Monday, September 29, 2014

PERJUMPAAN KAKITANGAN MAJLIS SUKAN PAHANG,MAJLIS SUKAN NEGARA DAN JURULATIH BERSAMA WARGA ASRAMA

Perjumpaan dilakukan bersama atlet - atlet Majlis Sukan Pahang bagi:

1. Menjalin hubungan baik kakitangan bersama warga asrama
2. Perbincangan mengenai kebersihan asrama, keluar masuk asrama dan latihan harian atlet
3. Penambahbaikan kemudahan - kemudahan asrama
4. Membincangkan tanggungjawab jurulatih kepada atlet yang tinggal diasrama selepas waktu program latihan.

Disediakan oleh:

MOHD RASUL B ABDUL HAMID

KEM BAKAT SUKAN OLAHRAGA SIRI 2/2014

       Kem Bakat Sukan Olahraga Siri 2/2014 telah diadakan di Sekolah Sukan Malaysia Gambang Kuantan pada 13 - 17hb September. 
 
       Kem tersebut telah dihadiri seramai 120 orang atlet dari semua Negeri dan 20 orang pegawai dan jurulatih. Semua atlet dan jurulatih telah berkampung di Sekolah Sukan Malaysia sepanjang tempoh tersebut.

       Banyak manfaat yang dapat dipelajri oleh atlet - atlet semasa kem tersebut seperti teknik latihan, teknik memanaskan badan dengan cara yang betul,drill dan pengorbanan yang dilalui oleh jurulatih - jurulatih Malaysia semasa mewakili Negara dalam pelbagai Temasya sukan.

       Atlet - atlet yang terpilih oleh jurulatih semua Negeri adalah yang terbaik bagi menggalas cabaran bagi mawakili Negara kelak  
   

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014

          Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan ini telah diadakan di RTC Kota Bharu Kelantan. Kejohanan ini telah berlangsung pada 23 - 27hb September baru - baru ini.
          Pasukan Pahang telah menghantar seramai 16 orang atlet dalam pelbagai kategori berat badan, 3 orang jurulatih yang berkelayakan dan seorang pegawai. Pasukan Pahang telah membawa pulang 2 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa.
          Sementara itu, Mohd Arif b Razuhat  telah menerima piala pusingan bagi Atlet Berpotensi 2014.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK

Sukan : Gimnastik
Tarikh : 26 September 2014
Masa : 5.30 petang
Tempat : Bangunan Gimnasium SUKPA, Kuantan

Kehadiran 
1. En Zulkarnain Majid
2. Cik Daria Grinkina
3. Cik Mariia Grinkina
4. 10 Altet Wanita & 8 Atlet Lelaki

Ujian
Tiada

Latihan
Masa Latihan : 4.00pm-7.00pm
1. Sesi Pemanas Badan
2. Palang Bertingkat - chinup 10 kali 3 set 
3. Melombol - dibantu oleh jurulatih
4. Senaman Lantai 

Pertandingan
Persedian untuk Kejohanan Zon Grand Prix Final

Kecederaan
Tiada

Peralatan
1. Semua dalam keadaan baik

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan
Keadaan kebersihan didalam dewan latihan dan tandas kurang memuaskan. Dicadangkan kepada pihak pengurusan MSP untuk menyediakan pencuci untuk membersihkan dewan latihan dan tandas supaya kesihatan altet tidak terjejas.

Sekian, terima kasih

Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang
Sukan Gimnastik

Thursday, September 25, 2014

Pemantauan Latihan Pasukan Menembak

‎Tarikh : 24 Sept 2014
Masa : 5.00 pm
Tempat : Stadium Tertutup SUKPA

Pada petang ini, Pasukan Menembak tidak mengadakan latihan di Lapang Sasar sebaliknya latihan fizikal diadakan di kawasan parkir Stadium Tertutup SUKPA. 

Seramai 38 orang atlet yang hadir pada petang ini. Latihan fizikal dan aktiviti luar ini dikendalikan oleh jurulatih.

Sekian.


Friday, September 12, 2014

GRAND FINAL INTERZONE 2014 - KUANTAN, PAHANG

Negeri Pahang telah terpilih untuk menganjurkan kejohanan " GRAND FINAL INTERZONE 2014 - KUANTAN, PAHANG" pada 13 hingga 16 November 2014.

Sebanyak 8 jenis sukan akan dipertandingkan melibatkan atlet berumur 15 tahun kebawah seramai 1300 orang penyertaan. Antara sukan yang akan dipertandingkan ialah :-

1. Angkat Berat ( Lelaki / Wanita )
2. Menembak ( Lelaki / Wanita )
3. Memanah ( Lelaki / Wanita )
4. Gimnastik ( Lelaki / Wanita )
5. Akuatik - Terjun ( Lelaki / Wanita )
6. Sepak Takraw ( Lelaki )
7. Olahraga ( Lelaki / Wanita )
8. Tinju ( Lelaki )

Nantikan aksi atlet-atlet Pelapis Negeri bertanding !!!!!!!!!


feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN (BWH-16) SIRKIT 02/2014

Kejohanan yang kini sedang berlansung di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Johor mulai 10 hingga 14 September dengan penyertaan seramai 12 orang atlet dari Negeri Pahang.

Permulaan yang baik semalam apabila pasukan 10m Air Rifle Lelaki memenangi pingat Emas acara berpasukan dan ditambah dengan pingat Emas acara Individu daripada Muhammad Arif Aidit b. Rosli.

Hari ini ( 12 September 2014 ) juga, pasukan Menembak Air Rifle Wanita menambah koleksi pingat emas menerusi atlet Nur Aimi Hanis bt Abdul Halim ( Individu ). Gandingan bersama Nur Aqilah bt Muhd Faizul Anuar dan nur Syafiah Suhaini telah berjaya memenangi pingat Gangsa untuk Negeri Pahang.

Esok dan Ahad akan berlansung acara 10m Air Pistol Lelaki dan Wanita.. Selamat maju jaya dan tahniah kepada pemenang.

-- 
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/