Monday, December 26, 2011

Keputusan Sukan Remaja Pahang 2011 - Sukan Basikal

Tarikh : 22 Disember 2011
Masa : 8.00 pagi
Acara : Jalan Raya Lepas Beramai-ramai Lelaki
Jarak : 124.8KM

1. Muhammad Aim Bin Mohd Fauzi ( Masa - 3:18.20 ) - Kuantan
2. Mohamad Amin Bin Mat Radzi ( Masa - 3:20.15 ) - Temerloh
3. Shamsul Firdaus Bin Shahidan ( Masa - 3:20.19 ) - Temerloh


Tarikh : 22 Disember 2011
Masa : 8.00 pagi
Acara : Jalan Raya Lepas Beramai-ramai Wanita
Jarak : 80KM

1. Nurul Nadia Binti Mohd Fauzi ( Masa - 2:41.27 ) - Kuantan
2. Siti Aisyah Binti Alias ( Masa - 2:41.30 ) - Kuantan
3. Nursyazwana Binti Mohd Jamil ( Masa - 2:45.24 ) - Kuantan

Tarikh : 23 Disember 2011
Masa : 8.30 pagi
Acara : Ujian Masa Perseorangan Lelaki
Jarak : 33KM

1. Che Ku Mohamad Syamil Bin Che Ku Romli ( Masa - 54.44 ) - Kuantan
2. Syamsul Firdaus Bin Shahidan ( Masa - 55.27 ) - Temerloh
3. Mohamad Saifullah Bin Jamal Alias ( Masa - 55.40 ) - Temerloh


Tarikh : 23 Disember 2011
Masa : 8.30 pagi
Acara : Ujian Masa Perseorangan Wanita
Jarak : 21.7KM

1. Nurul Nadia Binti Mohd Fauzi ( Masa - 36.34 ) - Kuantan
2. Nursyazwana Binti Mohd Jamil ( Masa - 38.24 ) - Kuantan
3. Siti Aisyah Binti Alias ( Masa - 38.43 ) - Kuantan


Tarikh : 23 Disember 2011
Masa : 4.15 petang
Acara : MTB Cross Country Lelaki
Jarak : 30KM

1. Muhamad Emir Shafiq Bin Zainal Abidin ( Masa - 41.09 ) - UiTM Jengka
2. Wong Song Yi ( Masa - 45.27 ) - Jerantut
3. Che Ku Mohamad Nazmi Bin Che Ku Romli ( Masa - 52.14 ) - Kuantan


Tarikh : 23 Disember 2011
Masa : 4.15 petang
Acara : MTB Cross Country Wanita
Jarak : 20KM

1. Siti Aisyah Binti Alias ( Masa - 54.06 ) - Kuantan
2. Noraidillina Adilla Binti J.Sam ( Masa - 1:11.52 ) - Kuantan
3. Norizan Binti Zainal Abidi ( Masa - 1:34.37 ) - Kuantan

Tarikh : 24 Disember 2011
Masa : 8.00 pagi
Acara : Kriterium Lelaki
Jarak : 60KM
Pusingan : 17 x 3.54KM

1. Muhammad Aim Bin Mohd Fauzi ( Masa - 1:38.12.061 ) - Kuantan
2. Che Ku Mohamad Nazmi Bin Che Ku Romli ( Masa - 1:38.13.011 ) Kuantan
3. Ahmad Azhar Bin Arshad ( Masa - 1:38.13.089 ) - Temerloh


Tarikh : 24 Disember 2011
Masa : 8.00 pagi
Acara : Kriterium Wanita
Jarak : 31KM
Pusingan : 9 x 3.54KM

1. Nurul Nadia Binti Mohd Fauzi ( Masa - 0.58.42 ) - Kuantan
2. Siti Aisyah Binti Alias ( Masa - 1:02.09 ) - Kuantan
3. Nur Syazwana Binti Mohd Jamil ( Masa - 1:02.12 ) - Kuantan


Upacara Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB.Dato' Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, DSAP., DIMP. Pihak Urusetia Majlis Sukan Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Berbasikan Negeri Pahang yang telah menjayakan Sukan Remaja Pahang 2011 untuk acara Basikal bagi mencungkil bakat - bakat baru untuk diketengahkan pada SUKMA 2012 di Negeri Pahang. Kepada Daerah- Daerah yang menghantar wakil menyertai kejohanan ini, kami pihak urusetia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana berjaya melahirkan atlet-atlet baru untuk digilap dan bersinar di masa hadapan. 

