Tuesday, November 22, 2011

PERTANDINGAN MEMANAH ANTARA PLN JENGKA & KUANTAN


Tarikh : 18-20 November 2011
Tempat : Padang Kolej Profesional MARA, Indera Mahkota
               Jln Sg. Lembing, Kuantan
Penyertaan : 7 org atlet Kuantan
                     7 org atlet Jengka + 6 org atlet Compound
                     3 org atlet SSBP + 1 Jurulatih ( Jemputan )

Pertandingan ini merupakan satu program binaan yang diadakan bertujuan memantau prestasi semasa atlet di PLN , memupuk semangat daya saing di antara atlet serta menguatkan lagi 'team spirit' dalam Pasukan Memanah Negeri Pahang. Pertandingan ini juga adalah salah satu platform untuk memilih atlet ke Termasya Sukan Malaysia, Pahang 2012. Program ini juga telah menjemput 3 orang atlet dari SSBP bagi menghangatkan lagi pertandingan ini.

Sepanjang pertandingan berlangsung, keadaan cuaca amat baik disertakan angin kuat, ini memberikan sedikit ujian buat peserta. Pasukan PLN jengka telah mendominasi pertandingan ini dengan mengutip pingat di setiap acara yang dipertandingkan. Kesungguhan peserta menjayakan pertandingan ini amat membanggakan. 

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang mengucapkan  jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Profesional MARA di atas penyediaan padang, En. Mukriz dari pihak UiTM Jengka,  ibubapa yang turut hadir memberikan sokongan, Sekolah Sukan Sultan Ismail ( SSBP )-Cikgu Halim serta mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Keputusan Pertandingan:-

RECURVE (L)-KAT 1
1. MOHD IZZUDIN SOLIHIN B MAZLAN ( SSBP )-1034
2. FATRUL AZARSHAH B ABDUL AZIZ ( JENGKA )-946
3. NIK MOHD FAIZ B KHALIB (JENGKA)-937

RECURVE (W)- KAT 1
1. EZRYN MEZA BT MOHD HAMZAH (JENGKA)-1185
2. ADIBAH BT TAJUDDIN (JENGKA )-1177
3. IZZWAN SYAZANA BT ZULKIFLI (SSBP)-1031

RECURVE KAT 2
1. MUHAMAD AMAN B MOHD ZAHIR (JENGKA )-881
2. MUHAMAD BUKHARI ( JENGKA )-849
3. SHAKIR ZFAYRI B HASSAN BUKRI (JENGKA)-636

OLYMPIC ROUND 
1. ADIBAH BT TAJUDDIN ( 6-4 )
2. EZRYN MEZA BT MOHD HAMZAH
3. FATRUL AZARSHAH B ABDUL AZIZ

COMPOUND
1. ZHARIF HAZIQ (JENGKA)-1326
2. AHMAD ALIF FATDULLAH (JENGKA)-1314
3. AMIR SYAZWAN B ABD RAHMAN (JENGKA )-1234

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Memanah Negeri Pahang


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.