Saturday, March 31, 2012

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT (PLN ROMPIN)



Tarikh : 23 Mac 2012
Masa : 4.30pm
Kehadiran : 2 Jpm / 20 org atlet

Semasa lawatan ke pusat latihan, semua atlet yang hadir sedang menjalani latihan di bawah kawalan 2 org JPM iaitu En. Zainudin Joseph dan En. Sapri Ab Latip.

Empat org atlet sedang menjalani ujian angkatan sebagai persediaan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1 yang akan berlansung pada bulan April.

Perbincangan bersama jurulatih, kejohanan tersebut hanya akan disertai oleh 9 orang atlet. Ianya akan dijadikan sebagai pendedahan peringkat tertinggi sebelum SUKMA XV berlansung.

Saya juga telah memaklumkan bahawa, pihak MSP sedang dalam proses pembelian peralatan latihan (kasut, tali pinggang).

Jurulatih mohon agar kapur magnesium dapat dibekalkan segera kerana hanya tingal satu kotak sahaja lagi.
* telah diambil tindakan dan serahan akan dibuat setelah terima daripada pembekal.
Perjumpaan bersama atlet :-

1. Atlet telah mengadu berkaitan penyediaan makanan oleh keterer.
* saya telah mohon agar warden/jurulatih mengemukakan aduan secara rasmi kepada MSP.

tiada isu lain yang dibangkitkan. Perjumpaan tamat pada jam 5.15 pm.

Sekian.



--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/


PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT (PLN KUANTAN)

Tarikh : 21 Mac 2012
Masa : 9.00 am
Tempat : PLN A.Berat Kuantan
Jurulatih : 1. Mustafa Kamal / 2. Azizul Abd. Kadir
Atlet : 5 org

Lawatan dibuat bagi perbincangan bersama Jurulatih dan atlet yang hadir untuk sesi latihan pagi.

Selain itu, perbincangan dibuat bersama Jurulatih untuk program TID dan Klinik yang akan diadakan pada 29 Mac bersama unit ISN satelit.

Atlet yang hadir pada pagi ini merupakan atllet yang berlatih secara penuh masa dan dalam persiapan menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1.

Terdapat masalah air bertakung akibat hujan lebat  dan terkena kepada 2 platfom menyebabkan plywood platform rosak.
* cadang untuk alihkan sementara platform tersebut dan akan dimaklumkan kpd pihak MSP berkaitan masalah yg timbul.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY

Sukan : Skuasy
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa : 4.30
Tempat : Gelanggang Skuasy MSP, Taman Gelora, Kuantan

Kehadiran 
1. En. Lim Chee Ming - JPM USPTN Pahang
2. En. Kamal Hisham - AJK Persatuan / Pengarah Pertandingan SUKMA 2012
3.  8 orang atlet Pembangunan & 10 orang Atlet SUKMA 2012 ( Lelaki 5 , Wanita 5 )

Ujian
1. Unit ISN Pahang bercadang untuk menjalankan ujian kecergasan pada 15 April 2012 selepas atlet menyertai kejohanan.

Latihan 
Masa Latihan : 3.30 hingga 6.00 ptg
1. Latihan Fizikal
2. Sprint 20m 3 Set
3. Agility trainning

Pertandingan
Atlet akan menyertai kejohanan 2nd Leg CIMB National Junior Circuit 2012 di Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh, Perak pada 04-09 April 2012. 
2 orang atlet iaitu All Nick Ally dan Daren Chan akan menyertai kejohanan di Australia dan latihan di sana pada bulan April ini. Peruntukan dari Jabatan Pelajaran dan Majlis Sukan Pahang.

Kecederaan
( tiada )

Peralatan
1. Peruntukan untuk tali raket dan bola belum sampai.
2. Jenama Prince telah memberi tajaan berbentuk barangan termasuk raket dan kasut kepada 10 orang atlet yang terbaik di negeri. Upacara penyampaian tajaan kepada atlet diadakan semasa pemantauan dilakukan.

Program Binaan
( tiada )

Ulasan
1. Atlet pembangunan yang ramai dan memerlukan jurulatih tambahan.
2. Mohon pihak persatuan menghantar calon jurulatih untuk di panjangkan kepada MSN Negeri.
3. Pusat latihan masih dalam menaik taraf untuk Sukan Malaysia 2012 dan di jangka siap pada bulan Mei 2012.
4. Persatuan memohon untuk membuka pusat latihan di daerah Pekan kerana banyak atlet dan Guru yang berminat dalam sukan Skuasy.

Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh :

Anuwar B Abu Bakar
USPTN Pahang
SDO Skuasy

Program TID - Mencari Juara Sukan Olahraga / Badminton / Bola Tampar

Hari ke - 3 (akhir)
Tarikh : 29 Mac 2012
Masa : 8.00 am - 2.00 pm
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang

Sukan : Badminton / Olahraga / Bola Tampar

Jumlah Peserta : 262 orang

Program mencari atlet pelapis diteruskan untuk hari ketiga melibatkan sukan badminton, olahraga dan bola tampar. Sambutan pada hari ketiga ini amat menggalakan dengan penyertaan seramai 262 orang pelajar sekolah dari sekitar Kuantan.

Jumlah penyertaan keseluruhan program TID ini ( 27-29 Mac 2012 ) adalah seramai 672 orang peserta.

Terima kasih di ucapkan kepada semua pelajar, guru-guru, pegawai ISN, JPNP, PPD Kuantan kerana menjayakan dan kerjasama sepanjang program.

Diharap program yang di adakan ini akan menjaya mencungkil bakal-bakal atlet pelapis negeri khasnya dan Malaysia amnya.

Sekian terima kasih.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK

Sukan : Gimnastik
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa : 5.00
Tempat : Dewan Badminton MPK, Kubang Buaya

Kehadiran 
1. Zulkarnain Majid - JPN USPTN Pahang
2. Ahmad Fadil B Mahmudin - JPN MSP
3. Daria Grinkina
4. Maria Grinkina
5. Atlet - 7 Lelaki & 8 Wanita

Ujian
1. Unit SPADE ISN akan menjalankan TID untuk sukan Gimnastik pada 28 Mac 2012. Jurulatih telah mengenalpasti Sekolah -Sekolah yang berminat dalam sukan ini.

Latihan 
Masa Latihan : 3.00 hingga 6.30 ptg
1. Latihan Fizikal
2. Latihan Ring
3. Latihan Uneven Bar

Pertandingan
( tiada )

Kecederaan
( tiada )

Peralatan
1. Parm Guard diperlukan untuk membantu latihan atlet bagi acara high bar dan ring
2. Mohon Knee Guard dan Ankle Guard 6 set. Sudah mohon dengan Majlis Sukan Negeri dalam peruntukan persedian SUKMA.

Program Binaan
1. Sukan Gimnastik akan mengadakan Kem Latihan di Kelantan untuk Persedian SUKMA. Seramai 5 orang atlet lelaki dan 2 wanita akan terlibat dalam kem tersebut yang di jangka akan diadakan pada 08 hingga 15 April 2012.

Ulasan
1. Jurulatih memohon pihak pengurusan untuk menempatkan water cooler untuk atlet minum kerana atlet sering kehabisan air semasa latihan. 
2. Jurulatih memaklumkan kehadiran tikus di dalam tempat latihan dan mungkin akan mengganggu tahap kesihatan atlet. ( Mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk mengambil khidmat PASFA untuk membersihkan tempat latihan 2 kali seminggu untuk mengelakkan jankitan virus dan sebagainya
3. Keadaan Pintu yang rosak telah dibaiki oleh Majlis Perbandaran Kuantan.

Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh :

Anuwar B Abu Bakar
USPTN Pahang
SDO Gimnastik

Program TID - Mencari Juara Sukan Olahraga / Badminton / Bola Tampar

Hari ke - 3 (akhir)
Tarikh : 29 Mac 2012
Masa : 8.00 am
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang

Sukan : Badminton / Olahraga / Bola Tampar

Jumlah Peserta : 262 orang

Program mencari atlet pelapis diteruskan untuk hari ketiga melibatkan sukan badminton, olahraga dan bola tampar. Sambutan pada hari ketiga ini amat menggalakan dengan penyertaan seramai 262 orang pelajar sekolah dari sekitar Kuantan.

Jumlah penyertaan keseluruhan program TID ini ( 27-29 Mac 2012 ) adalah seramai 672 orang peserta.

Terima kasih di ucapkan kepada semua pelajar, guru-guru, pegawai ISN, JPNP, PPD Kuantan kerana menjayakan dan kerjasama sepanjang program.

Diharap program yang di adakan ini akan menjaya mencungkil bakal-bakal atlet pelapis negeri khasnya dan Malaysia amnya.

Sekian terima kasih.

Friday, March 30, 2012

Program TID - Mencari Juara Sukan Gimrama / Gimnastik / A.Berat

Tarikh : 27 Mac 2012
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang
Masa : 8.00 am
Sukan : Gimrama / Gimnastik / A. Berat

Kehadiran : 360 orang

Hari Kedua

Program pemilihan @ TID telah diteruskan masuk hari kedua. Kehadiran peserta pada hari ini amat memberansangkan melibatkan 10 buah sekolah dari sekitar Kuantan.

Program TID juga telah mendapat kerjasama dari Unit TID ISN dan jurulatih sukan yang terlibat.

Esok, program akan diteruskan untuk mencari bakal-bakal juara bagi Sukan Badminton, Olahraga (lompatan & balingan) dan Bola Tampar.

Sekian.