Tidak lupa juga setinggi - tinggi penghargaan kepada Pejabat Daerah Temerloh, Polis Trafik Daerah Temerloh, Majlis Perbandaran Daerah Temerloh dan semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan acara sukan ini. Sekian.


disediakan oleh :
Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang


Thursday, December 22, 2011

SUKAN REMAJA PAHANG 2011 ( BASIKAL )

Sukan Remaja Pahang 2011 - Basikal
21 hingga 24 Disember 2011
Stadium Perbandaran Temerloh, Pahang

Hari Pertama Kejohanan - Bermula 9.00am

1. Acara Lebuhraya Lelaki - 120km
2. Acara Lebuhraya Wanita - 80km
3. Acara BMX

disediakan oleh :

Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang


Tuesday, November 22, 2011

PERTANDINGAN MEMANAH ANTARA PLN JENGKA & KUANTAN


Tarikh : 18-20 November 2011
Tempat : Padang Kolej Profesional MARA, Indera Mahkota
               Jln Sg. Lembing, Kuantan
Penyertaan : 7 org atlet Kuantan
                     7 org atlet Jengka + 6 org atlet Compound
                     3 org atlet SSBP + 1 Jurulatih ( Jemputan )

Pertandingan ini merupakan satu program binaan yang diadakan bertujuan memantau prestasi semasa atlet di PLN , memupuk semangat daya saing di antara atlet serta menguatkan lagi 'team spirit' dalam Pasukan Memanah Negeri Pahang. Pertandingan ini juga adalah salah satu platform untuk memilih atlet ke Termasya Sukan Malaysia, Pahang 2012. Program ini juga telah menjemput 3 orang atlet dari SSBP bagi menghangatkan lagi pertandingan ini.

Sepanjang pertandingan berlangsung, keadaan cuaca amat baik disertakan angin kuat, ini memberikan sedikit ujian buat peserta. Pasukan PLN jengka telah mendominasi pertandingan ini dengan mengutip pingat di setiap acara yang dipertandingkan. Kesungguhan peserta menjayakan pertandingan ini amat membanggakan. 

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang mengucapkan  jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Profesional MARA di atas penyediaan padang, En. Mukriz dari pihak UiTM Jengka,  ibubapa yang turut hadir memberikan sokongan, Sekolah Sukan Sultan Ismail ( SSBP )-Cikgu Halim serta mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Keputusan Pertandingan:-

RECURVE (L)-KAT 1
1. MOHD IZZUDIN SOLIHIN B MAZLAN ( SSBP )-1034
2. FATRUL AZARSHAH B ABDUL AZIZ ( JENGKA )-946
3. NIK MOHD FAIZ B KHALIB (JENGKA)-937

RECURVE (W)- KAT 1
1. EZRYN MEZA BT MOHD HAMZAH (JENGKA)-1185
2. ADIBAH BT TAJUDDIN (JENGKA )-1177
3. IZZWAN SYAZANA BT ZULKIFLI (SSBP)-1031

RECURVE KAT 2
1. MUHAMAD AMAN B MOHD ZAHIR (JENGKA )-881
2. MUHAMAD BUKHARI ( JENGKA )-849
3. SHAKIR ZFAYRI B HASSAN BUKRI (JENGKA)-636

OLYMPIC ROUND 
1. ADIBAH BT TAJUDDIN ( 6-4 )
2. EZRYN MEZA BT MOHD HAMZAH
3. FATRUL AZARSHAH B ABDUL AZIZ

COMPOUND
1. ZHARIF HAZIQ (JENGKA)-1326
2. AHMAD ALIF FATDULLAH (JENGKA)-1314
3. AMIR SYAZWAN B ABD RAHMAN (JENGKA )-1234

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Memanah Negeri Pahang


Thursday, November 17, 2011

UJIAN KECERGASAN SUKAN BADMINTON

UJIAN KECERGASAN SUKAN BADMINTON

TARIKH : 16 NOVEMBER 2011
TEMPAT : DEWAN PERSATUAN BADMINTON PAHANG
MASA : 4.00 PM - 5.30 PM
ATLET PEMBANGUNAN & SUKMA PAHANG ( 15 orang atlet )

UJIAN YANG DIJALANKAN :
1. MODIFIED SIT & REACH
2. SHOULDER FLEXIBILITY TEST
3. LEG POWER
4. STANDING BROAD JUMP
5. HAND GRIP
6. ONE MINUTES PUSH UP
7. ONE MINUTES SIT UP 
8. SEMO AGILITY
9. 20 METER SPRINT
10. YO-YO ENDURANCE TEST LEVEL

Ujian Kecergasan ini dijalankan dengan bantuan Unit ISN Cawangan Pahang bertujuan untuk memantau tahap kecergasan atlet badminton Pelapis dan SUKMA Pahang. Terima kasih kepada Persatuan Badminton Negeri Pahang, Pelajar Praktikal dan Jurulatih yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan ujian ini.

