Sunday, February 23, 2014

Kejohanan Taekwondo Remaja Tertutup Pahang 2014

‎Tarikh : 23 February 2014
Tempat : Dewan Kolej Profesional Mara, Jalan Sg. Lembing Kuantan

Kejohanan telah melibatkan seramai 58 orang peserta dari Pusat Latihan Kuantan dan Mentakab, Bentong, Maran dan Kelab- Kelab yang berdaftar di bawah Taekwondo Malaysia.

Atlet yang berpotensi akan dinilai dan diserapkan untuk mewakili Negeri Pahang ke Temasya Sukan Malaysia 2014 dan Program Taekwondo Negeri Pahang.

‎Anjuran bersama Majlis Sukan Pahang dan Persatuan Taekwondo TM Pahang diharap dapat di adakan dengan lebih kerap bagi mencungkil bakat atlet yang lebih berkualiti.

Sekian.


Friday, February 21, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK SPORT EXCEL SIRKIT 2 DAN PIALA TUN TAN SIEW SIN 2014 - HARI PERTAMA

Tarikh : 20 Februari 2014 - Khamis ( Hari Pertama )
Masa : 9.00 pagi 
Tempat : Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor
Jumlah Atlet  : 30 orang

Ini merupakan hari pertama Kejohanan Menembak Sport Excel Remaja Kebangsaan Sirkit 2  dan Kejohanan Menembak Piala Tun Tan Siew Sin 2014 yang berlansung di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor sehingga 23 Feb 2014. Pasukan Menembak Negeri Pahang disertai seramai 30 orang atlet dan 4 orang jurulatih. 

Ini merupakan kejohanan yang disertai atlet sebagai pengukur prestasi semasa dan pemilihan untuk Pasukan Menembak Sukan Malaysia Negeri Pahang.
Berikut merupakan pencapaian semasa (Hari Pertama 20 Feb 2014).

Acara dan Pencapaian :-

Kategori Remaja Sport Excel Sirkit 2

i. 50m Rifle 3 Posisi Wanita

1. Aina Zahiran - 562 - Emas (Elit)
2. Nur Afifah Tarmizy - 559 - Perak (PN)
3. Nur Fadhilah Ahmad Kamal - 558 - Gangsa (PK)
4. Faezaton Elmia Ahmad Kamal - 544 - 7 (PN)
5. Faezah Abd Aziz - 543 - 8 (PN)

Berpasukan (Aina, Afifah, Fadhilah) - 1679 - Emas

ii. 25m Rapid Fire Pistol Lelaki

1. Eric Low Wei Chern - 531 - No.4 (PN)
2. Luqman Nul Hakim Rusdan - 521 - No. 7 (PN)
3. Shahsmainur Ariff Mohd Shah - 512 - No.9 (PN)

Berpasukan ( Eric, Luqman, Shahs ) - 1564 No. 3

iii. 10m Air Rifle Lelaki

1. Mohd Nazirul Azhar Abdul Mutalib - 602.9 - No. 4 (PK) 
2. Mohd Nurahimin Abd Halim - 594.3 - No. 10 (PN)
3. Mohd Zulhilman Abd Mutalib - 594.3 - No. 17 (PN)
4. Muhammad Hafiq Bakeri - 575.6 - No. 25 (PN)
5. Rais Abd Hakim Koh - 564.9 No. 27

Berpasukan ( Nazirul, Rahimin, Zulhilman ) - 1781 - Perak

Jumlah Pingat Hari Pertama : 2 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa

Sekian.
--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang
Pegawai Pembangunan Sukan Menembak Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

Kem Gimnastik Fasa 1 MSSP 2014

Tempat : Bangunan Gimnasium SUKPA
Tarikh : 18-22 Februari 2014

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang telah menganjurkan Kem Gimnastik Fasa 1 MSSP yang diadakan di Bangunan Gimnasium SUKPA, Kuantan. 

Kem ini melibatkan atlet bawah 12,15 & 18 lelaki dan wanita. Jumlah atlet yang terlibat adalah 36 orang atlet. Atlet yang terpilih merupakan atlet yang terbaik di setiap daerah di Negeri Pahang. 

Semua jurulatih dan atlet USPTN Pahang terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh :
Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang

Thursday, February 20, 2014

TID Sukan Gimnastik 2014

Tarikh : 18 & 19 Februari 2014 

Sekolah yang terlibat : (jumlah pelajar yang terpilih)
1. SK Indera Mahkota Utama - 32 pelajar
2. SK Tunku Azizah - 24 pelajar
3. SJKC Kwang Hwa - 19 pelajar
4. SK (P) Methodist - 3 pelajar
5. SK Sg Talam - 12 pelajar
6. SK Bukit Rangin - 16 pelajar 

Jurulatih :
En Mohd Fadil B Mahmudin
En Zulkarnain Majid
Daria Grinkina
Maria Grinkina

Semua pelajar yang terpilih akan menyertai Klinik Pengenalan Gimnastik yang akan di adakan pada 1 Mac 2014 di Dewan Gimnasium SUKPA, Kuantan.

Pengurusan USPTN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan semua guru-guru kerana memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh :
Anuwar bin Abu Bakar
USPTN Pahang



Monday, February 17, 2014

PERJUMPAAN PENGARAH MSP, JURULATIH & ATLET SUKAN BASIKAL

Tarikh : 17 Feb 2014
Masa : 03.45 pm
Tempat : Bilik Mesy. MSP
Jurulatih : Mazlan, Mohd Fauzi, Aim Fauzi & Izat
Penyelaras : Sarimah bt Hashim & Nor Azmi

KLINIK GIMRAMA 2014

Tarikh : 13 & 14 February 2014
Tempat : SJKC Khai Mun Bentong
Jurulatih : Rosniza binti Abu Bakar
Pegawai : Sarimah binti Hashim
Guru Pengiring : Murnizam Muda, Sabariah Ahmad, Lim Wai Teng, Norzaizan Ali.
Kehadiran atlet : 35

Perkara :

Program ini bertujuan bagi memperkenalkan Sukan Gimrama di sekolah sekitar Bentong. Ini juga disebabkan Sukan Gimrama hanya terdapat di Kuantan sahaja. Atlet yang terlibat berumur dari 7 Dan 8 tahun.

Saturday, February 8, 2014

Kejohanan Skuasy MSSP Sirkit 1

Tempat : Gelanggang Squash Majlis Sukan Pahang
Tarikh : 7-9 Februari 2014

Majlis Sukan Sekolah Pahang dengan kerjasama Persatuan Squash Malaysia Cawangan Pahang telah menganjurkan Kejohanan MSSP Sirkit 1. 

Kejohanan ini disertai kira-kira 150 orang pelajar dari daerah-daerah di Negeri Pahang. Kejohanan ini terbahagi kepada ketagori lelaki dan wanita bermula peringkat umur 12,15 & 18 tahun. 

Semua atlit USPTN Pahang seramai 30 orang telah menyertai kejohanan ini di bimbing oleh En Abu Bakar Pin (JSM) dan En Ganesh (JSM).

Penambahan penyertaan dari daerah menunjukkan Sukan Skuasy semakin berkembang dan diharap lebih ramai lagi atlet pelapis dapat di ketengahkan untuk ke peringkat lebih tinggi.

Disediakan oleh : 
Anuwar Bin Abu Bakar
USPTN Pahang

Wednesday, February 5, 2014

Pemantauan Sukan Skuasy

Sukan : Skuasy
Tarikh : 04 Februari 2014
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Gelanggang Skuasy Majlis Sukan Pahang

Kehadiran 
1. En. Wassem Mohammad (JLN Persatuan Skuasy Pahang)
2. En. Ganesh Kumar (JSM USPTN)
3. 6 Atlet Elite & 10 Atlet Pembangunan

Ujian
1. Ujian Kecergasan telah dibuat pada 25 Januari 2014. Keputusan Ujian adalah sederhana dan akan diserahkan kepada jurulatih untuk rujukan.

Latihan 
Masa Latihan : 3.00pm - 6.00pm
1. Regangan dan pemanas badan
2. Feeding Ball
3. Fitness - Shadow
4. Regangan dan rehat.

Pertandingan
Persedian untuk Kejohanan MSSP 2014 pada 6 - 9 Februari 2014.
Kejohan NJC 2014 di Bukit Jalil pada 12-16 Februari 2014

Kecederaan
1. Aisyah Munirah - Pemain SUKMA 2014 (Hamstring)

Peralatan
1. Persatuan telah menerima bola dari Persatuan Squash Malaysia untuk tahun 2014.

Program Binaan
1. Jurulatih mencadangkan membuat Klinik Pengenalan Sukan Skuasy untuk menarik lebih ramai atlet baru menyertai sukan ini.

Ulasan
1. Jadual kehadiran atlet yang tidak teratur menyebabkan jurulatih tidak dapat memberi tunjuk ajar kepada semua atlet yang hadir. 

2. Perlu seorang JPM untuk Pusat Latihan Negeri supaya dapat membantu Persatuan dalam menjayakan program yang dirancang

Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh :

Anuwar B Abu Bakar
USPTN Pahang
Sukan Skuasy