Tuesday, September 27, 2011

Lawatan Pemantau Pusat Latihan Negeri (Hari 2)

Tarikh : 23 Sept 2011
Masa : 9.00 pg - 7.15 pm

Hari kedua pemantauan terus dilakukan, hari ini pemantau dimulakan dengan Pusat Angkat Berat Rompin. Mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuantan ke Rompin.

Selain daripada meninjau pusat latihan Rompin, Pn Norishah juga mengambil kesempatan untuk melihat bangunan Asrama Pusat Kecemerlangan Angkat Berat yang baru siap dibina.

Setelah 1 jam lebih berada di Rompin, seterusnya, lawatan kembali ke Pusat Latihan yang berada di Daerah Kuantan iaitu sukan Menembak, Tinju, Badminton dan Angkat Berat (Kuantan).

Lawatan berakhir pada jam 7.00pm..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lawatan Pemantauan Pengurus Sukan Caw. Pelapis

Tarikh : 22 Sept 2011
Masa : 3.00 pm - 7.00 pm
Tempat : Sekitar Daerah Kuantan

Seorang Pengurus PELAPIS Negeri Cawangan Pelapis iaitu Pn. Norisha Sabidi telah dihantar untuk menjalankan Pemantauan di semua Pusat Latihan USPTN Negeri Pahang. Beliau telah selamat tiba di Kuantan pada jam 10.00 pagi..

Seterusnya beliau dibawa untuk melawat dan berjumpa dengan kakitangan USPTN Pahang dan Pengarah MSP di Pejabat Majlis Sukan Pahang..

Pada sebelah petang, beliau dibawa untuk melawat PLN. Seperti berikut:-

1. Pusat Skuasy Taman Gelora, Kuantan.
JPM - Lim Chee Ming

2. Kolam Renang Royal Golf Club, Kuantan (sementara)
JSM - En. Alias Muda

3. Dewan Gimnastik Alor Akar, Kuantan (sementara)
JPM - Zulkarnain Majid
JPM (MSP) - Ahmad Fadil Mahyuddin

4. Pusat Latihan Gimrama, Air Putih Kuantan (sementara)
JPM - See Hui Yee

5. Tenpin Bowling - Kuantan Megalanes
JPM (MSP) - Mohd Fariq b. Shamsudin

Lawatan hari pertama berakhir pada jam 7.20pm.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Wednesday, September 21, 2011

UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK PAHANG

UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK 
TARIKH : 20.09.2011
MASA : 3.00 PM - 5.00 PM
TEMPAT : GELANGGANG BOLANG JARING MSP, INDERA MAHKOTA

ISN Pahang telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk Sukan Gimnastik bagi atlet SUKMA 2012. Seramai 7 orang atlet telah terlibat dalam Ujian Kecergasan ini. 

Ujian Kecergasan ini dilakukan bertujuan untuk memantau prestasi atlet supaya jurulatih dapat memperbaiki kelemahan yang di kesan semasa ujian tersebut.

Ujian-Ujian yang telah dijalankan adalah :

1. Modified Sit & Reach
2. Standing Broad Jump
3. Hand Grip
4. Push Up (Reps) 
5. Crunches (Reps)
6. Balance Stork Test
7. 20 M Sprint
8. Beep Endurance Test ( Level : Shuttle)

Program ini akan dijalankan 2 bulan sekali bersama ISN Pahang untuk membantu Jurulatih USPTN dalam usha melahirkan atlet yang berwibawa.

disediakan oleh,

ANUWAR BIN ABU BAKAR
USPTN PAHANG


Kejohanan Badminton Tertutup Pahang 2011

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PAHANG 2011
TARIKH : 29 SEPTEMBER HINGGA 02 SEPTEMBER 2011
TEMPAT : DEWAN PERSATUAN BADMINTON PAHANG

Katagori yang di pertandingkan :

1. Perseorangan Lelaki dan Wanita bawah 12

2. Bergu Lelaki dan Wanita bawah 12 tahun

3. Perseorang Lelaki dan Wanita bawah 15 tahun

4. Bergu lelaki dan Wanita bawah 15 tahun

5. Perseorang Lelaki dan Wanita

6. Bergu Lelaki dan Wanita


Anjuran : Persatuan Badminton Negeri Pahang dengan Kerjasama
Majlis Sukan Negara & USPTN Pahang.

Monday, September 12, 2011

PERTANDINGAN PERAHU LAYAR ZON TIMUR 2011

Tarikh     : 9-11 September 2011
Tempat   : Pantai Balok, Kuantan
Penyertaan   : Pahang       - 8 orang atlet
                                         3 orang jurulatih
                      Terengganu - 12 orang atlet
                                          3 orang jurulatih

Pertandingan ini berlangsung pada 9-11 Sept bermula jam 8.00 hingga 4.30 petang.  Pertandingan ini diadakan bertujuan menghidupkan semangat daya saing setiap atlet, memantau prestasi semasa atlet dan mengeratkan lagi perhubungan diantara negeri bagi meningkat prestasi Sukan Pelayaran di Malaysia.

Cuaca baik sepanjang pertandingan berlansung, namun sekitar jam 4.00 petang ribut kencang melanda pantai balok. Pasukan Pahang nampak ketinggalan adalah disebabkan faktor peralatan. Perkara ini tidak mematahkan semangat atlet dan mereka bertandingan dengan penuh kesungguhan..Tahniah!!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:-

KATEGORI OPEN CLASS- DINGHY

1. MOHD SOLEHUDDIN B ISMAIL  - TRG
2. FADILATUL HUSNA BT RAMELI - TRG
3. AZRI B SUHAIMI - TRG

KATEGORI LASER 4.7

1. SHEIKH ABD SOMAD B MOHD SAIDI - TRG
2. NUR AFIQAH BT MOHD LATIFF- PHG
3. TG. MOHD MUSLIM B TUAN HASAN - TRG

KATEGORI OPTIMIST PAHANG CLOSE

1. NUR SHAZRIN BT MOHD LATIF - PHG
2. MUHAMAD FARIS B MOHD ARSHAD - PHG
3. MOHD AIMAN HAKIM B MOHD SUKRI - PHG

KATEGORI OPTIMIST OVERALL

1. ALI IMRAN B OTHMAN - TRG
2. ASRI B AZMAN - TRG
3. NUR SHAZRIN B MOHD LATIF - PHG

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Pelayaran
Negeri Pahang