Sunday, December 5, 2010

FINAL DAN PENYAMPAIAN HADIAH










Hari ini berakhirlah Kejohanan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan 2010.. Sepanjang 3 hari pertandingan, kesemua pasukan yang bertanding telah memberikan yang terbaik bagi menutup tirai Kejohanan Sepak Takraw Tahun 2010 dengan membawa pulang kejayaan.

Berikut adalah keputusan pertandingan akhir yang telah dijalankan sepanjang hari ini.

Acara Double Bawah 21 Tahun :-
Johan - Kelantan
N. Johan - Sek. Sukan Bandar Penawar "A"
Ketiga - Sek. Sukan Bandar Penawar "B" dan Negeri Sembilan


Acara Regu Bawah 18 Tahun :-
Johan - Sek. Sukan Bandar Penawar "A"
N. Johan - Kelantan
Ketiga - Negeri Sembilan dan Selangor

Acara Regu Bawah 21 Tahun :-
Johan - Perak
N.Johan - Negeri Sembilan
Ketiga - Selangor dan Sek. Sukan Bandar Penawar "C"

Pertandingan akhir bagi kategori Regu Bawah 21 Tahun telah disaksikan YH. Dato' Dr. Sallehudin (Pegawai Daerah Temerloh) dan Ketua Polis IPD Temerloh sebelum kedua-duanya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

USPTN Pahang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kejohanan ini( Pej. Daerah dan Tanah Temerloh, IPD Temerloh, JPA3, SJKC Khee Chee Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh, Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang, MSNM, DLL) dan memohon maaf di atas segala kesulitan, kesilapan yang tidak disengajakan.

Tahniah di ucapkan kepada pasukan yang berjaya, sementara kepada pasukan yang kurang bernasib baik di harapkan tidak mengalah dan cuba lagi dimasa akan datang..

"SUKAN CEMERLANG, PAHANG GEMILANG"

Saturday, December 4, 2010

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEB 2010

Semua perlawanan peringkat awal dan separuh akhir telah dijalankan sepanjang hari ini dan semalam. Pasukan Kelantan, Sek Sukan Bandar Penawar, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan telah berjaya ke peringkat akhir yang akan bermula pada jam 9.00 pagi esok.

Esok, perlawan peringkat akhir akan menemukan pasukan seperti berikut :-

Bawah 18 Tahun : SSBP 'A' vs KELANTAN -

Bawah 21 Tahun : NEGERI SEMBILAN VS PERAK

Bawah 21 Tahun ( Double ) : SSBP 'A' vs KELANTAN

Perlawanan akan dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan dijangka Majlis Penyampaian Hadiah pada jam 1.00 tgh hari oleh Pegawai Daerah Temerloh..

Sama-samalah kita memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

Friday, December 3, 2010

SEKITAR AKSI KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN (3 DIS 2010)






GAMBAR AKSI ATLET DI HARI PERTAMA KEJOHANAN SEPAK TARRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HARI PERTAMA AKAN DI UPLOAD SETELAH TAMAT PERTANDINGAN HARI PERTAMA.

SEKIAN

PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN




Gambar semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan Berlansung.


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010

Hari pertama (02 Disember 2010)

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah di adakan pada jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Sebanyak 13 pasukan telah berdaftar untuk bersaing pada kejohanan kali ini dengan menampilkan 9 Pasukan Negeri ( Pahang, Kelantan, Johor SSBP, Johor Tangkak, Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan) dan 4 Pasukan Jemputan (Rompin, Temerloh, Maran dan Bentong). Esok pasukan akan memulakan cabaran setelah dipecahkan kepada empat kumpulan.

Pertandingan akan bermula jam 8.30 pagi di Dewan SJK (C) Khee Chee, Temerloh. Antara acara yang akan diperrtandingkan ialah :-

i. Antara Regu Bawah 18 Tahun
ii. Antara Regu Bawah 21 Tahun
iii. Anta Regu (Double) Bawah 21 Tahun

Orang ramai dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada atlet-atlet muda ini menunjukan bakat dan kehandalan masing-masing.

" KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA YANG AKAN BERTANDING"

PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

Wednesday, December 1, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010

Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama USPTN Pahang akan menganjurkan KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010.

Kejohanan akan diadakan seperti berikut :-

Tempat : Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khee Chee Temerloh, Pahang
Tarikh : 02 hingga 05 Disember 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 06.00 petang
Acara : Regu Bwh 18 tahun, Regu Bwh 21 tahun dan Regu ( Double ) Bwh 21 tahun

Kehadiran orang ramai dijemput bagi memeriahkan pertandingan dan memberi sokongan kepada para atlet yang akan bertanding.

Monday, March 22, 2010

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT 1 KEBANGSAAN, TERENGGANU

Kejohanan Memanah Sirkit 1 Kebangsaan, Terengganu telah berlansung pada 3-7 Mac 2010 bertempat di Institut Intergriti Negeri Terengganu. Negeri Pahang telah memungut 1 emas dari pemanah Adibah bt Tajuddin bagi acara 50mRecurve Women dan 1 perak dari acara Recurve Women Team.

Tuesday, February 9, 2010

Monday, February 8, 2010

SUKAN TERENGGANU SUTERA 5-7 FEB 2010

Pasukan berbasikal telah memungut pingat sebanyak 2 emas, 4 perak & 1 gangsa.

Majlis Perasmian Sukan Terengganu SUTERA.

SUKAN TERENGGANU SUTERA 5-7 FEB 2010

Pasukan Lawn Bowls telah memenangi 2 gangsa dari women pairs & men triples