Friday, September 12, 2014

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN (BWH-16) SIRKIT 02/2014

Kejohanan yang kini sedang berlansung di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Johor mulai 10 hingga 14 September dengan penyertaan seramai 12 orang atlet dari Negeri Pahang.

Permulaan yang baik semalam apabila pasukan 10m Air Rifle Lelaki memenangi pingat Emas acara berpasukan dan ditambah dengan pingat Emas acara Individu daripada Muhammad Arif Aidit b. Rosli.

Hari ini ( 12 September 2014 ) juga, pasukan Menembak Air Rifle Wanita menambah koleksi pingat emas menerusi atlet Nur Aimi Hanis bt Abdul Halim ( Individu ). Gandingan bersama Nur Aqilah bt Muhd Faizul Anuar dan nur Syafiah Suhaini telah berjaya memenangi pingat Gangsa untuk Negeri Pahang.

Esok dan Ahad akan berlansung acara 10m Air Pistol Lelaki dan Wanita.. Selamat maju jaya dan tahniah kepada pemenang.

-- 
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.