Monday, March 28, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN OLAHRAGA / LATIHAN BERSAMA UMP



LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET


Tarikh : 4.2.2011
Masa : 5.15 petang
Tempat : Stadium Darul Makmur
Sukan : Olahraga
Program : Pemantauan Atlet / Latihan Bersama Jabatan Lain (UMP)
Program bermula :5.00 Petang
Kehadiran Atlet : 15 Orang
Kehadiran Jurulatih : 3 Orang
Kehadiran Pegawi UMP: 1 Orang - Puan Fadzilah


Laporan Pemantauan :

Pemantauan dibuat untuk melihat kemitmen - komitmen yang diberikan oleh atlet baru dan muda menjalani latihan. Setakat satu bulan percubaan yang diberikan, atlt - atlet baru ini sudah mula menunjukkan sedikit perubahan dari segi corak latihan dan kesesuaian alatan. contohnya seperti penggunaan alatan bebanan dan juga kelengkapan alatan lain seperti mini hurdle, kon dan trek.

Pada peringkat sekarang, atlet baru ini berusaha untuk berdaya saing bagi menempatkan diri di dalam pasukan Unit sukan Prestasi Tinggi Negeri berikutan beberapa keistimewaan yang diberikan oleh MSN dan juga Majlis Sukan Pahang.

Justeru itu semasa latihan dijalankan, pihak USPTN menerima kunjungan atlet- atlet baru daripada Universiti Malaysia Pahang untuk menjalani latihan bersama. Mereka memerlukan khidmat bantuan latihan daripada Jurulatih sambilan USPTN, MSP dan juga JPNP untuk mereka mempersiapkan diri bagi Temasya Sukan (MASUM) di UPM Serdang pada bulan Mei nanti.

Pihak kami berbesar hati dan menerima mereka sebagai "partner Training" bagi memperluaskan sukan olahraga di Negeri Pahang. Untuk makluman pihak tuan juga, Pihak USPTN Pahang juga ada memilih beberapa atlet UMP yang berkelayakan untuk turut serta dalam pasukan memandangkan umur mereka yang masih berkelayakan untuk menyertai SUKMA 2012 di Pahang kelak.


Latihan tamat jam 7.00 petang

Sekian untuk makluman pihak tuan.


Laporan Disediakan oleh :
Mohd Rasul

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU DAN UJIAN KECERGASAN



LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN, PERJUMPAAN JURULATIH / ATLET


Tarikh : 21.2.2011
Masa : 5.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSP / Padang Hoki SUKPA
Program : Pemantauan Atlet / Ujian Kecergasan
Program bermula : 4.00 Petang - 6.00 Petang
Kehadiran Atlet : 8 Orang
Kehadiran Jurulatih : 2 Orang
Kehadiran ISN : 1 Orang (En Hafiz Bin Tajuddin)


Laporan Pemantauan :

1. Pemantauan dilakukan untuk melihat Ujian Kecergasan bagi menilai prestasi semasa atlet tinju Pahang.

2. Pada masa ini seramai 4 Orang atlet lama dan 4 orang atlet barutelah terpilih untuk menjalani latihan secara sepenuh masa dan insentif.

3. Atlet dilatih oleh 2 Orang Jurulatih iaitu Ngamjarn Amorn ( JLN MSP ), En. Muhamad Sharif Makhtar (JSM USPTN)

4. Ujian kecergasan telah dilakukan dengan pemantauan dan kerjasama Unit ISM Satelit Negeri Pahang iaitu En. Hafiz Tajudin.

5. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :-

5.1. Pecut 40 Meter - 2 Trial
5.2. Larian 2.4 KM
5.3. Shuttle Run
5.4. Push up
5.5. Sit up

Untuk makluman semua, setakat ini tiada masalah yang timbul dan semuanya berjalan dengan baik memandangkan ada bantuan daripada Majlis Sukan Negeri Pahang bagi memastikan kelancaran latihan dan kejohanan.


Latihan dan ujian kecergasan tamat jam 6.00 petang

Laporan disediakan oleh:
Mohd Rasul

Laporan Pemantauan PLN Badminton



LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

Tarikh   : 25 Februari 2011
Masa    : 3.30 pm
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Pahang
Program : Badminton
Program bermula : 3.00pm - 5.00pm  
Kehadiran Atlet  : 12 orang
Kehadiran Jurulatih  : En. Mohammad Nor Bin Othman  

Laporan Ringkas Pemantauan :

1. Atlet diberi taklimat ringkat mengenai program yang akan dijalankan 
2. Latihan lebih kepada perlawanan sebagai persiapan menghadapi kejohanan sirkit 1 di Seremban, Negeri Sembilan
3. Penggunaan gelanggang yang terhad.
4. Penggunaan Shuttle satu tabung satu hari. 
5. Jurulatih mencadangkan atlet yang lebih dewasa untuk latihan Gym di pantau oleh  Pegawai ISN Pahang.

Sekian.

Laporan Disediakan oleh :
Anuwar Bin Abu Bakar
Pegawai Pembangunan Sukan Badminton

Wednesday, March 23, 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI BAWAH 16 TAHUN BIL 01/2011


Tempat : Lapang Sasar Gong Badak, Kuala Terengganu
Tarikh : 15 - 17 Mac 2011
Bil Peserta : 2 Jurulatih, 12 Atlet
Acara dipertandingkan : Air Pistol (Lelaki dan Wanita) dan Air Rifle (Lelaki dan Wanita)

Pada 15 hingga 18 Mac yang lalu. USPTN Pahang telah menghantar pasukan Menembak Pelapis Negeri Pahang untuk menyertai kejohanan tersebut di atas.