disediakan oleh :
Anuwar Abu Bakar
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang

Tuesday, November 8, 2011

PERTANDINGAN MEMANAH DIANTARA PLN JENGKA & KUANTAN

TARIKH : 18-20 NOV 2011
TEMPAT : PADANG KOLEJ PROFESIONAL MARA, JALAN SG LEMBING KUANTAN

ACARA

1. DISTANCE 90/70/50/30M - LELAKI
2. DISTANCE 70/60/50/30M - WANITA
3. OLYMPIC ROUND - INDIVIDU/ BERPASUKAN

Pertandingan ini diadakan bertujuan memantau prestasi semasa atlet dan meningkatkan daya saing di antara Pusat Latihan. Cadangan awal diadakan di UiTM Jengka pada 25-26 Okt 2011 terpaksa ditunda kerana hal-hal yang tidak dapat dielakan. Kini pertandingan ini akan diadakan mengikut ketetapan di atas sambil mempromosikan sukan memanah di Kolej tersebut.

NORSUHAINI BT IBRAHIM
PPN Memanah
Negeri Pahang

Tuesday, September 27, 2011

Lawatan Pemantau Pusat Latihan Negeri (Hari 2)

Tarikh : 23 Sept 2011
Masa : 9.00 pg - 7.15 pm

Hari kedua pemantauan terus dilakukan, hari ini pemantau dimulakan dengan Pusat Angkat Berat Rompin. Mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuantan ke Rompin.

Selain daripada meninjau pusat latihan Rompin, Pn Norishah juga mengambil kesempatan untuk melihat bangunan Asrama Pusat Kecemerlangan Angkat Berat yang baru siap dibina.

Setelah 1 jam lebih berada di Rompin, seterusnya, lawatan kembali ke Pusat Latihan yang berada di Daerah Kuantan iaitu sukan Menembak, Tinju, Badminton dan Angkat Berat (Kuantan).

Lawatan berakhir pada jam 7.00pm..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lawatan Pemantauan Pengurus Sukan Caw. Pelapis

Tarikh : 22 Sept 2011
Masa : 3.00 pm - 7.00 pm
Tempat : Sekitar Daerah Kuantan

Seorang Pengurus PELAPIS Negeri Cawangan Pelapis iaitu Pn. Norisha Sabidi telah dihantar untuk menjalankan Pemantauan di semua Pusat Latihan USPTN Negeri Pahang. Beliau telah selamat tiba di Kuantan pada jam 10.00 pagi..

Seterusnya beliau dibawa untuk melawat dan berjumpa dengan kakitangan USPTN Pahang dan Pengarah MSP di Pejabat Majlis Sukan Pahang..

Pada sebelah petang, beliau dibawa untuk melawat PLN. Seperti berikut:-

1. Pusat Skuasy Taman Gelora, Kuantan.
JPM - Lim Chee Ming

2. Kolam Renang Royal Golf Club, Kuantan (sementara)
JSM - En. Alias Muda

3. Dewan Gimnastik Alor Akar, Kuantan (sementara)
JPM - Zulkarnain Majid
JPM (MSP) - Ahmad Fadil Mahyuddin

4. Pusat Latihan Gimrama, Air Putih Kuantan (sementara)
JPM - See Hui Yee

5. Tenpin Bowling - Kuantan Megalanes
JPM (MSP) - Mohd Fariq b. Shamsudin

Lawatan hari pertama berakhir pada jam 7.20pm.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Wednesday, September 21, 2011

UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK PAHANG

UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK 
TARIKH : 20.09.2011
MASA : 3.00 PM - 5.00 PM
TEMPAT : GELANGGANG BOLANG JARING MSP, INDERA MAHKOTA

ISN Pahang telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk Sukan Gimnastik bagi atlet SUKMA 2012. Seramai 7 orang atlet telah terlibat dalam Ujian Kecergasan ini. 

Ujian Kecergasan ini dilakukan bertujuan untuk memantau prestasi atlet supaya jurulatih dapat memperbaiki kelemahan yang di kesan semasa ujian tersebut.

Ujian-Ujian yang telah dijalankan adalah :

1. Modified Sit & Reach
2. Standing Broad Jump
3. Hand Grip
4. Push Up (Reps) 
5. Crunches (Reps)
6. Balance Stork Test
7. 20 M Sprint
8. Beep Endurance Test ( Level : Shuttle)

Program ini akan dijalankan 2 bulan sekali bersama ISN Pahang untuk membantu Jurulatih USPTN dalam usha melahirkan atlet yang berwibawa.

disediakan oleh,

ANUWAR BIN ABU BAKAR
USPTN PAHANG


Kejohanan Badminton Tertutup Pahang 2011

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PAHANG 2011
TARIKH : 29 SEPTEMBER HINGGA 02 SEPTEMBER 2011
TEMPAT : DEWAN PERSATUAN BADMINTON PAHANG

Katagori yang di pertandingkan :

1. Perseorangan Lelaki dan Wanita bawah 12

2. Bergu Lelaki dan Wanita bawah 12 tahun

3. Perseorang Lelaki dan Wanita bawah 15 tahun

4. Bergu lelaki dan Wanita bawah 15 tahun

5. Perseorang Lelaki dan Wanita

6. Bergu Lelaki dan Wanita


Anjuran : Persatuan Badminton Negeri Pahang dengan Kerjasama
Majlis Sukan Negara & USPTN Pahang.

Monday, September 12, 2011

PERTANDINGAN PERAHU LAYAR ZON TIMUR 2011

Tarikh     : 9-11 September 2011
Tempat   : Pantai Balok, Kuantan
Penyertaan   : Pahang       - 8 orang atlet
                                         3 orang jurulatih
                      Terengganu - 12 orang atlet
                                          3 orang jurulatih

Pertandingan ini berlangsung pada 9-11 Sept bermula jam 8.00 hingga 4.30 petang.  Pertandingan ini diadakan bertujuan menghidupkan semangat daya saing setiap atlet, memantau prestasi semasa atlet dan mengeratkan lagi perhubungan diantara negeri bagi meningkat prestasi Sukan Pelayaran di Malaysia.

Cuaca baik sepanjang pertandingan berlansung, namun sekitar jam 4.00 petang ribut kencang melanda pantai balok. Pasukan Pahang nampak ketinggalan adalah disebabkan faktor peralatan. Perkara ini tidak mematahkan semangat atlet dan mereka bertandingan dengan penuh kesungguhan..Tahniah!!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:-

KATEGORI OPEN CLASS- DINGHY

1. MOHD SOLEHUDDIN B ISMAIL  - TRG
2. FADILATUL HUSNA BT RAMELI - TRG
3. AZRI B SUHAIMI - TRG

KATEGORI LASER 4.7

1. SHEIKH ABD SOMAD B MOHD SAIDI - TRG
2. NUR AFIQAH BT MOHD LATIFF- PHG
3. TG. MOHD MUSLIM B TUAN HASAN - TRG

KATEGORI OPTIMIST PAHANG CLOSE

1. NUR SHAZRIN BT MOHD LATIF - PHG
2. MUHAMAD FARIS B MOHD ARSHAD - PHG
3. MOHD AIMAN HAKIM B MOHD SUKRI - PHG

KATEGORI OPTIMIST OVERALL

1. ALI IMRAN B OTHMAN - TRG
2. ASRI B AZMAN - TRG
3. NUR SHAZRIN B MOHD LATIF - PHG

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Pelayaran
Negeri Pahang
            



Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA

KAMI DARI UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PAHANG INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA SUKAN DI NEGERI PAHANG, USPTN NEGERI-NEGERI, MAJLIS SUKAN NEGARA DAN PERSATUAN SUKAN BEGAR.

BERHATI HATI DI JALAN RAYA SEMASA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERGEMBIRA DI HARI YANG MULIA INI.

'SUKAN CEMERLANG, PAHANG GEMILANG"

SEKIAN..

DARIPADA KAKITANGAN USPTN PAHANG 2011

1. SYAMSUDIN SUKEMI
2. MOHD RASUL BIN ABDUL HAMID
3. ANUWAR BIN ABU BAKAR
4. SARIMAH BT HASHIM
5. NORSUHAINI BT IBRAHIM
6. ALIYASAR BIN CHE REE
7. ROHANA BT JUNID

Tuesday, August 23, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Atlet Angkat Berat Pahang



Tarikh : 22 Ogos 2011
Masa : 6.30pm
Tempat : Asrama Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin

Kehadiran : Tuan Pengarah MSP, Presiden Angkat Berat Pahang, Pegawai dan Kakitangan MSP, Jurulatih dan Atlet

Sebelum majlis berlansung, Pengarah dan kakitangan MSP yang hadir dibawa melawat Asrama Pusat Latihan Angkat Berat yang baru siap. Kesemua Atlet telah pun mula menginap di asrama tersebut mulai 13 Ogos 2011 yang lalu.

Pada jam 7.00 pm, kesemua hadirin berkumpul di Dewan Makan Asrama untuk menanti waktu berbuka puasa bersama-sama.

Sebelum beredar, Pengarah MSP telah menyampaikan ucapan dan amanatnya kepada semua atlet dan mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya..

Majlis tamat pada jam 9.45pm.

Disediakan oleh :-

SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang