Tarikh : 26 hingga 28 April 2011
Tempat : Hotel Grand Paragon, Johor Bharu
Bengkel yang diadakan untuk semua Ketua Unit / Pemangku Ketua Unit dan Peg. Pembangunan Sukan Negeri anjuran Cawangan Pelapis MSN.
Antara pengisian program sepanjang 3 hari ini ialah :- Pembentangan oleh pihak Kem. Pelajaran Malaysia, Kem. Pengajian Tinggi dan Pengarah Caw Organisasi MSN selain pembentangan program sukan Oleh 5 orang SDO serta Pembentangan Program USPTN Pahang, Perak dan Kedah.
Turut diadakan juga pertandingan tenpin bowling antara USPTN bagi memeriahkan Bengkel yang berlansung.
Terima kasih di ucapkan kpd pihak cawangan Pelapis kerana telah mengadakan program yang boleh meningkatkan prestasi masing-masing.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan program Pelapis di Negeri Pahang dan menyalurkan maklumat berkenaan pusat latihan, atlet, jurulatih, pertandingan dan aktiviti yang dilaksanakan atau disertai oleh USPTN Pahang.
Friday, April 29, 2011
Friday, April 22, 2011
KL MAYOR'S CUP BOXING CHAMPIONSHIP 2011
RAKAMAN VIDEO PERLAWANAN
MAYOR'S CUP BOXING CHAMPIONSHIP 2011
10 HINGGA 15 APRIL 2011
STADIUM TITIWANGSA
KUALA LUMPUR
KAT 46KG : PHG vs SWK
PART 01
PART 02
PART 03
MAYOR'S CUP BOXING CHAMPIONSHIP 2011
10 HINGGA 15 APRIL 2011
STADIUM TITIWANGSA
KUALA LUMPUR
KAT 46KG : PHG vs SWK
PART 01
PART 02
PART 03
Thursday, April 21, 2011
Pemindahan PLN Gimnastik
Pusat latihan Gimnastik akan berpindah untuk sementara waktu bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf banggunan gymnasium sebagai venue SUKMA 2012 Pahang.
PLN Gimnastik Akan ditempatkan sementara waktu di
Dewan MPK Kubang Buaya Kuantan bermula 22 April 2011.
Disediakan oleh :
Sarimah Bt Hashim
PPN Gimnastik, Gimrama, Berbasikal
USPTN Pahang
Tuesday, April 19, 2011
LAPORAN PEMANTAUAN TENPIN BOWLING ( 14 APRIL 2011 )
LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN/ PERJUMPAAN JURULATIH & ATLET
Tarikh : 14 April 2011 ( Khamis )
Masa : 5.30pm
Tempat : Kuantan Megalanes
Program : Roll Off
Program bermula : 5.30pm
Kehadiran Atlet : 19 org atlet pelapis
Kehadiran Jurulatih : En. Tong Alex ( JSM Pelapis )
Laporan Ringkas Pemantauan :
Atlet sedang menjalani 'Roll Off' bagi pemilihan ke Kejohanan Melaka Leg pada 6-8 Mei 2011. Keputusan 'Roll Off' bagi atlet wanita kurang memuaskan dengan average <170.0.
Perbincangan bersama jurulatih ( Tong Alex ) bahawa beliau bercadang untuk menukarkan waktu latihan pada hari sabtu ke hari Jumaat. Waktu latihan adalah seperti berikut:-
( Selasa, Khamis & Jumaat ) dari 5.30 hingga 7.30 petang. Perkara ini telah dimaklumkan kepada atlet mahupun ibubapa atlet dan mereka telah bersetuju mengikut masa baru yang telah ditetapkan.
Bersama-sama ini dilampirkan gambar pemantauan tersebut.
