Wednesday, January 8, 2014

PROGRAM 'NATONAL EVALUATION' SUKAN TENPIN BOWLING

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Bowling Negeri Pahang dan Kongres Tenpin Bowling Malaysia akan mengadakan Program "NATIONAL EVALUATION" (Pencarian Bakat Baru) bagi sukan bowling Program Pelapis USPTN Pahang 2014 pada ketetapan seperti berikut :-

 

             Tarikh             : 12 Januari 2014 (Ahad )

             Tempat           : Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall, 

             Masa               : 10.30 pagi ( Pendaftaran )

             Yuran              : RM 20.00


Bagi pelajar lingkungan umur 12 - 17 tahun yang berminat dan mempunyai pengetahuan asas dalam sukan ini boleh menghadiri diri ke Program tersebut untuk dinilai oleh Jurulatih yang didatangkan khas dari Program Pelapis Kebangsaan Majlis Sukan Negara Malaysia.


"SUKAN CEMERLANG, PAHANG GEMILANG"


--
NORSUHAINI BT IBRAHIM
Pen. Peg. Belia & Sukan
Memanah/Pelayaran/Tenpin Bowling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang

Monday, January 6, 2014

PERJUMPAAN YH. DATO' BERSAMA JURULATIH SEPENUH MASA


Tarikh : 6 Januari 2014
Tempat : Majlis Sukan Pahang
Masa : 2.30 Petang

Satu perjumpaan pihak pengurusan MSP/USPTN Pahang bersama semua Jurulatih Sepenuh Masa telah diadakan bagi menyampaikan amanat 2014 dan mendengar laporan persediaan Sukan Malaysia XVII 2014, Perlis.


Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh  atlet, jurulatih, pentadbir sukan di Negeri Pahang dan Malaysia.

Semoga kecemerlangan sukan di Negeri Pahang akan terus berkembang dan mencapai pencapaian yang lebih gemilangdi tahun 2014 ini. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 adalah merupakan satu petanda aras agar USPTN Pahang dapat meneruskan momentum dalam membangukan sukan di Negeri Pahang dengan lebih gemilang.

Ayuh.. Atlet, Jurulatih dan semua peminat sukan, kita teruskan kecemerlangan, sokongan untuk memajukan sukan di Negeri Pahang dan negara kita...

SELURUH WARGA USPTN PAHANG MENGUCAPKAN " SELAMAT TAHIN BARU 2014"
--


feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

Thursday, December 26, 2013

PERTANDINGAN DALAMAN DAN PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA ATLET SUKAN MENEMBAK

Satu pertandingan dalaman dikalangan atlet Menembak Negeri Pahang telah di adakan pada 16 hingga 23 Nov 2013 yang lalu di Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Pahang.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang setiap acara telah di adakan pad a 23 Nov 2013 dan di adakan sekali perjumpaan bersama ibu bapa atlet. Dikesempatan itu, ini merupakan peluang kepada para ibu bapa untuk mencuba sendiri @ mendalami program latihan sukan menembak yang telah anak mereka ceburi.

 Terima kasih di ucapkan di atas kehadiran ibu bapa atlet semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

PERTANDINGAN MEMANAH DI ANTARA PLN KUANTAN & JENGKA 2013

Tarikh : 22 - 24 Dis 2013
Tempat : Padang kolej profesional MARA Kuantan
Jumlah peserta : 17 org atlet

Prgram ini diadakan adalah untuk menilai prestasi semasa atlet di PLN masing- masing. Secara tidak langsung program ini juga adalah untuk memilih atlet yang layak untuk menyertai SUKMA XVII, Perlis 2014. Program ini telah berlangsung dengan jayanya walaupun keadaan cuaca tidak menentu. Atlet juga telah memberikan komitmen 100% dalam menjayakan program ini. TAHNIAH kepada atlet yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang walaupun kebanyakan atlet adalah atlet baru pada tahun 2013.

Pemenang recurve (L)
1. Muhammad b abd latif - jengka
2. Izzat danial su -kuantan
3. Muhd farhan hakim - kuantan

Pemenang recurve (W)
1. Siti aisyah - kuantan
2. Anastasia ceria - kuantan
3. Amira salsabila- jengka

TAHNIAH !!

Norsuhaini bt ibrahim
SDO Memanah

Monday, September 23, 2013

KELAS SAINS SUKAN ATLET TENPIN BOWLING- PEMAKANAN

Tarikh : 23 Sept 2013
Masa : 3.30pm
Tempat : ISN Pahang

Seramai 9 orang atlet tenpin bowling menghadiri kelas sains sukan (pemakanan) bersama Pn. Azimah bt Zakaria.

Ujian Kecergasan Sukan Tinju

Tarikh: 18.09.2013
Masa: 5.00pm
Tempat: Padang Hoki Sukpa
Jumlah Atlet: 12

Ujian kecergasan ini dilakukan untuk menilai tahap kecergasan atlet. 

Ujian yang telah diadakan adalah:
1. Handgrip(Left/Right)
2. Speed 30m
3. Musculer Endurance
a) one minute pushup
b) one minute situp
4. Anaerobic Capacity 5m multiple shuttle run

En Muhamad Shukor, Pegawai Fisiologi Sukan ISN Setelit Pahang merumuskan kecergasan atlet hanya berada pada tahap memuaskan. 

Disediakan oleh :
Anuwar Abu Bakar
USPTN Pahang