana hujan lebat.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. Peralatan latihan yang mencukupi dan semua berkeadaan baik.

Isu
Mohon penempatan atlet dari PLN Jengka yang masih aktif di Asrama MSP, Kuantan kerana tiada jurulatih di PLN Jengka.( Atlet yang berpotensi  untuk menyertai SUKMA sahaja).

Sekian

Thursday, January 8, 2015

Pemantauan Sukan Gimnastik - Januari 2015

Sukan : Gimnastik
Tarikh : 7 Januari 2015
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Bangunan Gimnasium SUKPA, Kuantan

Kehadiran 
1. Dariia Grinkina - JLN MSN
2. Mariia Grinkina - JLN MSN
3. 10 orang atlet wanita

Ujian
1.Mengambil Berat Badan dan Ketinggian atlet

Latihan
1. Voulting - Hand Spring
2. Floor Ex
3. Balance Beam
4. High Bar

Pertandingan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan / Bangunan
1. Perlatan Latihan masih lagi tidak dipasang didalam kolam untuk latihan high bar.
2. Suis elektrik semua dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
3. Kebocoran sudah tiada setelah kerja pembaikan telah dibuat.
4. Kebersihan bangunan masih ditahap sederhana.

Program Binaan
1. Mencadangkan Kelas Psikologi dan Ujian kecergasan diadakan untuk atlet pada bulan Januari 2015.

Ulasan
1. Hand guard diperlukan untuk latihan supaya atlet tidak mengalami kecederaan semasa menjalani latihan.
2. Takwim tahunan sukan gimnastik masih tidak untuk jurulatih merancang program latihan bagi tahun 2015.


Sekian, terima kasih

Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang


Monday, January 5, 2015

PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA ATLET TENPIN BOWLING

Tarikh: 31 Dis 2014 (Rabu)
Masa : 1.00pm
Tempat : Kuantan Megalanes
Kehadiran : Pn.Norsuhaini bt Ibrahin ( SDO Bowling)
En. Mohd Fariq bin Shamsudin ( JPM MSP )
Pn. Rasmanizar bt Mustafa ( JSM USPTN)

Perjumpaan ini diaturkan adalah untuk menyampaikan maklumat serta perbincangan telus dari pihak USPTN Pahang dan Jurulatih kepada ibubapa. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk berkenalan dengan lebih dekat di antara ibubapa dan pihak pengurusan  USPTN. Dengan kehadiran ibubapa seramai 17 orang pada perjumpaan kali ini adalah untuk membincangkan serta memberi maklumbalas berkenaan program yang telah dikendalikan oleh USPTN dan MSP.

Beberapa perkara dan cadangan yang dikemukan oleh ibubapa diantaranya:-

1. Dimana dari 40 orang atlet yang telah dipilih melalui evaluation pada awal tahun dikekalkan didalam program bagi sesi 2015 setelah mengenalpasti atlet yang memberikan 100%  komitmen serta menunjukkan prestasi yang cemerlang.

2. Pecahan atlet mengikut gred seperti group 3A, 2A dan single A untuk memberikan lebih saingan kepada atlet untuk meningkatkan level atlet.

3. Disiplin atlet perlu diterapkan lagi seperti:- time management, kehadiran, fokus dan serius dalam latihan serta "no handphone" semasa latihan dijalankan.

4. Atlet perlukan pakar psikologi untuk mengatasi kelemahan mental kebanyakan atlet.

5. Cadangan untuk mengurangkan basic training pada setiap sesi latihan kerana atlet merasa masa untuk latihan sebenar kurang disebabkan basic training yang lama.

6. Ibubapa juga amat mengharapkan pihak pengurusan dapat menyediakan pengangkutan setiap kali ke kejohanan kerana bimbang keselamatan anak- anak mereka serta memudahkan mereka untuk membawa peralatan yang banyak setiap kali ke kejohanan.

Dengan perbincangan yang ratanya memberikan maklumbalas yang positif dalam pembangunan sukan bowling dan memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan jurulatih yang dilantik. Semoga tahun 2015 akan lebih cemerlang buat Pasukan Tenpin Bowling Pahang.