Thursday, February 7, 2013

UJIAN KECERGASAN ATLET DAN PEMANTAU PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT ROMPIN

Tarikh : 30 Jan 2013
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat (Rompin)
Kehadiran Atlet : 26 orang
Kehadiran Jurulatih : 3 orang

Pada 30 Jan 2013 yang lepas telah diadakan Ujian Kecergasan untuk semua atlet angkat berat yang berada di Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin. Seramai 26 orang atlet dan 3 orang jurulatih telah bersedia bagi menjalani ujian yang dikendalikan oleh Pegawai ISN Satelit Pahang. Sesi ujian di mulakan dengan pengambilan data ( Ketinggian dan Berat ) seterusnya sebanyak 4 ujian telah dijalankan bersesuai dengan sukan angkat berat iaitu :-

i. Standing Broad Jump
ii. Vertical Jump
iii. 1 Min Sit-Up
iv. 1 Min Push-Up

Pada jam 5.30 petang, saya juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan perjumpaan bersama atlet bagi mengetahui perkembangan terkini atau mendengar sebarang masalah / isu yang ingin ditimbulkan selain menyampaikan amat dari pihak Majlis Sukan Pahang.

Perjumpaan tamat pada jam 6.05 petang.


--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.