Wednesday, February 22, 2012

KEJOHANAN 15TH ASIAN SAILING CHAMPIONSHIPS 2012

Seorang  Atlet Pelayaran Negeri Pahang dan juga pelajar SMK Paloh Hinai Pekan iaitu Nur Shazrin b Mohamad Latif telah berjaya melayakkan diri ke Kejohanan 15th Asian Sailing Championships 2012 yang kini sedang berlangsung di National Sailing Centre, Langkawi Kedah dari 16 - 25 Februari 2012. 

Ini merupakan kali pertama beliau diberi peluang untuk menyertai kejohanan Asian oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA). Dengan penyertaan dari 23 buah negara ini akan memberikan persaingan yang positif kepada beliau untuk terus berjaya dalam sukan ini.

Beliau  yang berlatih di Pusat Latihan Perahu Layar Negeri Pahang, Balok Kuantan di bawah kendalian Jurulatih Yusof  b Ibrahim telah membuktikan bahawa Pelayar Pahang kini sedang meningkat naik. Negeri Pahang juga berharap beliau berada di ranking 3 terbaik untuk kejohanan tersebut.

Disediakan oleh:-.
NORSUHAINI BT IBRAHIM
PPN Pelayaran Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.