Tarikh: 31 Dis 2014 (Rabu)
Masa : 1.00pm
Tempat : Kuantan Megalanes
Kehadiran : Pn.Norsuhaini bt Ibrahin ( SDO Bowling)
En. Mohd Fariq bin Shamsudin ( JPM MSP )
Pn. Rasmanizar bt Mustafa ( JSM USPTN)
Perjumpaan ini diaturkan adalah untuk menyampaikan maklumat serta perbincangan telus dari pihak USPTN Pahang dan Jurulatih kepada ibubapa. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk berkenalan dengan lebih dekat di antara ibubapa dan pihak pengurusan USPTN. Dengan kehadiran ibubapa seramai 17 orang pada perjumpaan kali ini adalah untuk membincangkan serta memberi maklumbalas berkenaan program yang telah dikendalikan oleh USPTN dan MSP.
Beberapa perkara dan cadangan yang dikemukan oleh ibubapa diantaranya:-
1. Dimana dari 40 orang atlet yang telah dipilih melalui evaluation pada awal tahun dikekalkan didalam program bagi sesi 2015 setelah mengenalpasti atlet yang memberikan 100% komitmen serta menunjukkan prestasi yang cemerlang.
2. Pecahan atlet mengikut gred seperti group 3A, 2A dan single A untuk memberikan lebih saingan kepada atlet untuk meningkatkan level atlet.
3. Disiplin atlet perlu diterapkan lagi seperti:- time management, kehadiran, fokus dan serius dalam latihan serta "no handphone" semasa latihan dijalankan.
4. Atlet perlukan pakar psikologi untuk mengatasi kelemahan mental kebanyakan atlet.
5. Cadangan untuk mengurangkan basic training pada setiap sesi latihan kerana atlet merasa masa untuk latihan sebenar kurang disebabkan basic training yang lama.
6. Ibubapa juga amat mengharapkan pihak pengurusan dapat menyediakan pengangkutan setiap kali ke kejohanan kerana bimbang keselamatan anak- anak mereka serta memudahkan mereka untuk membawa peralatan yang banyak setiap kali ke kejohanan.
Dengan perbincangan yang ratanya memberikan maklumbalas yang positif dalam pembangunan sukan bowling dan memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan jurulatih yang dilantik. Semoga tahun 2015 akan lebih cemerlang buat Pasukan Tenpin Bowling Pahang.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.