Tuesday, December 8, 2009

PELUANG UNTUK MEMBIDIK EMAS SEA GAMES LAOS

RASA gementar adalah perkara biasa apa lagi jika berdepan kejohanan utama pertama kali dalam kerjaya bergelar atlit negara. Namun rasa gementar dihadapi penembak muda negara Mohd Nur Rahimi Abd Halim, jelas diredakan sedikit dengan kehadiran kakaknya, Nur Ayuni Farhana bagi membentuk gandingan adik beradik mengisi senarai atlit menembak pada temasya dwitahunan itu.

Begitupun pada usia 16 tahun, Rahimi tetap berharap dia dapat mengutip seberapa banyak pengalaman pada penampilan pertamanya kali ini. Rahimi yang akan mengambil bahagian dalam tiga acara iaitu rifle prone, rifle tiga posisi serta air rifle sebelum ini hanya sekali menyertai kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Asia Tenggara (Seasa) di Bangkok, Oktober lalu. Di situ, dia beraksi cemerlang apabila meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Sama seperti kakaknya yang menyertai acara rifle, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sungai Isap, Kuantan itu, mahu beraksi baik pada penampilan pertamanya itu dan cuba mencari kilauan pingat tanpa mengira warna.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MEREKA...

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.