Friday, December 3, 2010

PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN




Gambar semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan Berlansung.


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010

Hari pertama (02 Disember 2010)

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah di adakan pada jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Sebanyak 13 pasukan telah berdaftar untuk bersaing pada kejohanan kali ini dengan menampilkan 9 Pasukan Negeri ( Pahang, Kelantan, Johor SSBP, Johor Tangkak, Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan) dan 4 Pasukan Jemputan (Rompin, Temerloh, Maran dan Bentong). Esok pasukan akan memulakan cabaran setelah dipecahkan kepada empat kumpulan.

Pertandingan akan bermula jam 8.30 pagi di Dewan SJK (C) Khee Chee, Temerloh. Antara acara yang akan diperrtandingkan ialah :-

i. Antara Regu Bawah 18 Tahun
ii. Antara Regu Bawah 21 Tahun
iii. Anta Regu (Double) Bawah 21 Tahun

Orang ramai dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada atlet-atlet muda ini menunjukan bakat dan kehandalan masing-masing.

" KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA YANG AKAN BERTANDING"

PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

Wednesday, December 1, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010

Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama USPTN Pahang akan menganjurkan KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010.

Kejohanan akan diadakan seperti berikut :-

Tempat : Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khee Chee Temerloh, Pahang
Tarikh : 02 hingga 05 Disember 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 06.00 petang
Acara : Regu Bwh 18 tahun, Regu Bwh 21 tahun dan Regu ( Double ) Bwh 21 tahun

Kehadiran orang ramai dijemput bagi memeriahkan pertandingan dan memberi sokongan kepada para atlet yang akan bertanding.

Monday, March 22, 2010

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT 1 KEBANGSAAN, TERENGGANU

Kejohanan Memanah Sirkit 1 Kebangsaan, Terengganu telah berlansung pada 3-7 Mac 2010 bertempat di Institut Intergriti Negeri Terengganu. Negeri Pahang telah memungut 1 emas dari pemanah Adibah bt Tajuddin bagi acara 50mRecurve Women dan 1 perak dari acara Recurve Women Team.

Tuesday, February 9, 2010

SUTERA, PASUKAN SILAT PAHANG

Pasukan Pencak Silat Pahang telah memungut 9 emas, 2 perak & 12 gangsa.

Monday, February 8, 2010

SUKAN TERENGGANU SUTERA 5-7 FEB 2010

Pasukan berbasikal telah memungut pingat sebanyak 2 emas, 4 perak & 1 gangsa.

Majlis Perasmian Sukan Terengganu SUTERA.

SUKAN TERENGGANU SUTERA 5-7 FEB 2010

Pasukan Lawn Bowls telah memenangi 2 gangsa dari women pairs & men triples