Wednesday, June 22, 2011

Kejohanan 3rd Asian Grand Prix di Dhaka, Bangladesh. ( ADIBAH BT TAJUDDIN )

Pada 25-31 Mei 2011, seorang  atlet Memanah Negeri Pahang dan juga pelajar UiTM Pahang iaitu Adibah Bt Tajudin anak kelahiran Lipis, Pahang  telah berjaya melayakkan diri di dalam kelompok pasukan Negara untuk bertanding di Kejohanan 3rd Asian Grand Prix di Dhaka, Bangladesh. Ini merupakan kali pertama beliau diberi peluang untuk menyertai pasukan Malaysia.
Beliau telah berjaya mara ke pusingan akhir dan memenangi PINGAT PERAK dalam acara Olympic Round Individu (pusingan kalah mati) bersama atlet dari Negara INDIA. 
Adibah bt Tajuddin telah tewas 1 mata di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Pada Set penentuan terakhir Adibah melakukan panahan dengan 26 mata manakala Birulyn dengan 27 mata. Adibah yang berlatih di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang di bawah kendalian Jurulatih Mon Redee Sut Txi telah membuktikan bahawa Pemanah Pahang kini sedang meningkat naik. 

Sekian.
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Memanah Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.