Wednesday, August 13, 2014

BENGKEL PERIODISASI PROGRAM 2015/2016 NEGERI PAHANG

Pada masa ini sedang berlansung  Bengkel Periodisasi di Hotel Sri Manja, Kuantan untuk semua Jurulatih Sepenuh Masa / Jurulatih Luar Negara Majllis Sukan Pahang / USPTN Pahang. Seramai 46 orang jurulatih dari pelbagai sukan di himpun sehingga 14 Ogos bagi mengikuti bengkel Periodisasi pada kali ini. Selain jurulatih, Penyelaras Sukan dan SDO turut terlibat untuk mengikuti bengkel ini.

Bengkel bertujuan untuk memperkemas dan memperbaiki kelemahan program yang di rangka para jurulatih bagi persediaan ke arah Sukan Malaysia 2015 dan Sukan Malaysia 2016, Sarawak.

Di harap bengkel ini dapat memberi peluang kepada para jurulatih untuk merangka program yang lebih cemerlang bagi menyediakan atlet atau pasukan menjelang Sukan Malaysia 2015 Kuala Lumpur dan Sukan Malaysia 2016, Sarawak.



--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/


Friday, August 8, 2014

SUKAN OLIMPIK REMAJA (YOG) - NANJING, CHINA

YOUTH OLYMPIC GAMES (YOG) - NANJING CHINA

Kontinjen Remaja Negara akan menyertai Temasya Sukan Olimpik Remaja di Nanjing, China pada 16 hingga 28 Ogos 2014.

2 orang atlet Negeri Pahang telah melepasi had kelayakan di kejohanan kelayakan yang disertai dan akan menyertai temasya sukan remaja terbesar pada kali ini. 

Berikut adalah maklumat 2 orang atlet Negeri Pahang yang akan menyertai YOG 2014 Nanjing China.


Nama : Abdul Hadi bin Abdul Malek
Sukan : Menembak
Umur : 18 Tahun
Acara : 10 Meter Air Pistol
Catatan : 555 mata
Kelayakan : Berdasarkan MQS - 540 mata
Kejohanan : 7th Asian Airgun Championship 2014 - Kuwait




Nama : Nurshazrin binti Mohammad Latif
Umur : 16 tahun
Sukan : Pelayaran
Acara : BYTE CII
Catatan : Pertama
Kelayakan : Rangking 1 - 4 Kejohanan Kelayakan
Kejohanan : BYTE CII Asian Championship Qualification - Langkawi.

Kami seluruh warga Sukan Negeri Pahang mendoakan agar kedua-dua atlet Negeri Pahang dan Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang pingat dan mendoakan agar selamat pergi dan pulang.

"DARE TO DREAM"
--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang


Thursday, August 7, 2014

YB Exco Belia dan Sukan Pahang

‎Terima kasih diucapkan kepada YB Exco Belia dan Sukan Pahang kerana meluangkan masa untuk atlet dan jurulatih pasukan olahraga menjalani latihan bebanan di Gimnasium ISN Satelit Pahang.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.