Sunday, January 12, 2014

LATIHAN & PEMILIHAN FASA 3 PASUKAN SUKMA

Tarikh : 11 & 12 Jan 2014
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Pahang

Seramai 16 pemain lelaki dan 6 pemain wanita telah menyertai sesi latihan dan pemilihan Pasukan SUKMA 2014 yang telah diadakan di Dewan Persatuan Badminton Pahang. Pemain-pemain ini dipilih selepas mereka menyertai Kejohanan Sukan Remaja Pahang 2013 yang lalu.

Seramai 4 orang jurulatih telah menjadi panel pemilih untuk menilai pemain-pemain. 14 pemain merupakan pemain dari PLN Kuantan dan 6 orang dari PLN Temerloh.

Disediakan oleh :
Anuwar Bin Abu Bakar

Kejohanan Menembak Sport Excel Sirkit Remaja Kebangsaan dan Terbuka Selangor 2014

Gambar - Gambar sekitar Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Sirkit 1 dan Terbuka Selangor 2014


--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/


Saturday, January 11, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK SPORT EXCEL REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1 DAN KEJOHANAN MENEMBAK TERBUKA SELANGOR 2014

LAPORAN HARI KEDUA (10 JANUARI 2014)

Kejohanan Menembak Sport Excel Remaja Kebangsaan Sirkit 1 dan Kejohanan Menembak Terbuka Selangor 2014 diteruskan lagi di hari kedua denga penyertaan Pasukan Menembak Negeri Pahang menyertai acara yang dipertandingkan dengan mencapai keputusan seperti berikut :-

PENCAPAIAN KEJOHANAN SPORT EXCEL SIRKIT 1

Acara 25m Sport Pistol Lelaki :

Berpasukan (Abdul Aziz b. Abd Malek, Luqman Nul Hakim b. Rusdan, Eric Low Wei Chern) - Emas
Individu :Abdul Aziz b. Abdul Malek - 561 - Perak

Acara 50m Rifle Prone Lelaki

Berpasukan (Mohd Nurahimin Abd. Halim, Nazirul Azhar Abd Mutalib, Mohd Zulhimlan Abdul Mutalib )- Emas

Acara 50m Rifle Prone Wanita

Berpasukan (Nur Afifah bt Tarmizy, Aina bt Zahiran, Norfadhilah bt Ahmad Kamal) - Emas
Individu : Nur Afifah bt Tramizy - Gangsa

Acara 10m Air Pistol Wanita

Berpasukan (Alianazirah bt Ishak, Siti Nur Hana bt Hazmi, Siti Nur Nabilah) - Perak
Individu : Alianazirah bt Ishak - Perak

TOTAL : 3 EMAS / 2 PERAK / 1 GANGSA

PENCAPAIAN KEJ. MENEMBAK TERBUKA SELANGOR

Acara 50m Rifle Prone Lelaki

Berpasukan ( Mohd Hassanul Adzhar b. Mohd Badrin, Mohd nUrahimin Abd. Halim, Nazirul Azhar b. Abd Mutalib ) Perak

Acara 50m Rifle Prone Wanita

Berpasukan ( Nur Ayuni Farhana bt Abd Halim, Nur Afifah bt Tarmizy, Aina bt Zahiran ) - Perak
Individu - Nur Ayuni Farhana bt Hazmi - Perak

Acara 10m Air Pistol Wanita

Berpasukan ( Norerffani bt Abd Malick, Alianazirah bt Ishak, Siti Nurhana bt Hazmi ) Perak

Total : 4 Perak

"PAHANG BOLEH" "ELEPHANT ARMY"
--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

Friday, January 10, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK TERBUKA SELANGOR 2014 DAN SPORT EXCEL REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1/2014

Laporan hari pertama (9 Jan 2014)

Kejohanan Menembak Terbuka Selangor dan 
Sport Excel Sirkit 1/2014 telah bermula. Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan. Dan disertai oleh Pasukan Menembak Negeri Pahang.

