Monday, February 18, 2013

Sesi Pendidikan Pemakanan dan Psikologi Sukan

Sukan : Skuasy
Tarikh : 16 Februari 2013 (9.00 pagi - 1.00 petang)
Tempat : Gelanggang Skuasy Majlis Sukan Pahang
Kehadiran Atlet : 20 orang atlet
Penceramah : 
1)Puan Azimah Bt Zakaria ( ISN Pahang - Pemakanan dalam Sukan )
2)Cik Hapizah Bt Mamat ( ISN Pahang - Psikologi dalam Sukan )
Turut Hadir : 
1) En. Muhammad Hafiz b. Tajudin - Ketua Unit ISN Satelit Pahang

 * PEMAKANAN DALAM SUKAN oleh Puan Azimah Bt Zakaria :
1. Masa makan yang sesuai untuk atlet
2. Piramid Makanan.
3. Kepentingan air dalam badan.
4. Pengambilan makanan sebelum, semasa dan selepas kejohanan atau latihan.
5. Recovery ( Pemulihan )

* PSIKOLOGI DALAM SUKAN oleh Cik Hapizah Bt Mamat :
1. Menetapkan matlamat dalam Sukan dan Kehidupan
2. Penilaian tahap kemahiran mental atlet


Sesi pertama dimulakan oleh Puan Azimah Bt Zakaria iaitu Pemakanan dalam Sukan pada pukul 9.00 pagi. Sesi ini mengajar atlet cara-cara untuk mengekalkan badan supaya sentiasa cergas dan bertenaga semasa latihan dan kejohanan. Sesi Pemakanan ini berakhir pada 10.30 pagi dan Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang telah menyediakan minum pagi untuk peserta program dan penceramah. Program seterusnya disambung pada pukul 11.00 pagi oleh Cik Hapizah Bt Mamat iaitu Psikologi dalam Sukan. Sesi ini adalah untuk menaikkan keyakinan diri atlet itu dalam sukan dan kehidupan seharian. Program ini telah tamat pada pukul 1.00 petang dan makan tengah hari telah disediakan oleh pihak persatuan.

Jutaan terima kasih kepada Pegawai Institut Sukan Negara Cawangan Pahang dan juga kepada Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang yang membantu menjayakan program ini. Sekian.

Anuwar Abu Bakar
USPTN Pahang
Peg. Pembangunan Sukan Skuasy







No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.