Friday, August 8, 2014

SUKAN OLIMPIK REMAJA (YOG) - NANJING, CHINA

YOUTH OLYMPIC GAMES (YOG) - NANJING CHINA

Kontinjen Remaja Negara akan menyertai Temasya Sukan Olimpik Remaja di Nanjing, China pada 16 hingga 28 Ogos 2014.

2 orang atlet Negeri Pahang telah melepasi had kelayakan di kejohanan kelayakan yang disertai dan akan menyertai temasya sukan remaja terbesar pada kali ini. 

Berikut adalah maklumat 2 orang atlet Negeri Pahang yang akan menyertai YOG 2014 Nanjing China.


Nama : Abdul Hadi bin Abdul Malek
Sukan : Menembak
Umur : 18 Tahun
Acara : 10 Meter Air Pistol
Catatan : 555 mata
Kelayakan : Berdasarkan MQS - 540 mata
Kejohanan : 7th Asian Airgun Championship 2014 - Kuwait




Nama : Nurshazrin binti Mohammad Latif
Umur : 16 tahun
Sukan : Pelayaran
Acara : BYTE CII
Catatan : Pertama
Kelayakan : Rangking 1 - 4 Kejohanan Kelayakan
Kejohanan : BYTE CII Asian Championship Qualification - Langkawi.

Kami seluruh warga Sukan Negeri Pahang mendoakan agar kedua-dua atlet Negeri Pahang dan Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang pingat dan mendoakan agar selamat pergi dan pulang.

"DARE TO DREAM"
--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.