Monday, May 21, 2018

PAHANG - LAPORAN KEM BAKAT MEMANAH

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018 


Tarikh : 10 Mei 2018 (Khamis)
Tempat : Casa MSNM
Masa : 2.00 petang hingga 10.00 malam


Kehadiran:

1. En. Giam Fook Pang - Pegawai MSNM
2. En. Akmal Ahmad Zainudin - Pengurus Sukan Memanah
3. En. Ahmad Affendy Baharin - PPN Negeri Sembilan
4. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN Pulau Pinang
5. En. Mohd Rasul Abdul Hamid - PPN Pahang
6. En. Othman Wahab  - JPM PK
7. En. Muhammad Izzudin - JPM PK
8. Cik Nursyafiza - JPM PS
9. En. Mohd Zuladnan - JSM Kelantan
10. En. Ricky Yee Yen Chiat - JSM Sarawak
11. En. Muhd Faiz Hambali - JSM Selangor




Kem Bakat Sukan Memanah siri 1/2018 yang telah bermula dari 10 hingga 14 Mei 2018 di Lapang Sasar Memanah Majlis Sukan Negara Malaysia. Tujuan kem ini bagi mengumpulkan atlet-atlet pelapis negeri semalaysia yang terpilih berumur 14-16 tahun. Atlet yang terpilih akan berpeluang menimba ilmu sebanyak mungkin dari jurulatih yang berpengalaman.

Secara keseluruhan jumlah peserta kem ini adlaah seramai 35 orang atlet melibatkan 20 lelaki dan 15 wanita.

Hari pertama kem bermula dengan sesi pendaftaran jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Peserta dilepaskan untuk makan tengahari sebelum berkumpul di Bilik Merpati MSNM untuk sesi taklimat kem yang akan disampaikan oleh Encik Akmal dan Encik Othman Wahab selaku Ketua Jurulatih kem. 

Sesi petang ketua jurulatih memberi pengenalan berkaitan kecergasan sebelum dilepaskan sepenuhnya kepada atlet untuk mempraktikkan.

Sesi sebelah malam diteruskan dengan sesi suai kenal antara atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat sebelum semua atlet dilepaskan untuk berehat.





Tarikh : 11 Mei 2018 (Jumaat)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam



Hari kedua Kem Bakat Memanah Siri 1/2018 diteruskan dengan semua atlet berkumpul di padang jam 6.30 pagi untuk perhimpunan pagi yang akan dikelola oleh Kem Komandan. Sesi berjalan selama setengah jam sebelum atlet dilepaskan untuk sarapan pagi.

Sesi Ujian Kecergasan yang dijangka pagi ini terpaksa ditunda atas sebab tertentu dan ditukar kepada sesi latihan akan dikelola sepenuhnya oleh Ketua Jurulatih Encik Othman Wahab.

Sesi petang diteruskan dengan Basic Shooting Technique (Amali) yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih. Objektif sesi petang ini bertujuan untuk membantu memperbetulkan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai pada jam 6.30 petang. 

Pengisian program malam diteruskan dengan sesi Psikologi yang disampaikan oleh Dr Eliza Hafiz
dari Pusat Sukan Universiti Malaya. Objektif ceramah bertujuan memahami kesan psikologi yang
 dapat dilihat sebagai satu petunjuk positif dalam diri atlet menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet dilepaskan balik ke bilik untuk berehat.







KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Sesi pagi : Taklimat Mengenai Asas Target Foam dan latihan 30M

Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Tarikh : 12 Mei 2018 (Sabtu) 
Masa : 6.30 pagi hingga 10.30 malam 

Kehadiran :

1. En. Akmal Ahmad Zainudin - Pengurus Sukan Memanah
2. En. Othman Wahab - JPM PK
3. En. Mohd Rasul - PPN Pahang
4. En. Ahmad Affandy - PPN N9
5. En. Mohd Suhaimi - PPN Penang
6. JSM Negeri - 3 orang
7. Atlet - 19 lelaki & 16 wanita




Hari ketiga kem diteruskan dengan atlet berkumpul untuk perhimpunan pagi dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa. Atlet diberi masa selama 30 minit untuk senaman pagi dengan diketuai oleh penghulu yang dilantik. 

Selesai sarapan pagi atlet bergerak ke lapang sasar untuk sesi "Shooting Skill" dengan jarak 70 & 60 meter (lelaki) dan jarak 60 & 50 meter (wanita). Sesi latihan ini mengambil masa 4 jam sehingga atlet diberi pelepasan untuk makan tengahari dan solat zohor.

Latihan petang bersambung dengan "Shooting Skill" jarak 60 meter (Lelaki) dan 50 meter wanita. Sesi latihan terpaksa ditunda disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Sesi malam merupakan aktiviti yang memberi kekuatan minda untuk menyelesaikan masalah sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Aktiviti "team building" dikendali sepenuhnya oleh fasilitator yang dilantik. Para atlet dilihat memberi kerjasama dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sesi hati ketiga tamat pada jam 10.30 malam.







KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Tarikh : 13 Mei 2018 (Ahad)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 8.30 pagi 




Atlet diberi pelepasan untuk perhimpunan pagi pada hari keempat kem untuk persediaan atlet menghadapi mini pertandingan jarak double 60 meter (lelaki & wanita) yang akan bermula pada jam 8.30 pagi. 

Setiap atlet perlu menghabiskan 72 anak panah untuk menentukan pemenang. Mini pertandingan ini akan diputus berasaskan kepada Undang-Undang World Archery Federation (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.


Berikut disertakan keputusan penuh mini pertandingan :-

DOUBLE 60 METER (LELAKI)

1. Muhammad Alif Aiman (KL) - 647
2. Liew Yu Vui (SAR) - 647
3. Haries Iskandar (SEL) - 633
4. Mohd Ariff Hidayat (KED) - 616
5. Muhammad Hafiyzul Hadi (SEL) - 614
6. Amir Imran (KL) - 598
7. Shamil (JHR) - 596
8. Helmi Hakim Azahah (NS) - 583
9. Muhammad Afham (MEL) - 567
10. Muhammad Akmal Adry (KEL) - 564
11. Kong Ze Liang (SAR) - 563
12. Muhammad Aliff (TER) - 524
13. Muhammad Nabil (KEL) - 521
14. Eizz Danish (NS) - 516
15. Muhammad Syahmi (PER) - 506
16. Ahmad Zaim (TER) - 469
17. Mohd Syafiq (JOH) - 447
18. Nur Muhammad Arif (PRK) - 362
19. Irsyad Thaqif (KED) - 253

DOUBLE 60 METER (WANITA) 

1. Natasha Ting Sze Pei (SAR) - 631
2. Nurul Azreena (SEL) - 613
3. Nur Syafiqa Izyan (KED) - 576
4. Hannah Irdina (SEL) - 545
5. Nur Qistina (JOH) - 543
6. Nurin Afiqah (TER) - 540
7. Nur Sajida (KED) - 538
8. Nur Balqis Fathi (PEN) - 534
9. Lim Jia Xin (JOH) - 528
10. Alis Syazni (KEL) - 519
11. Uzma Qisthina (NS) - 511
12. Nur Arissa Fatihah (KL) - 496
13. Fatin Nurhannah (KL) - 469
14. Sharifah Aleeya Natasha (PER) - 443
15. Nur Nadia (PRK) - 403
16. Nurdinah Husna (PRK) - 97
17. Nur Alyaa Najibah (PER) - 81


Sesi petang diteruskan dengan sesi Shooting Skill, Shooting Foam dan Equipment Setting. Sesi tersebut lebih kearah untuk memperbaiki beberapa kesalahan kecil yang dilakukan setiap atlet semasa melepaskan arrow ke sasaran. Sesi latihan selesai pada jam 6.00 petang.

Sesi malam semua atlet diberi active rest dengan sesi perkongsian ilmu bersama jurulatih Marbawi Sulaiman. Sedikit sebanyak atlet dapat menimba beberapa teknik baru untuk dipraktik sama ada masa latihan mahupun pertandingan. 







KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018
 

Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)
Tempat : Bilik Merpati MSNM
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari



Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2018 sudah melabuhkan tirainya pada hari ini. Walau bagaimanapun aktiviti hari terakhir berjalan seperti yang biasa dengan atlet bersarapan pagi di dewan makan sebelum masuk ke dewan kuliah untuk sesi rumusan bersama ketua jurulatih. Antara pengisian rumusan pagi ini, ketua jurulatih memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan semua pemanah-pemanah walaupun rata-rata masih diperingkat pembelajaran. Sepanjang kem ini djalankan, ada beberapa atlet telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Azrul Hisyam Abdul Jalil Ketua Cawangan Kemahiran Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia. Dalam ucapan penutupan, beliau berhasrat agar semua pemanah-pemanah meningkatkan prestasi selepas pulang ke negeri masing-masing. Beliau juga berharap atlet yang hadir pada kem kali ini akan mewakili negara pada masa akan datang. Selesai ucapan beliau, Majlis penyampaian sijil telah disampaikan kepada semua atlet yang hadir. Dalam masa yang sama, hadiah kepada pemenang untuk mini pertandingan.

Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dan semua atlet menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Pihak Unit juga mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Atlet kerana memberi peluang kepada pemanah muda untuk berkampung selama 5 hari untuk menimba ilmu. Diharap kem sebegini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada pemanah baru mempelajari teknik-teknik memanah dengan betul. Kem berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua atlet akan pulang ke negeri masing-masing selepas makan tengahari.



Sekian, Terima Kasih


MOHD RASUL BIN ABDUL HAMID
PPN MEMANAH / TENPIN BOWLING / BADMINTON
MAJLIS SUKAN NEGARA


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.