Pertandingan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Negeri Zon Timur 2011
Tempat : Dewan Jabatan Belia dan Sukan Kuantan
Tarikh : 08 hingga 10 April 2011
Masa : 10.00 am - 5.00 pm
Pertandingan anjuran USPTN Pahang dgn Kerjasama Caw. Pelapis MSN telah di adakan untuk memberi peluang kepada atlet pelapis negeri bertanding dan menguji prestasi masing-masing. Seramai 56 org atlet dari Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai. Pecahan penyertaan adalah seperti berikut :-
1. Pahang - 20 Lelaki / 5 Wanita
2. Terengganu - 8 Lelaki
3. Kelantan - 15 Lelaki / 8 Wanita
Hari Pertama
Sebanyak 5 acara dipertandingkan pada hari pertama :
1. Kat 50 kg Lelaki - 10.00 am
2. Kat 52kg lelaki - 12.00 pm
3. Kat 62kg Lelaki - 12.00 pm
4. Kat 69kg Lelaki - 2.00 pm
5. Kat 77kg Lelaki - 2.00 pm
Keputusan akan di upload kemudian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan program Pelapis di Negeri Pahang dan menyalurkan maklumat berkenaan pusat latihan, atlet, jurulatih, pertandingan dan aktiviti yang dilaksanakan atau disertai oleh USPTN Pahang.
Saturday, April 9, 2011
Thursday, April 7, 2011
SIDANG MEDIA "2ND LEG CIMB RISING STAR JUNIOR CIRCUIT - KUANTAN PAHANG
SIDANG MEDIA KEJOHANAN SKUASY "2ND LEG CIMB RISING STAR JUNIOR CIRCUIT KUANTAN PAHANG
TEMPAT : SK ASSUNTA CONVENT, KUANTAN
MASA : 12.00 PM
TARIKH : 7 APRIL 2011
Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang akan menganjurkan Kejohanan Skuasy " 2nd Leg CIMB Rising Star Junior Circuit Kuantan Pahang pada 08 hingga 10 April 2011 bertempat di Gelanggang Skuasy Majlis Sukan Pahang, Jalan Teluk Sisek.
Sehubungan dengan itu, satu program Sidang Media berkenaan Kejohanan yang akan dianjurkan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Assunta Convent bersempena dengan program Book Donation Charity oleh pihak CIMB.
Program dimulakan dengan ucapan oleh Dato George Chew Kaw Ping ( Pengerusi Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang ) dan susuli ucapan olehwakil pihak CIMB.
Seterusnya, pihak CIMB menyampaikan sumbangan kepada Pihak SRAM dan Sekolah.
Program berakhir jam 3.00 petang.
Laporan Disediakan Oleh :-
Anuwar b. Abu Bakar
Pegawai Pembangunan Sukan Skuasy
Negeri Pahang
Sunday, April 3, 2011
Pemantauan Latihan Sukan Menembak
Tarikh : 2 Apr 2011
Masa Mula : 9.00 am
Tempat : Lapang Sasar Menembak SUKPA
Bil Atlet : 21 org
Jurulatih :
1. Mohamed Fauzi (JPM USPTN-Rifle)
2. Elena Sotnit (JLN MSP-Pistol)
3. Mohd Noor Azli (JPM MSP-Rifle)
1. Program latihan bermula seawal jam 9.00 pg. Seramai 21 orang atlet telah hadir untuk sesi latihan pada pagi ini.
2. En. Fauzi memaklumkan bahawa stok peluru untuk latihan telah habis. Mohon untuk pembelian baru bagi melancarkan prog latihan.
Maklumbalas : akan di ambil tindakan selanjutnya. Pembelian akan dipanjangkan kpd pihak MSP.
3. Program latihan hari juga memberi peluang kpd saya untuk berjumpa bersama atlet sebelum tamat sesi latihan. Antara isu yang dibangkitkan ialah:-
a. Atlet yang menginap di asrama - perlu menjaga disiplin diri, jgn ponteng sekolah. Sekiranya ditangkap tanpa alasan munasabah akan di buang asrama.
b. 2 org atlet memohon utk mendptkan makan tengahari dan menumpang di asrama kerana merekan akan terus dtg menjalani latihan selepas tamat sesi persekolahan.
Maklumbalas: akan dikemukakan kpd pihak MSP. Tunggu kelulusan sblm dibenarkan makan.
Selesai perjumpaan, atlet dibenarkan balik.
Sesi latihan tamat pada jam 1. 10pm.
Laporan Disediakan Oleh:
Syamsudin Sukemi
Peg.Pembangunan Sukan Menembak
USPTN Pahang

Friday, April 1, 2011
Kecederaan Atlet Gimnastik Artistik
Kecederaan menimpa seorang atlet Gimnastik Artistik iaitu adik Muhammad Haziq Syamil b. Roslin, 9 tahun semasa menjalani latihan di bawah pemantauan En. Zulkarnain Majid.
Beliau telah dikejarkan oleh Pn. Sarimah ke Klinik berdekatan untuk mendapat rawatan dan mendapati berlaku keretakan tulang tangan.
Hazriq seterusnya di bawa ke hospital oleh keluarganya utk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Semoga adik Muhammad Haziq Syamil dapat sembuh dan meneruskan latihan seperti biasa.

