Thursday, January 5, 2017

PEMANTAUAN DAN PERJUMPAAN BERSAMA PASUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 04 Januari 2017
Masa : 6.30 petang
Tempat : Persekitaran Kompleks SUKPA 

Kehadiran Atlet : 11 orang

Kehadiran Jurulatih : En. Fauzi Hashim dan En. Mohd Aim

Ulasan :-

1. Jurulatih memaklumkan perancangan program latihan bagi tahun 2017 kepada atlet dan Penyelaras.

2. Jurulatih juga memaklumkan telah menghantar permohonan bagi menempatkan 6 orang atlet baru di Asrama SUKPA Majlis Sukan Pahang 
  • Maklumbalas - Permohonan telah dihantar kepada Pengarah dan menunggu kelulusan
3.  Saya memaklumkan kepada Jurulatih dan atlet bahawa satu program bersama ISN Pahang akan diadakan pada minggu hadapan melibatkan beberapa ujian spesifik.
  • Tarikh sebenar akan dimaklumkan selewatnya hari Jumaat ini.
4. Jurulatih memaklumkan bahawa Takwim kejohanan bagi sukan berbasikal pada tahun 2017 masih belum diterima. Ini menjadikan sukar untuk menetapkan kejohanan mana yang akan disertai seperti yang telah dimohon oleh pihak pengurusan.
  • Pn. Sarimah memaklumkan akan follow up kepada pihak persatuan atau yang berkenaan untuk mendapatkan Takwim Kejohanan 2017
5. PPN juga mengingatkan kepada Jurulatih dan Atlet agar sentiasa mematuhi segala aspek keselamatan ketikan menjalani latihan tidak kira di mana jua latihan di adakan. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian lebih sekiranya atlet menjalani latihan bagi acara Road.

S
​ekian  terima kasih.​










Disediakan oleh :-

Sarimah bt Hashim
PPn Sukan Berbasikal, Angkat Berat dan Pelayaran
USPTN Pahang​

019-9015676

​​



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.