Tuesday, December 8, 2009

PERTANDINGAN ANGKAT BERAT ZON TIMUR 2009

USPTN Pahang dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang dan Persatuan Angkat Berat Amatur Pahang akan menganjurkan Pertandingan Angkat Berat Zon Timur - Pahang 2009 melibatkan Negeri2 dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan 2 negeri jemputan iaitu Negeri Sembilan dan Kedah. Pertandingan ini akan diadakan seperti berikut :-

TEMPAT : DEWAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT NEGERI
PAHANG,ROMPIN



TARIKH : 13 HINGGA 15 DISEMBER 2009




MASA : 9.00 AM HINGGA 6.00 PM


Pertandingan diadakan ini adalah inisiatif bagi menilai prestasi atlet dan jurulatih memandangkan kekurangan pertandingan yang diajurkan di peringkat kebangsaan mahupun remaja kebangsaan.

Di harap dengan adanya pertandingan ini, ia akan memberi peluang kepada semua atlet yang terlibat untuk menunjukkan kejaguhan masing-masing..

Sebarang pertanyaan boleh berhubung :
Cik Musliana Mustafa (SDO A.Berat) atau
En. Zainuddin Joseph (Jurulatih) 017-9870183


PELUANG UNTUK MEMBIDIK EMAS SEA GAMES LAOS

RASA gementar adalah perkara biasa apa lagi jika berdepan kejohanan utama pertama kali dalam kerjaya bergelar atlit negara. Namun rasa gementar dihadapi penembak muda negara Mohd Nur Rahimi Abd Halim, jelas diredakan sedikit dengan kehadiran kakaknya, Nur Ayuni Farhana bagi membentuk gandingan adik beradik mengisi senarai atlit menembak pada temasya dwitahunan itu.

Begitupun pada usia 16 tahun, Rahimi tetap berharap dia dapat mengutip seberapa banyak pengalaman pada penampilan pertamanya kali ini. Rahimi yang akan mengambil bahagian dalam tiga acara iaitu rifle prone, rifle tiga posisi serta air rifle sebelum ini hanya sekali menyertai kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Asia Tenggara (Seasa) di Bangkok, Oktober lalu. Di situ, dia beraksi cemerlang apabila meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Sama seperti kakaknya yang menyertai acara rifle, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sungai Isap, Kuantan itu, mahu beraksi baik pada penampilan pertamanya itu dan cuba mencari kilauan pingat tanpa mengira warna.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MEREKA...