Tuesday, July 12, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN & PERJUMPAAN BERSAMA ATLET BOWLING TENPIN

Tarikh   : 8 Julai 2011
Masa    : 6.30 petang
Tempat : Kuantan Megalanes
Program : Latihan
Program Bermula : 5.30 -7.30pm
Kehadiran : 15 orang
Jurulatih : En. Tong Alex ( JSM Pelapis USPTN )

Laporan Ringkas Pemantauan

Semasa pemantauan pada jam 6.30 petang seramai 15 orang atlet sedang menjalani latihan di bawah kendalian JSM Tong ALex. Komitmen atlet untuk hadir menjalani latihan sangat membanggakan. Dengan semangat sepasukan latihan yang dijalankan penuh dengan keceriaan. Ibubapa atlet juga turut memberi sokongan  menjadikan atlet lebih bersemangat. Dengan mata kasar, tidak menampakkan sebarang masalah di dalam pasukan ini.

Laporan Perjumpaan Atlet

Perjumpaan dengan 15 orang atlet sangat menyeronokan kerana atlet yang hadir mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri. Perjumpaan ini diadakan bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh atlet semasa latihan. 


Sekian.

NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Bowling Tenpin 
Negeri Pahang

1 comment:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.