Berikut adalah pencapaian atlet-atlet Negeri Pahang yang bertanding :-

Sport Excel Sirkit 1 (Kategori Remaja)

Acara 10m Air Rifle Lelaki
Berpasukan :
Mohd Nurahimin Abdul Halim - 580
Nazirul Azhar Abdul Mutalib - 567
Mohd zulhilman Abdul Mutalib 558
Total 1705 - Emas

Individu
Mohd Nurahimin Abdul Mutalib - 580 Perak

Acara 50m Rifle 3 Posisi Wanita

Berpasukan: 
Aina Zahiran - 568
Nur afifah bt Tramizy 562
Norfadhilah bt Mohd Kamal - 551
Total = 1681 Emas

Individu :
Aina Zahiran - 568 Emas
Nurafifah Tarmizy - 562 Gangsa

Acara 25m Rapid Fire Pistol Lelaki

Berpasukan:
Eric Low Wei Chern - 523
Abdul Aziz b. Abd Malik - 513
Mohd Ridhwan Awaluddin - 512
Total - 1548 - Perak

Total 3 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa

Kejohanan Terbuka Selangor 2014 (senior)

1. 10m Air Rifle Lelaki Berpasukan - Perak
2. 50m Rifle 3 Posisi wanita Berpasukan - Perak
3. 50m Rifle 3 Posisi Wanita Individu : Nurafifah Tarmizy - Gangsa
4. 10m Air Rifle Lelaki Individu : Mohd Nurahimin Abd Halim - Gangsa

Total : 2 Perak, 2 Gangsa 

Ini merupakan permulaan yang baik bagi pasukan Menembam Negeri Pahang untuk tahun 2014. Semoga dapat mengekalkan pretasi untuk hari ini sehingga 12 Januari 2014.

Antara acara tumpuan pada hari ini (10 Januari 2014) ialah :-

50m Rifle Prone Lelaki dan Wanita
10m Air Pistol Wanita
25m Sport Pistol Lelaki

Sekian.

PROGRAM 'PRE-EVALUATION' SUKAN TENPIN BOWLING 2014

Program ini adalah program pemilihan fasa 1 yang diadakan bagi memilih pelajar yang berkelayakan untuk ke sesi pemilihan seterusnya oleh jurulatih kebangsaan bagi menentukan pelajar yang akan diserap ke Program Pelapis Negeri (USPTN Pahang). Program yang telah berlangsung pada 9 Jan 2014 dengan penyertaan seramai 43 orang atlet. Dari pemilihan itu seramai 27 orang atlet telah melepasi kelayakan ke sesi pemilihan sebenar ( ' National Evaluation') yang alan berlangsung pada 12 Jan 2014, jam 11.00 am di Kuantan megalanes, Berjaya Megamall. TAHNIAH !!

Wednesday, January 8, 2014

Pasukan Menembak Negeri Pahang

Pasukan Menembak Negeri Pahang kini sedang menyertai Kejohanan Menembak Terbuka Selangor 2014 daj Kejohanan Menembak Sport Excel Sirkit 1/2014 pada 08 hingga 12 Disember 2014 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor. Pasukan pada penyertaan kali ini terdiri dari 4 orang jurulatih dan 30 orang atlet.

Esok iaitu 9 Januari 2014 akan bermula secara rasmi. Diharap pasukan Menembak Negeri Pahang akan dapat memberikan yang terbaik pada penyertaan kali ini.

"PAHANG BOLEH !"

PROGRAM 'NATONAL EVALUATION' SUKAN TENPIN BOWLING

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Bowling Negeri Pahang dan Kongres Tenpin Bowling Malaysia akan mengadakan Program "NATIONAL EVALUATION" (Pencarian Bakat Baru) bagi sukan bowling Program Pelapis USPTN Pahang 2014 pada ketetapan seperti berikut :-

 

             Tarikh             : 12 Januari 2014 (Ahad )

             Tempat           : Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall, 

             Masa               : 10.30 pagi ( Pendaftaran )

             Yuran              : RM 20.00


Bagi pelajar lingkungan umur 12 - 17 tahun yang berminat dan mempunyai pengetahuan asas dalam sukan ini boleh menghadiri diri ke Program tersebut untuk dinilai oleh Jurulatih yang didatangkan khas dari Program Pelapis Kebangsaan Majlis Sukan Negara Malaysia.


"SUKAN CEMERLANG, PAHANG GEMILANG"


--
NORSUHAINI BT IBRAHIM
Pen. Peg. Belia & Sukan
Memanah/Pelayaran/Tenpin Bowling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang