Tarikh : 29 Januari 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat, Rompin
Jumlah Atlet : 18 lelaki / 7 wanita
Jurulatih : 2 orang
Satu perjumpaan dan perbincangan bersama jurulatih telah di adakan untuk mendapatkan maklumat terkini pasukan Angkat Berat Pahang. Pada masa ini seramai 30 orang atlet sedang menjalani latihan berterusan di PLN Angkat Berat Rompin. Atlet berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami masalah kecederaan serius.
Jurulatih memohon untuk mendapatkan beberapa keperluan tambahan untuk latihan seperti berikut:-
1. Knee guard dan wrist guard
2. Tali Pinggang utk saiz kecil
3. Tambahan set bar lelaki dan wanita
Jurulatih juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MSP di atas beberapa pembelian yang telah diluluskan.
Seterusnya, ujian kecergasan telah di adakan bermula pada jam 4.00 petang oleh 2 orang pegawai Unit ISN Satelit Pahang. Antara ujian yg dijalankan bersesuaian dengan sukan Angkat Berat adalah seperti berikut :-
1. Static Vertical Jump
2. Standing Broad Jump
3. Hand Grip Strength Test
4. 1 min Push Up
5. 1 min Sit Up
6. Modified 5M Shuttle Run.
Semua atlet yang terlibat telah menunjukkan kesungguhan dan memberi kerjasama yang baik sepanjang ujian di adakan.
Sebelum berakhir, satu perjumpaan bersama atlet di buat. Tiada isu yang dibangkitkan. Program tamat pada jam 6.45 petang.
Sekian
Sent from my BB Z10
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.