Monday, January 24, 2011

Program Pemilihan Atlet Sukan Menembak





Pada 15 Januari 2011 yang lalu bertempat di Lapang Sasar Menembak SUKPA , USPTN Pahang dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang telah mengadakan Program Pemilihan atlet bagi sukan menembak melibatkan 2 buah sekolah iaitu S.M.K Air Putih dan S.M.K Paya Besar Kuantan.

Seramai 80 org pelajar telah hadir bagi mengikuti program tersebut yang telah dikendalikan oleh jurulatih MSP / USPTN dan di bantu oleh atlet menembak Negeri Pahang. Turut hadir pada pagi itu adalah Mohd Nurahimin Abdul Halim penembak negara yang telah bertanding di Sukan Komenwel dan Sukan Asia tahun lepas.

Hasil dari program tersebut, seramai 42 pelajar telah disenarai pendek dan akan mengikuti latihan selama 2 minggu utk dinilai sebelum diserapkan di dalam progam atlet pelapis negeri.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.