Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan program Pelapis di Negeri Pahang dan menyalurkan maklumat berkenaan pusat latihan, atlet, jurulatih, pertandingan dan aktiviti yang dilaksanakan atau disertai oleh USPTN Pahang.
Monday, May 9, 2011
myMetro | Pahang cemerlang
PERTANDINGAN ANGKAT BERAT ANTARA PUSAT LATIHAN NEGERI ZON TIMUR 2011
myMetro | Pahang cemerlang
Pahang cemerlang
Oleh Mohd Rafi Mamat
9 Mei 2011
KONTINJEN Pahang yang memungut lapan pingat emas, dua perak dan tiga gangsa muncul juara keseluruhan Pertandingan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Zon Timur 2011 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Kuantan, baru-baru ini.
Tempat kedua dimenangi Kelantan yang meraih empat emas, lapan perak dan empat gangsa manakala Terengganu yang masih di peringkat pendedahan gagal meraih sebarang pingat.
Pertandingan dua hari di bawah program pembangunan Majlis Sukan Negara (MSN) itu disertai 56 atlet lelaki dan wanita di bawah umur 17 tahun yang bersaing dalam 12 kategori. Jurulatih Pahang, Sabri Ab Latif, berkata seramai 25 atlet remaja membawa cabaran tuan rumah pada pertandingan sulung tahun ini. Menurutnya, lima pingat emas Pahang dihasilkan oleh Mohd Zubairi Che Ros dalam kategori 77kg; Mohd Fazrul Azrie Mohdao (77kg kebawah); Khairul Anuar Mohamad (69kg), Mohd Safwan Sainiey Khodry (62kg) dan Mohd Azroy Hazal Wafi Azroy Ramli (50kg).
Menurutnya, baki tiga pingat emas lagi disumbang atlet wanita menerusi Nor Fateha Shahputri Mohd Hafiz dalam kategori 63kg, Fatin Amira Mohd Nasir (58kg) dan Siti Izhar Yusof (44kg).
“Kejayaan merangkul lapan pingat emas pada saingan sulung tahun ini memberi petanda awal Tok Gajah memiliki barisan pelapis yang bakal menyerlah.
“Pembangunan sukan angkat berat dilakukan secara berterusan menjadi faktor utama kita mampu melahirkan ramai atlet pelapis yang mampu menyerlah untuk mewakili negeri seterusnya negara pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata, pusat pembangunan sukan angkat berat Pahang yang terletak di Rompin kini mempunyai lebih 50 atlet lelaki dan wanita sambil dipantau oleh MSN.
Sabri berkata, pertandingan yang diadakan ini antara lain bertujuan sebagai pendedahan kepada atlet selain menilai prestasi pusat latihan di tiga negeri pantai Timur. Bagi Mohd Zubairi, kejayaan merangkul pingat emas dalam kategori 77kg keatas dengan angkatan keseluruhan 227kg membakar semangatnya untuk terus mencipta nama dalam sukan angkat berat.
“Keyakinan saya kini semakin menebal untuk terus berusaha melakukan angkatan yang lebih baik dalam usaha mengintai peluang mewakili Pahang pada kejohanan peringkat kebangsaan termasuk Sukan Malaysia (Sukma).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cover Story : Pertandingan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Zon Timur 2011
ReplyDeleteKuantan, Pahang
08 hingga 10 April 2011