Monday, March 28, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU DAN UJIAN KECERGASAN



LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET


Tarikh : 21.2.2011
Masa : 5.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSP / Padang Hoki SUKPA
Program : Pemantauan Atlet / Ujian Kecergasan
Program bermula : 4.00 Petang - 6.00 Petang
Kehadiran Atlet : 8 Orang
Kehadiran Jurulatih : 2 Orang
Kehadiran ISN : 1 Orang (En Hafiz Bin Tajuddin)


Laporan Pemantauan :

1. Pemantauan dilakukan untuk melihat Ujian Kecergasan bagi menilai prestasi semasa atlet tinju Pahang.

2. Pada masa ini seramai 4 Orang atlet lama dan 4 orang atlet barutelah terpilih untuk menjalani latihan secara sepenuh masa dan insentif.

3. Atlet dilatih oleh 2 Orang Jurulatih iaitu Ngamjarn Amorn ( JLN MSP ), En. Muhamad Sharif Makhtar (JSM USPTN)

4. Ujian kecergasan telah dilakukan dengan pemantauan dan kerjasama Unit ISM Satelit Negeri Pahang iaitu En. Hafiz Tajudin.

5. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :-

5.1. Pecut 40 Meter - 2 Trial
5.2. Larian 2.4 KM
5.3. Shuttle Run
5.4. Push up
5.5. Sit up

Untuk makluman semua, setakat ini tiada masalah yang timbul dan semuanya berjalan dengan baik memandangkan ada bantuan daripada Majlis Sukan Negeri Pahang bagi memastikan kelancaran latihan dan kejohanan.


Latihan dan ujian kecergasan tamat jam 6.00 petang

Laporan disediakan oleh:
Mohd Rasul

4 comments:

  1. Boleh.. sila berhubung dengan En. Rasul untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program.

    ReplyDelete
  2. Salam . Macam mana nak masuk program nie ? boleh bagi maklumat lanjut .

    ReplyDelete
  3. Salam.. sekiranya berminat en. boleh menghubungi En. Rasul di talian 012-6771545 atau boleh datang ke Pusat Latihan Tinju Pahang di Majlis SUkan Pahang, Kompleks SUKPA Indera Mahkota.

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.