Saturday, March 31, 2012

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT (PLN ROMPIN)



Tarikh : 23 Mac 2012
Masa : 4.30pm
Kehadiran : 2 Jpm / 20 org atlet

Semasa lawatan ke pusat latihan, semua atlet yang hadir sedang menjalani latihan di bawah kawalan 2 org JPM iaitu En. Zainudin Joseph dan En. Sapri Ab Latip.

Empat org atlet sedang menjalani ujian angkatan sebagai persediaan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1 yang akan berlansung pada bulan April.

Perbincangan bersama jurulatih, kejohanan tersebut hanya akan disertai oleh 9 orang atlet. Ianya akan dijadikan sebagai pendedahan peringkat tertinggi sebelum SUKMA XV berlansung.

Saya juga telah memaklumkan bahawa, pihak MSP sedang dalam proses pembelian peralatan latihan (kasut, tali pinggang).

Jurulatih mohon agar kapur magnesium dapat dibekalkan segera kerana hanya tingal satu kotak sahaja lagi.
* telah diambil tindakan dan serahan akan dibuat setelah terima daripada pembekal.
Perjumpaan bersama atlet :-

1. Atlet telah mengadu berkaitan penyediaan makanan oleh keterer.
* saya telah mohon agar warden/jurulatih mengemukakan aduan secara rasmi kepada MSP.

tiada isu lain yang dibangkitkan. Perjumpaan tamat pada jam 5.15 pm.

Sekian.



--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.