SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang
feel free to log in :-
http://usptnphg.blogspot.com/
Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan program Pelapis di Negeri Pahang dan menyalurkan maklumat berkenaan pusat latihan, atlet, jurulatih, pertandingan dan aktiviti yang dilaksanakan atau disertai oleh USPTN Pahang.
Program ini adalah program pemilihan fasa 1 yang diadakan bagi memilih pelajar yang berkelayakan untuk ke sesi pemilihan seterusnya oleh jurulatih kebangsaan bagi menentukan pelajar yang akan diserap ke Program Pelapis Negeri (USPTN Pahang). Program yang telah berlangsung pada 9 Jan 2014 dengan penyertaan seramai 43 orang atlet. Dari pemilihan itu seramai 27 orang atlet telah melepasi kelayakan ke sesi pemilihan sebenar ( ' National Evaluation') yang alan berlangsung pada 12 Jan 2014, jam 11.00 am di Kuantan megalanes, Berjaya Megamall. TAHNIAH !!
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Bowling Negeri Pahang dan Kongres Tenpin Bowling Malaysia akan mengadakan Program "NATIONAL EVALUATION" (Pencarian Bakat Baru) bagi sukan bowling Program Pelapis USPTN Pahang 2014 pada ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad )
Tempat : Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall,
Masa : 10.30 pagi ( Pendaftaran )
Yuran : RM 20.00
Bagi pelajar lingkungan umur 12 - 17 tahun yang berminat dan mempunyai pengetahuan asas dalam sukan ini boleh menghadiri diri ke Program tersebut untuk dinilai oleh Jurulatih yang didatangkan khas dari Program Pelapis Kebangsaan Majlis Sukan Negara Malaysia.
"SUKAN CEMERLANG, PAHANG GEMILANG"