Thursday, April 28, 2016

LAWATAN EN. GIAM FOOK PANG (USPTN) & PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN GIMRAMA 7/2016


Tarikh : 26 Apr 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Gimnasium SUKPA

Kehadiran
Rosniza bt Abu Bakar - JPM USPTN
See Hui Yee - JPM USPTN
Atlet - 6 orang

Ujian
Tiada

Latihan
1. Elements check (free hand)

Pertandingan
Persedian bagi menyertai pertandingan Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Siri 1/2016, Terengganu dari 12 - 15 Mei 2016. 

Kecederaan
Tiada 

Peralatan
1.Peralatan latihan berkeadaan baik dan mencukupi, hanya menunggu beberapa peralatan latihan yang telah dibeli oleh pihak MSP.
2. Kelihatan karpet latihan renggang -perkara ini diambil maklum seterusnya akan diperbetulkan.
3.Jurulatih mohon tempatkan lebihan karpet di bilik ballet- perkara ini telah diambil maklum.
4. Jurulatih mohon untuk memasang wall bar di bahagian latihan atlet gimrama - telah diambil maklum.

Ulasan
1. Kehadiran atlet sangat memuaskan.
2. Atlet Nurul Iman masih kurang menjalani latihan kerana tiada pelepasan dari pihak MRSM Kuantan.

Isu
Persoalan kenapa Pahang kurang atlet gimrama?
Ini kerana kebanyakan ibubapa 'not open minded' dengan cara pemakaian sukan ini. Masa latihan yang ditetapkan juga bertindih dengan kelas tambahan pelajar dan kelas KAFA. Kebanyakan ibubapa mementingkan akademik daripada anak-anak mereka menceburi sukan ini.
Perkara ini boleh di atasi dengan memberi penerangan dan publisiti tetang sukan gimrama dan kini peraturan pakaian atlet juga, boleh memakai tight panjang dengan syarat ia kelihatan kemas dan tidak menggangu atlet semasa membuat rutin.

Sekian


--
NORSUHAINI BT IBRAHIM
Pen. Peg. Belia & Sukan
Skuasy/ Gimnastik Artistik/ Gimrama
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.