Sekian
NORSUHAINI BT IBRAHIM
PPN TENPIN BOWLING
Monday, April 18, 2011
PERPIDAHAN PEJABAT USPTN PAHANG
PERPIDAHAN PEJABAT USPTN PAHANG
UNTUK MAKLUMAN SEMUA, USPTN PAHANG KINI TELAH BEROPERASI SEPENUHNYA DI ALAMAT SEPERTI BERIKUT :-
MAJLIS SUKAN PAHANG
KOMPLEKS SUKPA
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN PAHANG
NO TEL : 09- 5735479 / 5735480
NO. FAX : 09-5734091 / 09-5735343
PEPINDAHAN PEJABAT INI BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA KERJA-KERJA MENAIK TARAF BANGUNAN GIMNASIUM SEBAGAI PERSEDIAAN NEGERI PAHANG KE ARAH SUKMA 2012
SEGALA URUSAN SURAT MENYURAT / PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI BERKAITAN BOLEH TERUS MENGHUBUNGI ALAMAT DAN NO TELEFON DI ATAS.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Sunday, April 10, 2011
Pertandingan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Negeri Zon Timur 2011
Pertandingan Angkat Berat Antara PLN Zon Timur 2011
Hari Kedua
Hari kedua dan merupakan hari terakhir pertandingan menyaksikan 7 acara lagi dipertandingkan. Iaitu kategori :-
1. 44 kg wanita
2. 48 kg wanita
3. 53 kg wanita
4. 58 kg wanita
5. <63 kg wanita
6. >63 kg wanita
7. >77 kg lelaki..
Pertandingan telah dimulakan pada jam 10.00 pg. Kesemua atlet yang bertanding telah menunjukan kesungguhan masing-masing walau pun ada sebahagian besar atlet yang menyertai pertandingan ini merupakan atlet yang pertama kali menyertai pertandingan.
Berikut merupakan punggutan pinggat negeri yang bertanding :
Pahang : 8 emas, 2 perak, 3 gangsa
Kelantan : 4 emas, 9 perak, 5 gangsa
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan USPTN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung atau pun tidak lansung dalam menjayakan program ini.
Pertandingan berkahir jam 3.30pm.
Hari Kedua
Hari kedua dan merupakan hari terakhir pertandingan menyaksikan 7 acara lagi dipertandingkan. Iaitu kategori :-
1. 44 kg wanita
2. 48 kg wanita
3. 53 kg wanita
4. 58 kg wanita
5. <63 kg wanita
6. >63 kg wanita
7. >77 kg lelaki..
Pertandingan telah dimulakan pada jam 10.00 pg. Kesemua atlet yang bertanding telah menunjukan kesungguhan masing-masing walau pun ada sebahagian besar atlet yang menyertai pertandingan ini merupakan atlet yang pertama kali menyertai pertandingan.
Berikut merupakan punggutan pinggat negeri yang bertanding :
Pahang : 8 emas, 2 perak, 3 gangsa
Kelantan : 4 emas, 9 perak, 5 gangsa
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan USPTN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung atau pun tidak lansung dalam menjayakan program ini.
Pertandingan berkahir jam 3.30pm.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah 2nd Leg CIMB Rising Star Junior Circuit
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH '2ND LEG CIMB RISING STAR JUNIOR CIRCUIT' , KUANTAN.
Tempat : Gelanggang Skuasy MSP, Kuantan, Pahang
Tajuk : 2nd Leg CIMB Rising Star Junior Circuit
Kejohanan ini bermula pada 7 April ini disertai oleh 180 atlet dari seluruh Negeri.
Ketagori yang dipertandingkan adalah :
Bawah 13 Tahun Lelaki & Wanita,
Bawah 11 Tahun Lelaki & Wanita
Bawah 9 tahun Lelaki & Wanita
Sepanjang kejohanan ini, semua pasukan menginap di Hotel Grand Continantal Kuantan dan penganjur telah menyediakan pengangkutan dalaman dari hotel ke venue pertandingan kepada semua pasukan.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah ini telah di hadiri oleh Pegerusi Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang, Dato Chew Kaw Ping, Wakil CIMB Cawangan Pahang, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Pn Suraini Bt Abdul Hamid dan Wakil dari SRAM.
Majlis tamat pada pukul 2.00 petang.
Disediakan oleh :
Anuwar Bin Abu Bakar,
Pegawai Pembangunan Sukan Skuasy
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang
Subscribe to:
Posts (Atom)

