Friday, January 27, 2012

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH JENGKA

Tarikh : 25 Jan 2012
Masa : 12.00 tgh
Tempat : PLN Memanah Jengka
Program : Kem Latihan Sukan Memanah Fasa 1
Masa program : 8.00-11.30 pagi
Jurulatih : Cik Mon Redee Sut Txi

Semasa pemantauan berjalan, program latihan bagi sesi pagi baru sahaja tamat pada  jam 11.30 pagi. Cuaca yang baik memudahkan lagi lawatan dan perbincangan bersama jurulatih. Keadaan pusat latihan yang begitu memuaskan serta bersih membuatkan suasana pusat latihan lebih bertenaga untuk atlet menjalani latihan. Peralatan latihan di PLN tersebut dibekalkan oleh Majlis Sukan Pahang dan pihak UiTM sendiri. Manakala  Arrow bantuan dari pihak Cawangan Pelapis dan Majlis Sukan Pahang. Beberapa orang atlet sempat diberi taklimat oleh Cik Noor Hapizah bt Mamat ( Psikologi Sukan ISN Satelit Pahang ). Lawatan tamat pada jam 2.00 petang.

Sekian

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM

Tuesday, January 3, 2012

KEPUTUSAN PEMILIHAN ATLET TENPIN BOWLING SUKMA XV, PAHANG 2012

Tarikh : 26-29 Disember 2011
Tempat : Kuantan Megalanes
Masa : 10.30 am - 6 games
           4.30 pm - 6 games

Seramai 9 orang atlet Tenpin Bowling USPTN /MSP telah berentap untuk
menempatkan diri dalam skuad SUKMA 2012. Program ini telah dikendalikan
oleh Jurulatih MSP En. Mohd Fariq b Shamsudin dan En. Denise. Pemilihan
juga telah dibuat berdasarkan prestasi semasa sepanjang kejohanan  dan sesi
latihan juga diambil kira serta pencapaian atlet di SUKMA lepas. Pemilihan
dibuat secara profesional oleh jurulatih yang telah dilantik.

Dengan tersenarainya nama-nama dibawah ini, harap dapat menunjukkan
prestasi yang membanggakan untuk Negeri Pahang dan sentiasa berdisiplin.
Bagi atlet yang tidak terpilih untuk menempatkan diri dalam skuad SUKMA
2012, teruskan usaha untuk kejohanan-kejohanan seterusnya dan SUKMA akan
datang sekiranya masih berminat dan masih layak untuk bertanding. Peluang
sentiasa terbuka kepada anda.


ATLET LELAKI SUKMA 2012 

1. JONATHAN CHAN THIEN SHENG
2. MUHD SAMAN B MD SHUIB
3. MUHD AFNAN SHAFIQ B JAAFAR SIDEK
4. AZE IRWAN ALI B MAHMUD
5. JIVVANRAJ A/L SELVAMOORTHY
6. ABDUL HADI B HARUN
7. AZRI FITRI B MD RAZAN

ATLET WANITA SUKMA 2012

1. FATEN NAJIHAH BT AHMAD FAIK
2. FARAH IZZAZAYA BT MOHD FARIQ
3. NAZIRA BT NASIR
4. ANIS SYAZWANIE BT WAN ABDULLAH
5. TUNKU HAIFAA BT TUNKU OSMAN
6. NORHANI NADIA BT HASHIM RANI
7. SYARIFAH MUNIRAH BT SYED MOHSIN


Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM