Tuesday, May 28, 2013

World Cup ISSF Pistol/Rifle 2013, Munich Jerman

Salam 1 Malaysia...

Satu pengalaman baru untuk saya dan 2 orang atlet Menembak Negeri Pahang kerana telah diberi peluang untuk menyertai berstatus antarabangsa iaitu kejohanan ISSF World Cup Rifle / Pistol Munich, German.

Kami telah tiba pada 23 Mei 2013 di Jerman dan menginap di hotel bersama pasukan Menembak Elit Malaysia.

Hari ini seorang penembak negeri ini Iaitu Nur Afifah bt Tarmizi telah bertanding dlm acara 50meter Rifle 3 position. Beliau telah berjaya membidik 558 mata. Dengan keadaan suhu 5 celsius beliau berjaya untuk mengawal diri bagi menghabiskan 60 tembakan.

Esok bersamaan 28 Mei 2013 seorang lagi atlet Negeri Pahang iaitu Abdul Hadi Abdul Malik  akan bertanding dalam acara 10m Air Pistol pada jam 11.00 pagi.

Semoga semangat Malaysia Boleh akan terus membara.. 

Sekian

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.