Wednesday, March 30, 2011

Lawatan Kerja Majlis Sukan Negeri Johor ke Majlis Sukan Pahang

Tarikh : 30 Mac 2011
Tempat : Majlis Sukan Pahang
Masa : 10.00 am

Rombongan seramai 9 orang dari Majlis Sukan Negeri Johor diketuai oleh YB. Dato' Hj. Samsol Bari b. Jamali (Timb. Pengerusi II - MSNJ) dan Pengarah MSNJ serta pegawai telah hadir bagi mengadakan lawatan kerja ke Majlis Sukan Pahang. Turut hadir sama semasa lawatan ialah KU USPTN Johor iaitu En. Hafizal Tukimen.

Pengarah MSP sebelum itu mengalu-alukan kedatangan rombongan MSNJ sebelum seterusnya Menyampaikan taklimat Pelaksanaan Program dan Persediaan SUKMA negeri ini.

Selain dpt bertukar-tukar pandangan serta pendapat, lawatan ini juga bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan baik diantara sesama Majlis Sukan Negeri.

Selesai taklimat, sedikt jamuan ringan disediakan sebelum rombongan dibawa melawat ke beberapa venue latihan antaranya Lapang Sasar Menembak dan PLN Gimnastik/Gimrama.

Program berakhir pada jam 12. 45 pm.

Terima kasih di ucapkan kepada MSNJ di atas kunjungan hormat dan lawatan kerja ini.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.