Friday, December 3, 2010

PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN




Gambar semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan Berlansung.


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2010

Hari pertama (02 Disember 2010)

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah di adakan pada jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Sebanyak 13 pasukan telah berdaftar untuk bersaing pada kejohanan kali ini dengan menampilkan 9 Pasukan Negeri ( Pahang, Kelantan, Johor SSBP, Johor Tangkak, Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan) dan 4 Pasukan Jemputan (Rompin, Temerloh, Maran dan Bentong). Esok pasukan akan memulakan cabaran setelah dipecahkan kepada empat kumpulan.

Pertandingan akan bermula jam 8.30 pagi di Dewan SJK (C) Khee Chee, Temerloh. Antara acara yang akan diperrtandingkan ialah :-

i. Antara Regu Bawah 18 Tahun
ii. Antara Regu Bawah 21 Tahun
iii. Anta Regu (Double) Bawah 21 Tahun

Orang ramai dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada atlet-atlet muda ini menunjukan bakat dan kehandalan masing-masing.

" KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA YANG AKAN BERTANDING"

1 comment:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.