Saturday, March 31, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY

Sukan : Skuasy
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa : 4.30
Tempat : Gelanggang Skuasy MSP, Taman Gelora, Kuantan

Kehadiran 
1. En. Lim Chee Ming - JPM USPTN Pahang
2. En. Kamal Hisham - AJK Persatuan / Pengarah Pertandingan SUKMA 2012
3.  8 orang atlet Pembangunan & 10 orang Atlet SUKMA 2012 ( Lelaki 5 , Wanita 5 )

Ujian
1. Unit ISN Pahang bercadang untuk menjalankan ujian kecergasan pada 15 April 2012 selepas atlet menyertai kejohanan.

Latihan 
Masa Latihan : 3.30 hingga 6.00 ptg
1. Latihan Fizikal
2. Sprint 20m 3 Set
3. Agility trainning

Pertandingan
Atlet akan menyertai kejohanan 2nd Leg CIMB National Junior Circuit 2012 di Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh, Perak pada 04-09 April 2012. 
2 orang atlet iaitu All Nick Ally dan Daren Chan akan menyertai kejohanan di Australia dan latihan di sana pada bulan April ini. Peruntukan dari Jabatan Pelajaran dan Majlis Sukan Pahang.

Kecederaan
( tiada )

Peralatan
1. Peruntukan untuk tali raket dan bola belum sampai.
2. Jenama Prince telah memberi tajaan berbentuk barangan termasuk raket dan kasut kepada 10 orang atlet yang terbaik di negeri. Upacara penyampaian tajaan kepada atlet diadakan semasa pemantauan dilakukan.

Program Binaan
( tiada )

Ulasan
1. Atlet pembangunan yang ramai dan memerlukan jurulatih tambahan.
2. Mohon pihak persatuan menghantar calon jurulatih untuk di panjangkan kepada MSN Negeri.
3. Pusat latihan masih dalam menaik taraf untuk Sukan Malaysia 2012 dan di jangka siap pada bulan Mei 2012.
4. Persatuan memohon untuk membuka pusat latihan di daerah Pekan kerana banyak atlet dan Guru yang berminat dalam sukan Skuasy.

Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh :

Anuwar B Abu Bakar
USPTN Pahang
SDO Skuasy

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.