Seramai 1 org Pegawai, 2 org Jurulatih dan 12 Atlet telah menyertai kejohanan sirkit pertama anjuran USPTN Negeri Terengganu melibatkan atlet bawah 16 tahun.

Negeri Pahang telah berjaya memenangi 1 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa.

Atlet yang berjaya adalah seperti berikut:

1. Air Rifle Berpasukan (Lelaki) - Emas (1639)
-Muhammad Zulhilman (547)
-Rais b. Abdul Rahim Koh (546)
-Muhammad Nazirul Azhar (546)

2. Air Pistol Wanita Individu - Nor Ain Zulkefli - Perak (372 / 462.0)

3. Air Rifle Wanita Individu - Nor Fadhilah bt Ahmad Kamal - Perak (382 / 483.1)

4.Air Rifle Wanita Berpasukan - Perak ( 1118 )
- Nor Fadhilah bt Ahmad Kamal (382)
- Nur Afifah Tarmizy (373)
- Nur Fatihah Abdullah (363)

5. Air Pistol Lelaki Individu - Abdul Hadi b. Abd Malik - Perak (547 / 641.7)

6. Air Pistol Lelaki Individu - Mohd Aiman Aisamuddin b. Hassanudin - Gangsa (544 / 637.1)

Di harap pasukan Menembak Negeri Pahang akan terus cemerlang membidik kejayaan pada masa-masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan atlet yang berjaya membawa pulang kejayaan.

Wednesday, March 2, 2011

Majlis Perjumpaan USPTN/MSP Bersama IbuBapa dan Atlet Tenpin Bowling

MAJLIS PERJUMPAAN MSP / USPTN BERSAMA IBU BAPA DAN ATLET TENPIN BOWLING NEGERI PAHANG

Tarikh : 01 Mac 2010
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat MSP

Perjumpaan ini di aturkan bagi menyampaikan maklumat berkenaan Program Latihan USPTN bagi Sukan Tenpin Bowling. Ia juga bertujuan agar dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi di antara ibu bapa / atlet dan juga pihak pengurusan MSP dan USPTN. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh Pn. Suraini Abd. Hamid iaitu Timbalan Pengarah Majlis Sukan Pahang dengan kehadiran En. Syamsudin Sukemi (PKU USPTN Pahang), En. Mohd Fariq b. Shamsudin (Jurulatih), En. Tong Alex (Jurulatih), Pengerusi Pembangunan dan Kejurulatihan (PBTP) dan Pn. Norsuhaini Ibrahim (Pegawai Pembangunan Sukan Bowling USPTN).

Hampir kesemua ibu bapa hadir pada majlis ini untuk membincangkan serta memberi maklum balas berkenaan program yang dikendalikan oleh USPTN dan MSP.. Kecemerlangan pasukan Tenpin Bowling Pahang menjadi agenda utama dengan rata-rata memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan jurulatih yang dilantik pada tahun 2011.

Semoga Tahun 2011 akan lebih cemerlang buat Pasukan Tenpin Bowling Negeri Pahang.




Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat Jurulatih MSP/USPTN Bil 01/2011

Mesyuarat Jurulatih Majlis Sukan Pahang/USPTN BIL 01/2011

Mesyuarat buat pertama kali di adakan bersama Pengarah Majlis Sukan Pahan yang baru iaitu En. Nik Nasarudin b. Mohd Zawawi.

Kesemua Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Pahang dan USPTN Pahang terlibat pada mesyuarat kali ini bagi membincangkan isu-isu dan agenda utama pada tahun 2011 iaitu SUKMA 2011 dan SUKMA 2012.




Wednesday, January 26, 2011

Perjumpaan Bersama Persatuan T.Bowling




Tarikh Perjumpaan : 26 Januari 2011
Masa : 10.00 pagi
Kehadiran :-
1. Naib Presiden PBTP
2. Jurulatih
3. Pn. Norsuhaini (SDO Bowling)
4. PKU USPTN

Perjumpaan ini terlebih dahulu ingin memperkenalkan Pegawai Pembangunan Sukan yang baru iaitu Pn. Norsuhaini yang menggantikan En. Syamsudin Sukemi.

Pertemuan ini juga membincangkan berkenaan latikan JPM / JSM bagi tahun 2011. PTBP telah mencadangkan 3 nama baru bagi sesi 2011 ini bagi mengantikan jurulatih yang sedia ada. Untuk makluman, En. Hamzah b. Amin (JPM) telah memaklumkan untuk tidak menyambung kontraknya pada tahun 2011 bagi membuka peluang kepada calon lain untuk mengendalikan pasukan pada tahun 2011.

Selain itu, perbincangan juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku sepanjang tahun 2010 dan cara terbaik untuk meningkatkan kembali pencapaian pasukan Tenpin Bowling Negeri Pahang.

Di harap dengan cadangan barisan jurulatih baru yang akan dikemukan untuk dipertimbangkan oleh Cawangan Pelapis, akan dapat memberi impak dan pencapaian yang lebih gemilang bagi Pasukan Tenpin Bowling Negeri Pahang.


Sekian.

"SUKAN CEMERLANG,PAHANG GEMILANG"