Friday, September 28, 2012

Kejohanan Badminton Tertutup Pahang 2012

Tarikh : 27 hingga 30 September 2012
Venue : Dewan Persatuan Badminton Pahang

Acara yang di pertandingkan :

1.  Perseorangan Lelaki Bawah 12 tahun  - 77 Penyertaan
2.  Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun  - 25 Penyertaan
3.  Bergu Lelaki Bawah 12 Tahun  - 34 Penyertaan
4.  Bergu Perempuan Bawah 12 Tahun  - 10 Penyertaan
5.  Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun  - 79 Penyeertaan
6.  Perseorangan Perempuan Bawah 15 Tahun  - 12 Penyertaan
7.  Bergu Lelaki Bawah 15 Tahun  - 38 Penyertaan
8.  Bergu Perempuan Bawah 15 Tahun  - 8 Penyertaan
9.  Senior Lelaki  - 55 Penyertaan
10.Senior Wanita  - 6 Penyertaan
11. Bergu Terbuka Lelaki  - 68 Penyertaan
12. Bergu Terbuka Wanita  - 10 Penyertaan
13. Bergu Campuran Terbuka - 11 Penyertaan

Persatuan Badminton Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang dan USPTN Pahang telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup Pahang 2012 dari 27 hingga 30 September 2012. Kejohanan ini diadakan di Dewan Persatuan Badminton Pahang yang mempunyai 6 gelanggang. 

Jumlah penyertaan pada kali ini semakin bertambah dan kerjasama dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang amatlah dihargai dalam menjayakan kejohanan ini. Penyertaan atlet dari daerah daerah lain dapat mencungkil bakat - bakat baru yang boleh dinilai dan diketangahkan dan jurulatih tidak tertumpu kepada atlet di daerah Kuantan sahaja. Diharap program seperti ini dapat dijalankan lebih kerap untuk memajukan lagi Sukan Badminton di Negeri Pahang. Sekian..

disediakan oleh :

Anuwar Abu Bakar
USPTN Pahang