Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh  atlet, jurulatih, pentadbir sukan di Negeri Pahang dan Malaysia.

Semoga kecemerlangan sukan di Negeri Pahang akan terus berkembang dan mencapai pencapaian yang lebih gemilangdi tahun 2014 ini. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah merupakan satu petanda aras agar USPTN Pahang dapat meneruskan momentum dalam membangukan sukan di Negeri Pahang dengan lebih gemilang.

Ayuh.. Atlet, Jurulatih dan semua peminat sukan, kita teruskan kecemerlangan, sokongan untuk memajukan sukan di Negeri Pahang dan negara kita...

SELURUH WARGA USPTN PAHANG MENGUCAPKAN " SELAMAT TAHIN BARU 2014"
--


feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

Thursday, December 26, 2013

PERTANDINGAN DALAMAN DAN PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA ATLET SUKAN MENEMBAK

Satu pertandingan dalaman dikalangan atlet Menembak Negeri Pahang telah di adakan pada 16 hingga 23 Nov 2013 yang lalu di Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Pahang.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang setiap acara telah di adakan pad a 23 Nov 2013 dan di adakan sekali perjumpaan bersama ibu bapa atlet. Dikesempatan itu, ini merupakan peluang kepada para ibu bapa untuk mencuba sendiri @ mendalami program latihan sukan menembak yang telah anak mereka ceburi.

 Terima kasih di ucapkan di atas kehadiran ibu bapa atlet semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

PERTANDINGAN MEMANAH DI ANTARA PLN KUANTAN & JENGKA 2013

Tarikh : 22 - 24 Dis 2013
Tempat : Padang kolej profesional MARA Kuantan
Jumlah peserta : 17 org atlet

Prgram ini diadakan adalah untuk menilai prestasi semasa atlet di PLN masing- masing. Secara tidak langsung program ini juga adalah untuk memilih atlet yang layak untuk menyertai SUKMA XVII, Perlis 2014. Program ini telah berlangsung dengan jayanya walaupun keadaan cuaca tidak menentu. Atlet juga telah memberikan komitmen 100% dalam menjayakan program ini. TAHNIAH kepada atlet yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang walaupun kebanyakan atlet adalah atlet baru pada tahun 2013.

Pemenang recurve (L)
1. Muhammad b abd latif - jengka
2. Izzat danial su -kuantan
3. Muhd farhan hakim - kuantan

Pemenang recurve (W)
1. Siti aisyah - kuantan
2. Anastasia ceria - kuantan
3. Amira salsabila- jengka

TAHNIAH !!

Norsuhaini bt ibrahim
SDO Memanah

Monday, September 23, 2013

KELAS SAINS SUKAN ATLET TENPIN BOWLING- PEMAKANAN

Tarikh : 23 Sept 2013
Masa : 3.30pm
Tempat : ISN Pahang

Seramai 9 orang atlet tenpin bowling menghadiri kelas sains sukan (pemakanan) bersama Pn. Azimah bt Zakaria.

Ujian Kecergasan Sukan Tinju

Tarikh: 18.09.2013
Masa: 5.00pm
Tempat: Padang Hoki Sukpa
Jumlah Atlet: 12

Ujian kecergasan ini dilakukan untuk menilai tahap kecergasan atlet. 

Ujian yang telah diadakan adalah:
1. Handgrip(Left/Right)
2. Speed 30m
3. Musculer Endurance
a) one minute pushup
b) one minute situp
4. Anaerobic Capacity 5m multiple shuttle run

En Muhamad Shukor, Pegawai Fisiologi Sukan ISN Setelit Pahang merumuskan kecergasan atlet hanya berada pada tahap memuaskan. 

Disediakan oleh :
Anuwar Abu Bakar
USPTN Pahang




Tuesday, August 27, 2013

KEJOHANAAN PERSAHABATAN DI ANTARA KUANTAN YOUTH & SINGAPORE SPORT SCHOOL 2013


TAHNIAH diucapkan kepada Kuantan Megalanes kerana berjaya menganjurkan kejohanan persahabatan yang telah berlangsung pada 24 Ogos 2013 di Kuantan Megalanes. Seramai 84 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan berlangsung dari jam 8.00pm hingga 11.00pm. 

Pemenang adalah seperti berikut :-
1. ALOYSIUS NG
2. KEITH TAN WEI AN
3. MUHAMAD ANIQ HAMZAH - USPTN

Pentadbiran USPTN Pahang merakamkan jutaan tahniah kepada penganjur kejohanan dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ibubapa serta para peserta yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Sekalung tahniah buat pemenang.

Sent from Samsung tablet

Tuesday, May 28, 2013

World Cup ISSF Pistol/Rifle 2013, Munich Jerman

Salam 1 Malaysia...

Satu pengalaman baru untuk saya dan 2 orang atlet Menembak Negeri Pahang kerana telah diberi peluang untuk menyertai berstatus antarabangsa iaitu kejohanan ISSF World Cup Rifle / Pistol Munich, German.

Kami telah tiba pada 23 Mei 2013 di Jerman dan menginap di hotel bersama pasukan Menembak Elit Malaysia.

Hari ini seorang penembak negeri ini Iaitu Nur Afifah bt Tarmizi telah bertanding dlm acara 50meter Rifle 3 position. Beliau telah berjaya membidik 558 mata. Dengan keadaan suhu 5 celsius beliau berjaya untuk mengawal diri bagi menghabiskan 60 tembakan.

Esok bersamaan 28 Mei 2013 seorang lagi atlet Negeri Pahang iaitu Abdul Hadi Abdul Malik  akan bertanding dalam acara 10m Air Pistol pada jam 11.00 pagi.

Semoga semangat Malaysia Boleh akan terus membara.. 

Sekian