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010
TAHNIAH
USPTN Pahang berbangga kerana seorang kakitangan UPSTN PAHANG iaitu En. Aliyasar b. Che Ree telah di anugerahkan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Majlis telah di adakan pada 28 Mac 2011 bertempat di Putrajaya International Covention Center.
TAHNIAH di ucapkan kepada En. Aliyasar b. Che Ree ( Pembantu Tadbir USPTN Pahang ).
USPTN Pahang juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada semua Warga Cawangan Pelapis dan USPTN yang turut sama menerima APC 2010.
Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan motivasi kerja dan dapat memberi dorongan kepada yang lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Wednesday, March 30, 2011
Lawatan Kerja Majlis Sukan Negeri Johor ke Majlis Sukan Pahang
Tarikh : 30 Mac 2011
Tempat : Majlis Sukan Pahang
Masa : 10.00 am
Rombongan seramai 9 orang dari Majlis Sukan Negeri Johor diketuai oleh YB. Dato' Hj. Samsol Bari b. Jamali (Timb. Pengerusi II - MSNJ) dan Pengarah MSNJ serta pegawai telah hadir bagi mengadakan lawatan kerja ke Majlis Sukan Pahang. Turut hadir sama semasa lawatan ialah KU USPTN Johor iaitu En. Hafizal Tukimen.
Pengarah MSP sebelum itu mengalu-alukan kedatangan rombongan MSNJ sebelum seterusnya Menyampaikan taklimat Pelaksanaan Program dan Persediaan SUKMA negeri ini.
Selain dpt bertukar-tukar pandangan serta pendapat, lawatan ini juga bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan baik diantara sesama Majlis Sukan Negeri.
Selesai taklimat, sedikt jamuan ringan disediakan sebelum rombongan dibawa melawat ke beberapa venue latihan antaranya Lapang Sasar Menembak dan PLN Gimnastik/Gimrama.
Program berakhir pada jam 12. 45 pm.
Terima kasih di ucapkan kepada MSNJ di atas kunjungan hormat dan lawatan kerja ini.
Sekian.

Tuesday, March 29, 2011
LAPORAN PEMANTAUAN MEMANAH PHG MAC 2011
LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN/ PERJUMPAAN JURULATIH & ATLET
Laporan disediakan oleh :-
Tarikh : 27 Mac 2011 ( Ahad )
Masa : 11.30am
Tempat : Pusat Latihan Memanah Kuantan
Program : Latihan
Program bermula : 9.00am
Kehadiran Atlet : 2 org atlet pelapis
13 org atlet dari Sekolah Mahat Tahfiz, Kuantan
Kehadiran Jurulatih : En. Zaradi @ Zuraidi b Abd Wahab ( JSM Pelapis )
Laporan Ringkas Pemantauan :
Semasa pemantauan jam 11.30am keadaan cuaca amat baik. Seramai 2 orang atlet program pelapis yang hadir dan 13 orang dari Sekolah Mahat Tahfiz, Kuantan berlatih bersama bagi persediaan Kejohanan MSSD pada akhir bulan Mac 2011.
Ketika pemantauan atlet sedang menjalani latihan jarak 30m. Keadaan persekitaran semasa pemantauan kurang memuaskan, terdapat sampah makanan, target face dan target but terpakai bertaburan di sekitar kawasan dan ia mencacatkan pemandangan. Di dalam stor memanah juga tidak teratur, manakala kabin untuk mengisi target but juga telah rosak teruk. Kini target but diletakkan disekitar pejabat USPTN Pahang bagi mengelakkan kerosakan berganda.
Lapang Sasar ini masih lagi digunakan buat sementara waktu sebelum ditukarkan ke kawasan lain sehingga menerima notis untuk mengosongkan kawasan tersebut. Cadangan tempat latihan berkemungkinan di Kolej Profesional Mara, Kuantan.
Untuk makluman pihak Cawangan dengan penambahan atlet 11 orang dari Program TID tahun lepas menyebabkan PLN Kuantan kekurangan peralatan latihan seperti set bow dan juga 'arrow' bagi tujuan latihan. Atlet sedia ada juga kini telah mencapai prestasi yang memberangsangkan dan peralatan juga perlu ditukarkan untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. Peralatan yang diperlukan adalah 'limb'.
Bersama-sama ini disertakan gambar semasa pemantauan dijalankan.
Sekian, Terima kasih
Laporan disediakan oleh :-
NORSUHAINI BT IBRAHIM ( NANI )
PPN Memanah Negeri Pahang
Subscribe to:
Posts (Atom)